RESEPI SEDAP & MUDAH NASI AYAM MENGGUNAKAN BAHAN KISAR KITCHEN SAVER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini suka memasak tetapi mood malas yang lebih-lebih? Kalau macam ena, sejujurnya ena kurang minat memasak tapi boleh masak tapi dan tapi mood malas masak selalu mai tau. Haihhh! Yazid memang dah kenal ena macam mana, mujur dia jenis memahami tau, bukan suami yang demad tinggi. Cuma sampai bila nak jadi malaskan, hari-hari nak beli makanan, muak dah ena makan masakan luar. By hook or by crook, ena kena selidik diri sendiri apa penyebab ena jadi malas.

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa

Okay, ena dah tahu sebab kenapa ena jadi malas nak masak ni padahal ena bukan tak pandai masak langsung. Ena hanya malas nak potong bawang atau buat persediaan semua bahan-bahan hendak di masak. Alhamdulillah, dengan adanya bahan kisar Kitchen Saver kat dapur ena, terus ena jadi semangat nak masak hari-hari. Tak payah nak kupas kulit bawang, nak blender dan nak tumbuk bahan-bahan masakkan yang asas. Terbaiklah Kitchen Saver ni!

Pada hari Khamis, 19/8/2021, ena dan Yazid puasa Asyura dan tiba ena rasa nak berbuka nasi ayam tapi nak nasi ayam masakan sendiri. Okay ena memang jarang buat nasi ayam sebab banyak benda nak kena buat tau. Tapi dengan adanya bahan kisar Kitchen Saver ni, ena terus rasa rajin nak buat nasi ayam untuk berbuka puasa.

Ena dulu tak reti tau nak masak nasi ayam. Lepas dah kahwin, ena belajar dari resepi kawan blogger ena iaitu kak Ruqaiyah Amanina, terus jadi pandai. Resepi dia mudah ena nak ingat, dan setiap kali masak Nasi Ayam mesti guna resepi dia. Dan dengan adanya bahan kisar Kitchen Saver, lagi senang, sedap dan jimat masa ena nak masak Nasi Ayam.

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa

Ayuh! Jom ena nak kongsikan resepi sedap dan mudah Nasi Ayam dengan menggunakan bahan kisar Kitchen Saver.



RESEPI NASI AYAM

1) Nasi:
- Basuh beras seperti biasa dan keringkan. Letak kat dalam periuk nasi siap-siap
- Cairkan setengah butter di dalam non-stick fry pan.
- Tumis butter dengan 1 sudu bawang besar, 1 sudu bawang putih dan 1 sudu halia kisar daripada Kitchen Saver
- Bila dah naik bau, tuang ke dalam periuk yang ada nasi tadi. Gaul-gaul
- Masukkan air ikut sukatan nak masak nasi seperti biasa.
- Masukkan 1 kiub pati ayam.
- Masukkan daun pandan untuk mewangikan nasi.
- Letak secubit serbuk kunyit untuk warnakan nasi.
- Lepas tu masaklah seperti biasa nak masak nasi putih.

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa



2) Ayam:
- Rebus ayam terlebih dahulu supaya goreng nanti tak perlu lama sebab taknak jadi hangit. Ena ada letak madu nanti
- Lepas dah rebus, JANGAN BUANG AIR REBUSAN! Ambil ayam sahaja dan letak kat tempat lain. Air rebusan ayam ni banyak nak guna nanti tau.
- Letak 2 sudu bawang putih kisar dan 1/2 sudu halia kisar daripada Kitchen Saver ke ayam
- Letak madu, sos tiram dan kicap manis ikut jumlah ayam.
- Gaul semua bahan dengan ayam, dan peramkan selama 30 minit dah memadai.
- Lepas 30 minit, panaskan minyak yang banyak *Deep Fried*, goreng lah ayam. BAHAN PERAPAN JANGAN BUANG, NAK BUAT KICAP NANTI!
- Api jangan kuat sangat, sedang sahaja. Masak sampai dah nampak coklat kehitaman, angkat dan tos kan. 

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa


3) Sambal:
- Ena guna cili giling daripada Kitchen Saver juga, ambil dalam 1 atau 2 sudu makan.
- Tumiskan atas non-stick frypan sampai pecah minyak.
- Masukkan 1/2 sudu kecil sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu gula dan sedikit kiub pati ayam
- Biarkan masak sejenak dahulu bahan-bahan
- Masukkan sedikit air rebusan ayam tadi supaya tak pekat sangat sambal nasi ayamnya.
- Biarkan mereneh sejenak, siap!

4) Kicap:
- Bahan perapan ayam tadi yang ada madu, kicap dan sos tiram, masakkan kat Non-stick fry pan.
- Masukkan sedikit air rebusan ayam.
- Kacau-kacau dan biarkan mereneh sejenak.
- Siappp!

5) Sup:
- Haaaa, buat sup ni paling last ena buat. Lebihan air rebusan ayam tadi ena jadikan bahan buat sup.
- Masak air rebusan ayam tadi dan campur sedikit air sekiranya tak cukup.
- Masukkan sup bunjut dan sedikit kiub pati ayam
- Kalau anda rasa kurang garam, tambah garam. Tapi ena sarankan letak 1 minit sebelum nak tutup api.
- Masukkan daun sup demi menaikkan aroma.
- Siap!


Haaaa, siap semuanya! Senang sangat bila bahan-bahan asas sudah siap di kisar. Berbaloi-baloi ada Kitchen Saver ni kat dapur ena.


KITCHEN SAVER MALAYSIA

Dari makna jenama pun kita dah boleh agak Kitchen Saver ni dapat membantu surirumah macam ena ni dalam menyediakan makanan untuk ahli keluarga tersayang. Kekadang kita ni bukan tak suka masak, malas je sebenarnya. Mujur Kitchen Saver ni diwujudkan. Malah, ena yakin sebab semua bahan yang digunakan memang tiada bahan pengawet, tanpa bahan perasa, tanpa pewarnadijamin halal oleh JAKIM, bersih dan mereka sangat mengikut kawalan yang ketat dalam bab penyediaan makanan.

Dekat dapur ena ada 6 botol bahan kisar Kitchen Saver yang berbeza, dan semua ni boleh pakai dalam masa yang lama. Tapi kalau jenis rajin masak pagi, petang, siang dan malam setiap hari, bergantung pada kuantiti penggunaan, mungkin cepat habis. Namun, berbaloi la. Memudahkan kerja dan menjimatkan masa.



Bawang Besar, Bawang Holand, Bawang Putih

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa



Kunyit, Halia, Lengkuas & Serai

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa



Cili Padi & Cili Kering

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa

KITCHEN SAVER - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS BAHAN KISAR KITCHEN SAVER

Sekiranya anda berminat untuk beli, yes ena sarankan sangat anda grab mana-mana bahan kisar Kitchen Saver ni bagi menjimatkan masa anda dan memudahkan urusan anda di dapur. Bukan untuk surirumah sahaja, Kitchen Saver ni sangat berguna juga untuk anda yang work from home ya. Tak perlu nak kalut-kalut potong bawang apa semua. Simple!

Di bawah ni macam biasa ena kongsikan link-link untuk purchase atau ingin ketahui maklumat lebih lanjut mengenai bahan kisar Kitchen Saver.



FACEBOOK:


Post a Comment

0 Comments