MENENANGKAN! RENDAMAN FRUIT & FLORAL TEA DARI RAINTREE MALAYSIA

by - Wednesday, August 11, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Wahai penggemar tea sila muncul diri anda sekarang sebab ena nak kongsikan satu lagi jenama tea yang berjaya menarik hati ena dan anda WAJIB cuba try test sekarang. Tea yang ena nak kongsikan ini adalah terhasil dari rendaman fruit & floral dari jenama iaitu Raintree Malaysia.

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


Okay, tea jenis ini merupakan minuman terbaru dalam hidup ena. Tidak pernah lagi ena minum tea yang diperbuat dan dihasilkan daripada buah-buahan dan tumbuhan. Dan yes, tea Raintree yang ena nak cuba ni hasil rendaman air panas dan buah-buahan dan tumbuhan herba yang berkhasiat, bukan dari daun tea. Pada mulanya, ena ingat ada campuran daun tea, lepas ena buat kajian dan sedikit carian, okay baru ena sedar fahaman ena salah selama ini. 

Tak mengapa, boleh jadi salah satu ilmu terbaru dalam hidup ena. Namun, apa yang ena baca minuman jenis ini masih disebut tea sebab cara penyediaannya seperti tea. Oleh sebab itu, jangan tanya kenapa ena masih sebut "Tea".  Patutlah ena boleh minum tea jenis macam ni selama ni, ngam sangat dengan ena.

Boleh jadi pengganti tea original juga kepada anda jenis yang tidak boleh minum tea dari hasil daun tea sebenar macam ena. Okay, sebelum ena bagi feedback mengenai Tea Fruit & Floral Infusion dari Raintree Malaysia, mari ena kongsikan serba sedikit mengenai jenama Raintree bai anda yang baru tahu kewujudan jenama ini.


RAINTREE MALAYSIA

Pada mulanya, pihak Raintree membekalkan tea yang berkualiti tinggi ke luar negara untuk dijadikan cenderahati, membekalkan tea di kedai bebas cukai dan juga lapangan terbang. Baru-baru ini mereka mula mengembangkan sayap ke hotel 5 bintang di Malaysia seperti Doubletree Hilton Johor Bahru, Legoland, Suasana Suites dan Sunway Bigbox Johor Bahru.

Founder Raintree ini adalah Hanks & Sarah pada tahun 1979. Mereka berdua adalah sepasang kekasih yang sangat menyukai tea dan juga pergi melancong. Sebab itu detik-detik idea kemunculan Raintree mula berputik atas minat mereka berdua.

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


Anda jangan risau, syarikat ini sudah mendapat kelulusan dan ada sijil Halal dan juga GMP, dari segi pembungkusan, perisa dan penyimpanan Raintree ini. Untuk pengetahuan anda, Raintree merupakan ahli ECOVADIS CSR Sustainable Procurement Solution, MATRADE dan Rainforest Alliance. Wahh hebat!

Okay, mahu lebih informasi mengenai Raintree Malaysia ini, anda boleh terus ke laman sesawang atau sosial rasmi Raintree. Di akhir post ena ni macam biasa ena letak setiap link rasmi Raintree okay. Sekarang, ena nak kongsikan dengan ada 3 jenis Fruit & Floral Infusion Tea Raintree Malaysia yang ena grab di Shopee tempoh hari.


MINUMAN PILIHAN ENA

Ada banyak jenis Fruit & Floral Infusion Tea daripada Raintree, namun untuk masa ni ena pilih 3 je dulu iaitu:-

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Strawberry Sensation Tea Raintree Malaysia

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Passionate Maracuja Tea Raintree Malaysia

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Soothing Rosehip Tea Raintree Malaysia


FEEDBACK DARIPADA ENA

MINUMAN: Untuk ketiga-tiga flavor kat atas ni, ena paling suka Strawberry Sensation. Ena suka aroma Strawberry yang semula jadi macam ni tanpa ada capuran susu dan gula. Ena selalu buat sesudu Strawberry Sensation Tea Raintree dan air panas. No sugar added. Ahhhhh nikmat betul minum waktu tengah buat kerja ke, minum sebelum tidur ke atau minum pada waktu petang. Pagi ena wajib minum coffee, dah jadi rutin pada diri sendiri. Heeeee.

Rasa Passionate Maracuja pula adalah rasa buah markisa sebenarnya. Adik-beradik tapi apa yang ena tahu Marcuja ni warna dia kuning, markisa merah-merah ungu kan tapi masih adik-beradik yang sama. Yang ini Yazid suka sebab dia suka minuman Markisa. Bagi ena rasa tea Passinate Maracuja infusion yang ni sangat nyaman dan fresh. Sedappppp! Tapi tak boleh lawan yang Strawberry Sensation, jyeahhhh!

Untuk Soothing Rosehip, not bad bagi ena, kategori Floral Infusion. Cuma mungkin jiwa ena lebih ke fruit infusion, namun yes.. banyak kelebihan dari segi kesihatan Rosehip Infusion ni. Bagus untuk anda amalkan.

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bagi pendapat ena, no wonder harga sebekas sedemikian, anda boleh check di website rasmi Raintree sendiri, sebab 100% daripada buah atau tumbuhan semulajadi yang dikeringkan. Berbaloi sangat dengan harga.


DETAILS RAINTREE MALAYSIA

Bukan setakat tea je ada dalam satu bumbung Raintree ni, coffee ada, cookies ada dan buah kering untuk dijadikan kudapan pun ada. Yes, mereka sangat menekankan makanan dan minuman yang berasaskan semula jadi yang bagus untuk kekalkan kesihatan tubuh badan. Malah, anda juga boleh jadikan produk mereka sebagai hadiah kepada mereka yang anda sayangi.

Sebab itu ena gigih kongsikan kisah Raintree kat sini, ena rasa produknya sangat esklusif dan berkualiti tinggi. Apa tunggu lagi, jom dapatkan sekarang. Anda klik sahaja link di bawah ini.

RAINTREE MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa



You May Also Like

0 Comments