BANTU MENINGKATKAN SELERA ANAK 2 TAHUN BERSAMA BONNISAN HIMALAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Bila anak mula dah tak nak makan atau sudah pandai memilih makanan, janjan jelaaa yang tidak pernah tolak, haihhh susah hati mak ni tengok anak kurang makan. Nak suap nasi je lari, nak bagi makanan yang sihat je lari. Kadang kala mak kau bertukar jadi hijau ya. Buntu hoi buntu! Mujur ada Bonnisan Himalaya ni.

BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

Sebelum terjumpa Bonnisan Himalaya ni, ena dah cuba pelbagai cara nak bagi Yusuf makan. Yes anak ena ni jenis susah nak makan, nampak makanan tu macam benda menggerunkan. Susu formula je laju, tapi bila nak bagi makanan solid yang sihat ni kena struggle dan ada beberapa makanan je dia akan ONZ. Sakit kepala juga hari-hari kena fikir nak masak apa yang dia suka. Ena memang taklah nak ajar anak makan janjan sangat. Nehi-nehi. Lepas tu tengok kawan-kawan blogger ena sarankan Bonnisan Himalaya bagus untuk meningkatkan selera anak, apalagi terus berdesup ena beli. Kita ikhtiar mana yang boleh ya.


KENAPA PILIH BONNISAN HIMALAYA

Ena pilih Bonnisan Himalaya ni sebab jenama Himalaya ni sangat dipercayai serta sudah lama bertahan kat Malaysia. Malah, satu dunia pun kenal jenama Himalaya ni. Tak percaya? Haaaa.. anda boleh terjah website rasmi Himalaya: https://www.himalayawellness.com/  Sebab itu ena tidak teragak untuk bagi pada Yusuf. Mak-mak ni sanggup buat apa sahaja untuk bantu tumbesaran dan kesihatan anak.

BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

Selain itu, Bonnisan Himalaya ni Halal, bersih dan sudah mendapat kelulusan daripada KKM juga. Cuma sebelum itu, dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kanak-kanak terlebih dulu ya. Kalau sekadar tak nak makan tapi masih cergas tu, inshaAllah tiada apa masalah. Kalau nampak macam pelik tu, anak tidak bermaya atau berak bermasalah, nasihat ena jangan pandai-pandai diagnose anak tu sendiri. Pergi jumpa doktor mahupun pakar kanak-kanak okay?

Sebelum anda beri kata putus untuk beli Bonnisan Himalaya ni pada anak anda, mari baca kelebihan Bonnisan di bawah:


BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

Kelebihan Bonnisan Himalaya:

1) Membantu membaikpulih fungsi physiology sistem penghadam anak-anak yang sekali gus meningkatkan selera mereka. 

2) Mengurangkan colic dan melindungi lapisan permukaan sistem penghadaman anak.

3) Menyahkan ketidak-selesaan perut pada anak seperti kembung, sembelit dan juga senak.

4) Menggalakkan tumbesaran yang sihat pada anak sebab kebanyakkan penyakit ni berpunca dari perut


Yes! Sistem penghadaman ni sangat penting pada manusia terutama pada anak kecil yang sedang membesar. Dari perut nilah juga datang segala penyakit kalau tidak jaga dengan betul. Sebab itu ena sangat tekankan pengambilan makanan atau minuman yang sihat untuk anak ena. Tapi kalau anak dah nampak makanan tu macam nampak benda yang menakutkan, susah hati mak ni. Alhamdulillah, terjumpa jalan penyelesaian dan ena sekarang amalkan Bonnisan Himalaya ni pada Yusuf Asyraf.


CARA PENGAMBILAN BONNISAN HIMALAYA

BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

Seperti ena sudah nyatakan diatas, sebelum bagi pada anak harap sangat anda pergi minta nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak sekiranya anak anda ada gejala yang kurang menyenangkan dan juga kurang pasti apa puncanya. Okay?

Umur 1 tahun: 2 sudu teh

Umur 2 tahun: 2 hingga 3 sudu teh

(Boleh bagi 3 kali atau 4 kali sehari)

Sekiranya selepas bagi makan Bonnisan Himalaya ni anak mengalami gejala yang tak bagus, sila segera jumpa doktor ya. Apapun kita ikthiar kan, be positive!


FEEDBACK DARIPADA ANAK ENA

Selepas sebulan amalkan Bonnisan Himalaya ni, Alhamdulillah ena nampak sedikit perubahan pada Yusuf. Dia mula makan nasi dan mommy dia dah tidak struggle untuk bagi makan. Slowly but ada progress tu yang ena mahukan. Hanya Allah sahaja tahu gembiranya hati ni bila anak dah mula nak makan.

Tiada side effek yang buruk terjadi pada Yusug lepas amalkan Bonnisan Himlaya ini setakat ini. Tidak menyesal ena beli Bonnisan Himalaya ni. Terima kasih kawan-kawan ena sarankan pada social media mereka. I am happy mom now! Semoga Yusuf dapat membesar dengan sihat dan dapat kurangkan makan makanan yang tidak sihat.

BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

DETAILS HIMALAYA MALAYSIA

Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Sekiranya anak anda ada masalah seperti anak ena ni, marilah amalkan Bonnisan Himalaya. Nah pergi lawat website rasmi Himalaya, klik sahaja link kat bawah ni. Terima kasih ya sudi baca.

BONNISAN HIMALAYA - Hak Milik Ina Ainaa

INSTAGRAM:
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

SHOP ONLINE:
https://shophimalaya.my/

MORE:
https://linktr.ee/HimalayaMalaysia





Post a Comment

0 Comments