YEAY RAYA! WAJIB SERBU JUALAN MEGA RAYA 2021 LULU HYPERMARKET MALAYSIA

by - Thursday, May 06, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Cukup-cukup la murung sebab PKP, nak buat macam mana kan, PKP tetap diteruskan walaupun lagi berapa hari je nak sambut Hari Raya Aidilfitri 2021. Oleh itu, bagaimana persiapan raya anda semua? Ena dah siap awal lagi cuma baru-baru ni ena ke Lulu Hypermarket di cawangan Setia City Mall dan ena dapat tahu bermula harini iaitu 6/5/2021 hingga 9/5/2021 ada Jualan Mega Raya, promosi harga hingga 70% potongan ya.

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

Berita yang gembira ini membuatkan ena nak kongsi dengan anda semua demi memeriahkan lagi persiapan hari raya anda. Ena faham ada segelintir antara kita masih terkilan sebab tak dapat beraya di kampung, ena pun turut terkilan sebab dah buat persediaan macam-macam. Namun, jangan biarkan diri terus diselubungi dengan aura negatif dan jom kita meraikan perjuangan kita berpuasa sebulan ini dengan Jualan Mega Raya Lulu Hypermarket Malaysia. Semua cawangan tau ada promosi raya ni, nak tahu kat mana anda boleh klik link INI


JUALAN MEGA RAYA 2021 LULU HYPERMARKET MALAYSIA

Macam ena, datang ke Lulu Hypermarket Setia City Mall mesti serbu bahagian Pasar Raya dan Runcitnya terlebih dahulu baru ke bahagian tingkat atas sebab tempatnya sangat tersusun dan sangat banyak pilihan. Ena suka tempat yang bersih, tersusun dan luas macam ni. Ena boleh membeli belah kat sini sahaja berjam-jam tau.

Tambahan pula, untuk Jualan Mega Raya 2021 Lulu Hypermarket membuat promosi sehingga 70% potongan harga pada bahagian pasar raya dan runcit, lagi ena borong habis-habisan untuk persediaan raya nanti. Boleh beli bahan-bahan untuk kuih raya dan juga kek raya sekiranya anda ingin buatnya sendiri. Sekiranya nak beli kuih raya yang sudah siap pun ada kat Lulu Hypermarket. Macam-macam jenis ada, boleh buat pilihan.

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa


Bahan-bahan mentah seperti ayam, daging, ikan dan seafoods untuk raya nanti, anda boleh dapatkan di Lulu Hypermarket juga. Serius ena cakap memang banyak sangat pilihan yang anda boleh pilih. Dari segi kuantiti, harga dan jenama. Ikut la yang mana anda rasa jimat dan sesuai untuk ekonomi rumah anda. Apapun, raya tetap raya kannn.

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa


Potongan harga sehingga 70% ini bukan sahaja di bahagian pasar raya dan runcit, malah di bahagian barangan elektronik, elektrik, peralatan rumah dan hadiah hari raya pun ada. Haaaa, nak bagi hadiah raya untuk kenalan atau keluarga anda, anda boleh beli kat sini. Murahhhh dan berkualiti.

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa


Baju-baju raya kat Lulu Hypermarket ni boleh tahan cantik dan kemas. Samping baju melayu pun banyak yang ena berkenan. Menyesal pula beli awal-awal sebab Jualan Mega Raya 2021 Lulu Hypermarket ada potongan harga bermula dari 40% dan ke atas tau. Jimat betul! Tidak rasa membazir nak beli baju raya kat sini. 

Beg, baju budak, tudung dan pelbagai lagi persiapan raya kat Lulu Hypermarket di seluruh Malaysia tengah ada potongan harga sempena Jualan Mega Raya 2021. Berbaloi betul beli kat sini. 

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa

LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS LULU HYPERMARKET MALAYSIA

"Alaaa malasnya nak keluar rumah" "Alaaa PKP, tempat kami tak ada Lulu Hypermarket yang terdekat." Jangan risau, mereka ada buat jualan secara online juga. Anda boleh beli dan buat bayaran secara online. Jualan Mega Raya 2021 pun ada sekali, bukan untuk walk in sahaja ya. 

Di bawah ini ena kongsikan website untuk beli secara online dan juga laman social rasmi Lulu Hypermarket mereka yang rasmi. Itu sahaja perkongsian daripada ena, jangan sedih-sedih ya. Kita doakan yang terbaik untuk ibu bapa kita sekiranya anda sudah lama tak berjumpa. Allah ada, ada hikmah semua ni. Biar orang buat kita, jangan kita 2 kali 5, 5 kali 2 juga.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advanced. Hiks


LULU JUALAN MEGA RAYA - Hak Milik Ina Ainaa


You May Also Like

1 Comments

  1. bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !

    ReplyDelete