SEDAP DAN MENENANGKAN AROMA TEH KURMA DARIPADA FULLEAF TEA STORE

by - Saturday, May 22, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena dengan teh tidak pernah sebulu, lepas minum je mesti rasa tidak sedap perut dan badan. Sebab itu ena lebih suka kepada minum coffee. Namun, baru-baru ini ena teringin betul nak minum teh yang ada letak petal bunga dan segala herba tu. Nampak macam minuman mewah.

TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa

Alhamdulillah, rezeki na terjumpa satu teh yang ena nak tadi di Fulleaf Tea Store tetapi ada ada kelainan sedikit. Yang kelainan itulah membuatkan ena kuat untuk mencuba teh kurma ni. Teh kurma? Yes, teh kurma. Ini merupakan pertama kali ena minum teh kurma dan juga teh yang ada letak petal-petal bunga ni. 


5 AROMA BERBEZA TEH KURMA DARIPADA FULLEAF TEA STORE

Ena pilih Ramadan Box sebab satu box tu mempunyai 5 paket yang berlainan nama dan aroma. Haaa, nama setiap paket kurma teh Fulleaf Tea Store terdiri daripada nama-nama wanita yang mulia di sisi Allah. Menarikkan? Kena dengan tema Ramadhan dan juga umat Islam yang sedang berpuasa ketika itu.

TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa


Anda teruja nak tahu setiap nama dan aromanya apa? Okay mari ena kongsikan gambar-gambar yang ena ambil dari laman social rasmi Fulleaf Tea Store.

TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa
Teh Kurma Khadijah Fulleaf Tea Store. Mengandungi Kurma, Putik Chrysanthenum dan Bunga Chrysanthenum Putih


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa
Teh Kurma Aisyah Fulleaf Tea Store. Mengandungi Kurma, Kunyit dan Halia.


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa
Teh Kurma Aminah Fulleaf Tea Store. Mengandungi Kurma, Roselle dan Bunga Mawar


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa
Teh Kurma Fatimah Fulleaf Tea Store. Mengandungi Kurma, Daun Serai dan Daun Pandan


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa
Teh Kurma Maryam Fulleaf Tea Store. Mengandungi Daun Serai dan Rose Merah Jambu 






FEEDBACK DARIPADA ENA

MINUMAN: Seperti yang ena sudah nyatakan di atas, ini merupakan pertama kali ena minum air teh sebegini yang ada bunga, daun serai atau pandan dan herba-herba semula jadi yang lain. Entah kenapa ena rasa teh sebegini nampak mewah dan lebih menyelerakan. Mungkin bagi ena ianya unik, yela selama ni minum air teh kat kedai atau buat sendiri mana ada letak semua ni kan. Harap fahamlah kenapa ena teruja.

Rezeki ena dapat pula tempat yang menjual teh kurma seperti yang dijual oleh Fulleaf Tea Store ni, happy drink happy mood. Tak sangka betul ena teh kurma macam ni sedap untuk dinikmati panas-panas. Aroma dia memang menenangkan ena, sebab tu kena buat panas, nanti wap bersama aromanya menyusuk hidung ketika minum. Besttt!

TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa

Rasa teh kurma ni tak manis gula hanya ada rasa manis kurma, rasa pahit-pahit teh pun ada dan juga ada rasa kurma. Bukan hanya sekadar nama "Kurma" sahaja, memang betul ada rasa kurma. Satu kombinasi yang cukup bagus dan unik bagi ena. Tambahan pula, bila bergabung dengan kurma ni, rasa tekstur teh tersebut agak berat sedikit dan sesuai di minum pada waktu biasa mahupun perut kosong. Yang membezakan adalah pada aroma herba-herba yang ada pada setiap paket.


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa


Ena minum pada waktu moreh dan juga ketika Hari Raya Aidilfitri. Perut ena tidak meragam dan selesa selepas minum  teh kurma daripada Fulleaf Tea Store ni. Tidak sama feelingnya lepas minum teh yang ena pernah minum selama ni. Mungkin salah satu sebabnya khasiat yang terkandung pada kurma dan herba-herba yang diletakkan. 

Lepas ni ena dah tahu nak beli kat mana sekiranya teringin nak minum teh sebegini lagi. Yeayyyy! Iyeee, rasa bersyukur sangat lepas dapat minum atau makan yang sedap dan best!

HARGA: Dari segi harga, tengok kat Shopee dalam harga RM28.80-RM33.00 sekotak cuma yang ena punya ni jenis campur. Apa yang ena tengok kat Shopee, hanya jual satu box untuk satu aroma sahaja, tiada yang campur macam ena punya dan harga pun tidak sama kesemuanya. 


TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa


Okay la harga sedemikian, sebab itu ena cakap teh macam ni nampak mewah. Harga pun lebih mahal berbanding teh yang biasa kita minum tapi ena tak kisah pun tentang harga kalau dapat teh yang berkualiti sebegini. Janji sedap dan badan boleh terima. 


DETAILS TEH KURMA FULLEAF TEA STORE

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut tentang teh kurma daripada Fulleaf Tea Store ini, anda boleh terus ke laman social mereka atau anda boleh buat pemberian di Shopee. Macam biasa, ena kongsikan link untuk ke sana dan anda hanya perlu tekan link tersebut sahaja.

TEH KURMA FULLEAF TEA - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

FACEBOOK:



You May Also Like

0 Comments