WAH! JIWA SEPERTI DI GEISHA GARDEN JEPUN DENGAN MINUMAN TERBARU COODBLOG MALAYSIA

by - Wednesday, July 28, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Wahhhh lama sungguh ena tidak kongsi sebarang kisah mengenai makanan kat sini. Okay, kali ini ena kena kongsikan juga dengan anda mengenai minuman terbaru Coolblog Malaysia yang tengah hangat di pasaran bemula bulan Julai 2021 hingga Ogos 2021 iaitu Geisha Garden Coolblog.

GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa

Sekali lagi, pihak Coolblog Malaysia mengeluarkan minuman yang sangat menarik untuk di cuba. Dulu Coolblog berduet dengan susu kurma Farm Fresh yang ena ada kongsikan di SINI sempena bulan Ramadhan. Untuk kali ini mereka keluarkan minuman bertemakan Geisha Garden Jepun. Memandangkan bulan ini juga berlangsungnya Sukan Olympics 2020 di Tokyo Jepun, ayuh kita memeriahkan lagi aura Sukan Olimpik kali ini dengan memberikan semangat dan sokongan kepada ahl-ahli Sukan Negara Malaysia.


GEISHA GARDEN COOLBLOG MALAYSIA

Geisha Garden Coolblog Malaysia terdiri daripada dua jenis minuman yang berlainan perisa iaitu Sakura Lemon dan Yubari Melon menekankan inspirasi daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun. 

Sebab apa Melon dan Sakura menjadi perisa terbaru minuman Coolblog kali ini adalah melon merupakan buah yang sangat disukai dan digemari oleh rakyat Jepun. Tambahan pula, minuman Yubari Melon ini diaduni dengan krim keju yang lazat dan gabungkan dengan jeli pearl gula perang, fuhh memang seperti di Geisha Garden Jepun setiap kali sedutan minuman ini.

GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa

GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa


Sakura Lemon pula seperti yang kita tahu bunga Sakura adalah bunga kebanggaan dan kebangsaan negara Jepun. Oleh itu, warna pink seperti air bandung ini melambangkan warna Sakura tersebut. Bergadung pula dengan rasa dan aroma lemon, sangat nikmat dan sesuai untuk dilayan ketika musim panas.

Ena pun ambil peluang ini untuk mencuba dua minuman terbaru Coolblog Malaysia ini sambil berniat untuk sokong perjuangan atlet tempat kita di Tokyo Jepun sekarang. Berikut adalah minuman yang bertemakan Geisha Garden Jepun Coolblog.


GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa
Coolblog Yubari Melon

GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa
Coolblog Sakura Lemon


FEEDBACK DARIPADA ENA

MINUMAN: Ketika ini ena pilih untuk tidak letak sebarang gula tambahan sebab ena sekarang dalam fasa tengah kurangkan pengambilan gula. MashaAllah lagi sedap yaaa bila tak letak gula ni, ena rasa tak cukup order dua ni je. Sepatutnya ena dua jeni dan Yazid pun dua jeni, yela berebut ya sebab sedap sangat!

Sakura Lemon tu rasa seperti air bandung lemon. Gabungan dua ni sangat sesuai sebab bila manis dan masam bergabung, nikmatnya tidak terkata. Aroma lemon tu secara tidak langsung dapat melegakan dahaga di tekak ketika cuaca panas. Dan yes, Sakura Lemon ni paling Yazid suka.

Yubari Melon paling paling dan paling ena suka. Oh my!! Kelembutan rasa melon dengan krim keju berjaya memikat hati ena. Ena ni pula jenis suka buah melon. Dan ena suggestkan korang kalau nak pilih Yubari Melon, sila jangan letak gula tambahan sebab manis dia ngam ngam. Kalau letak gula, takut jadi muak. Serius! Kalau anda jenis suka manis litlit, haaaa letak jela gula tambahan tu.

HARGA: Setiap satu minuman Geisha Garden Coolblog adalah RM8.80 namun kalau anda beli dua, hanya RM15 sahaja. Kiranya satu minuman jadi harga RM7.50 jika beli dua. Berbaloi wehhh kalau beli sekarang. Sebab itu ena terus ke cawangan Coolblog yang berdekatan dengan ena pada 23 Julai 2021 lepas tengok feed di Instagram Official Coolblog malaysia.


GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS COOLBLOG MALAYSIA

Haaaa, ena sangat sarankan anda untuk cuba try test minuman terbaru Coolblog Malaysia ni. Sedap sangattttt! Tapi pastikan dulu anda minta jangan letak gula tambahan. Itu sahaja perkongsian ena kali ini, ayuh kita beri sokongan sepenuhnya kepada atlet-atlet kebangsaan yang sedang mengharumkan nama Malaysia untuk Sukan Olympics 2020 di Tokyo Jepun.

GEISHA COOLBLOG - Hak Milik Ina Ainaa





You May Also Like

0 Comments