TAHNIAH! PARA PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS

by - Wednesday, September 01, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ingat lagi tak ena pernah kongsikan peraduan Makan & Menang Anjuran LengQuas di entri ini: Klik Sini . Sekarang dah ada pemenang hadiah barangan dapur yang bernilai RM100,000! Wahhhh! Nak tahu gerangan pemenangnya tak? Haaa jom baca entri ena ni sampai habis ya.

PEMENANG LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah tamat pada 30 Jun 2021. Peraduan ini berlangsung selama tiga bulan bermula 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.

Selain itu, KOPETRO juga menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021. Wahhhh! Terbaiklahhh!

Kalau anda nak tahu lebih mengenai LengQuas ni, anda boleh baca di entri ena yang ini: http://www.inaainaa.com/2021/04/makan-menang-lengquas.html. Ena ada selitkan info-info mengenai makanan sejuk beku tradisional LengQuas.

Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRI Berhad telah berkata biarpun KOPETRO sudah pun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seperti Makan & Menang diadakan dalam anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan.

PEMENANG LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

Beliau juga menyatakan sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan antaranya seperti mengiklankan produk-produk LengQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan sangat luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran produk ini terpaksa ditingkatkan demi memenuhi permintaan ramai. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai oleh ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.

Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini.

PEMENANG LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

Sambutan yang memberangsankan demi membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga.

Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok.


You May Also Like

0 Comments