WOW!! REDCOOL ENERGY GABUNGAN COOLBLOG DAN RED BULL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Lagi sekali ena nak kongsikan anda satu berita menggembirakan untuk anda sebagai CooLovers yang sentiasa mahukan gaya hidup yang aktif dan mahukan minuman bertenaga yang mempunyai kelainan tersendiri demi mengharungi rutin harian masing-masing. Ena pun tidak kecuali, nak aktif tapi cepat bosan kalau amalkan minuman bertenaga yang sama je setiap hari.

REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa

Tadaaaa! Coolblog kali ini tampil dengan minuman terbaru mereka iaitu Siri Redcool Energy terhasil daripada kerjasama dengan Red Bull. Redcool Energy ni yang bestnya bagi ena sebab gabungan antara Coolblog smoothie buah-buahan yang penuh bertenaga dan juga Red Bull Plus. Minuman siri terbaru ini memberikan pengalaman yang unik bagi peminat Coolblog dan sekali gus boleh dijadikan pencuci mulut dalam satu minuman ni. Nice sangat!


REDCOOL ENERGY, COOLBLOG MALAYSIA

Peminat Coolblog dan juga Red Bull berpeluang menikmati rasa buah kiwi yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga dengan Energy Xtra Kiwi. Selain itu, anda juga boleh pilih campuran buah beri yang sangat lazat dengan Berry Explosion. Kelebihan gabungan kedua-dua jenis minuman ini bukan sahaja mempunyai kelebihan Vitamin C daripada jus buah-buahan, malah Vitamin B3, B5 dan B12 serta ekstrak semulajadi Guarana, tanpa gula daripada Red Bull Plus.

REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa

Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Goolblog Dessert Sdn.Bhd, Tuan Win Zaidi  Zakaria, Coolblog sentiasa berusaha untuk menggembirakan peminat mereka dengan cetusan pelbagai rasa baharu yang inovatif dan kreatif, dan mereka percaya Siri Redcool Energy, gabungan smoothie buah-buahan perisa kiwi atau beri yang berkualiti dengan Red Bull Plus akan memenuhi citarasa peminat Coolblog yang mencari minuman berperisa yang terbaru dan sedap.

Sambungan, pihak Coolblog mewujudkan Redcool Energy ini adalah kerana minuman bertenaga ini sedikit sebanyak membantu memberikan tenaga kepada kita semua memandangkan ramai yang telah mula kembali ke pejabat dengan waktu rehat yang terhad atau sibuk menguruskan anak-anak kembali ke sekolah atau terperangkap dalam kesesakan.


PERCUMA PEMBELIAN POWER COMBO REDCOOL ENERY COOLBLOG

Harga untu satu Siri Redcool Energy adalah RM 8.80. Namun kalau anda beli harga Power Combo, anda hanya perlu bayar RM 15.00 sahaja untuk dua minuman 700ml. Sempena kempen edisi terhad ini, anda juga bakal dapat satu tin Red Bull Plus secara percuma dengan setiap pembelian Siri Redcool Energy ni. Semua cawangan Coolblog di Malaysia ada.


REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa


REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS COOLBLOG MALAYSIA

Coolblog sudah popular di masyarakat Malaysia dan dikenali dalam penghasilan pelbagai minuman inovatif berinspirasikan citarasa tempatan dan antarabangsa. Antaranya seperti pada Hari Malaysia baru-baru ini, Coolblog memperkenalkan Smoothie berperisa Durian dan Cendol dan pada bulan Ramadhan pula Coolblog bekerjasama dengan FarmFresh untuk pengeluaran Smoothie Kathira dan Susu Kurma. Ena pun dah minum minuman edisi terhad semua ni. Semua sedap-sedap!

Demi meraikan lagi kolaborasi edisi terhad ini, Coolblog menganjurkan aktiviti jelajahraya ke 9 cawangan Coolblog yang terpilih di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah ini. 

REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa

Anda boleh juga layari laman sosial rasmi mereka untuk ketahui informasi dari semasa dan semasa. Nah ena bagi link kat bawah ini untuk anda terjah sendiri. Jangan lupa kongsikan minuman Redcool Energy terbaru ni dengan rakan dan keluarga anda ya. Terima kasih!


REDCOOL ENERGY - Hak Milik Ina Ainaa


Post a Comment

1 Comments

  1. sedap air coolblog ni..since cuba yg geisha trus jadi suka..hari tu cuba yg durian..sedappp

    ReplyDelete