Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

WHO AM I?


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Selamat datang ke Official Blog Ina Ainaa. Blog ini empunya gadis dari Selangor sempadan Perak (Tanjong Malim) iaitu Ina Ainaa Bt Kamarudin atau lebih dikenali 'ENA'. yang lahir pada tahun 1992. Saya la tu yang menulis setiap entri kat blog ni. Ahaks. Saya merupakan anak bongsu Haji Kamarudin bin Talib dan Puan Satariah bt Md Yusof. Saya sudah berblog 6 tahun, sejak tahun 2010 lagi. Oleh itu, saya sangat sayang pada blog saya. Oh, sebelum terlupa, saya merupakan salah seorang  #EAOfficialCrew . Boleh cari saya di FB / IG dengan menggunakan hashtag tersebut atau #IAFoodHunter / #blogger / #InaAinaaDotCom.

Blog ini kebanyakkan mengisahkan kisah foodhunting yang saya dan partner foodhunter saya, Yazid terjah beberapa tempat di Malaysia. Saya suka cerita tentang pasal makanan daripada gosip gosip yang bukan bukan. Ini dunia saya dan ini minat saya. Namun, saya juga ada selitkan beberapa cerita yang lain seperti tempat-tempat yang saya pergi ketika holiday. Selain itu, saya juga buat khidmat periklanan dan review pada blog ini, dengan syarat dan terma yang tertentu. Blog ini blog personal saya secara keseluruhannya tetapi saya suka sangat kalau kisah saya ni menjadi bahan bacaan bagi para pembaca yang datang.

Dengan ini, terima kasih sebab terjah ke blog saya. Suka atau tidak daripada para pembaca adalah pendorong saya ke hadapan. Bukan pematah semangat saya. Oleh itu, saya bukan seorang yang mudah fragile dengan sebarang tindakan yang tidak sopan. Okay?

Itu sahaja, terima kasih dan selamat membaca.