KNOW KNOW SAMPAI DAH MAKANAN DARI KNOWHERE BANGSAR DEPAN RUMAH

by - Wednesday, June 09, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Haihhh bila la semua ni akan berakhir. Rindu dah ni nak pergi travel, rindu nak pergi foodhunting dengan family kecil ena kat luar dari negeri or negara. Jiwa kecil ni agak sedikit memberontak namun apakan daya, sama-sama kita berjuang melawan Covid19 ni. Be strong self! *Tarik nafas....hembussss*. Okay, untuk perkongsian ena kali ini adalah mengenai makanan yang ena order secara delivery dari Knowhere, Bangsar.

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa

Di kawasan Banting ni, banyak je kedai yang sedap-sedap ada cuma hari tu ni ena betul-betul teringin nak makana makanan kat Knowhere, Bangsar sebab ramai kata sedap. Ehhhh, teringin teringin ni bukan bermakna ena preggy tau. Well, nafsu dengan makanan ni masih tak boleh dikurangkan lagi ya, mudah terliur kalau nampak gambar makanan yang sangat mengiurkan. Ahaks.


RESTORAN KNOWHERE, BANGSAR

Scroll-scroll kat website rasmi Knowhere Bangsar ni, memula terliur dengan wrapnya. Ehhh nampak menu lain tekan add in cart. Sekali haaaaa, nanti anda tengoklah gambar kat bawah ni. Lagi seronok bila order kat website, ada 19% potongan harga dari jumlah yang kita sepatutnya bayar. Perghhhh, memang ena menambah lagi la menu makanan yang menarik masuk ke dalam cart. Heeee. Ena pilih ni bukan pilih kerana nafsu makanan juga, ena pilih makanan yang boleh simpan sampai makan malam ena dan sekeluarga dan juga makanan tersebut ena tidak pernah makan lagi selama ini.

Apa yang ena perhatikan, restoran Knowhere Bangsar ini menyediakan pelbagai jenis cuisine (Fushion Cuisine) . Anda boleh pilih makanan jenis apa yang disukai, kiranya semua jenis bangsa dan budaya boleh makan kat sini. Menarik! Kalau buat makan besar-besaran boleh la order dengan Knowhere Bangsar. Nanti ena kongsikan link website kedai makan ini di akhir entri.

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Knowhere Bangsar,
50, Jalan Maarof , 
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Waktu: 11am - 8pm (Pickup / Delivery)
Hari: Isnin - Ahad



MENU PILIHAN ENA

Berikut adalah pilihan ena dan juga untuk keluarga ena yang sesuai dimakan pada waktu tengahari dan juga waktu malam. Atau anda boleh lihat semua menu ini di IG Reels ena (#IAReels), klik sahaja link ini : https://www.instagram.com/p/CP3bTcel1zt/


KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa
Yang ini ena dah plating atas pinggan ena. Gabungan Knowhere Bangsar Fast & Falatel, Wedges dan Popcorn Chicken

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa
Knowhere Bangsar Good Luck Cluck Wrap

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa
Knowhere Bangsar Abu Hassan Pen-Churros

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa
Knowhere Bangsar Marvelous Mutton Biryani untuk lunch ena

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa
Knowhere Bangsar Sunny Sambal Fish, set pilihan lunch Yazid


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Serius ena cakap, ena tidak menyesal langsung dengan pilihan ena. Yes, ada antara pilihan ena di atas yang ena tidak pernah makan lagi selama ni. Namun, semuanya sedap sangat. Yazid pun makan bernafsu betul. 

Walaupun datang dari jauh, Bangsar ke Banting, kedudukan makanan masih tak kacau dalam setiap bungkusannya. Baguslah dapat Grab yang jaga makanan pembeli. Oh ye, yang menghantar makanan ke ena tu adalah abang Grab tau, ena tak pasti pihak Knowhere guna selain Grab Food. Cuma makanan tu dah tak panas mana la, yela jauh kannnn. Tak boleh nak dapat macam kita dine-in kat sana.

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa


Ena kan beli sekali untuk makan malam juga, memang tahan ya. Tak basi pun makanan yang ena simpan untuk malam. Bermakna sangat berbaloi order makanan dengan Knowhere Bangsar sebab beli banyak boleh simpan sampai malam. 

InshaAllah, lepas dah boleh dine-in dan rentas daerah nanti, ena nak memburu ke restorannya pula nanti. Nak dine-in kat sana, mesti lagi sedap makanannya. Yeayyy! Semoga negara Malaysia cepat sembuh ya. 


HARGA: Harga bagi ena agak aummm-aummmm, lagipun ena tengok restorannya kat Google bukan kaleng-kaleng. Cantik dan nampak mewah. So, ena dah agak harga makanannya akan sebegitu. Namun, makanannya memang sedap-sedap, ena tak kisah sangat harganya sebegitu. Anda boleh tengok sendiri kat website rasmi mereka nanti.


DETAILS KNOWHERE BANGSAR

Sekiranya anda yang tinggal berdekatan atau dalam Klang Valley, tidak tahu nak makan apa kat rumah, tidak perlu risau, jom order dekat Knowhere Bangsar ni. Ena recommended sangat, lagipun kalau anda order melalui website mereka, anda akan dapat 19% potongan harga. Berbaloi-baloi.

Haaaa! Apa tunggu lagi, jom order makanan anda sekarang.

KNOWHERE BANGSAR - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:


You May Also Like

1 Comments