MENJIWAI NOSTALGIA DESA BERIFTAR DI THE VENUE SHAH ALAM 2021

by - Friday, April 09, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Buffet Ramadhan 2021 kali ini ena nak kongsikan dengan anda satu tempat yang cantik, selesa dan besar di sekitar Shah Alam. Selalunya tempat ini dijadikan tempat majlis-majlis seperti majlis perkahwinan atau majlis keraian yang lain. Nama tempat tersebut adalah The Venue, Shah Alam.

THE VENUE BUFFET RAMDHAN - Hak Milik Ina Ainaa

Ena pernah datang berbuka puasa bersama The Venue dua tahun yang lepas iaitu pada tahun 2019, anda boleh sendiri di SINI . Namun tahun lepas, tahun yang menyedihkan dan cabaran untuk semua orang termasuklah pada diri ena. Pada tahun ini, semoga ada sinar untuk kehidupan kita dan boleh berbuka puasa bersama-sama dengan family tercinta di The Venue, Shah Alam. 

BUFFET RAMADHAN 2021 THE VENUE SHAH ALAM

Pada tahun sebelum-sebelum ini, tema The Venue Shah Alam adalah Colors of Ramadhan namun pada tahun 2021 ni pula adalah Nostalgia Desa di mana bersesuaian dengan situasi kita sekarang sebab ada yang tidak boleh rentas negeri, rindukan berbuka puasa dengan keluarga tercinta dan ada yang rindu suasana semasa sebelum tercetusnya pandemic Covid19 sekarang ini.

THE VENUE BUFFET RAMDHAN - Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE BUFFET RAMDHAN - Hak Milik Ina Ainaa

THE VENUE BUFFET RAMDHAN - Hak Milik Ina Ainaa

Selain daripada itu, pihak The Venue menyediakan buffet Ramadhan dari juadah-juadah yang terkenal di seluruh pelusuk Malaysia antaranya seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ayam Berlado, Sambal Udang Petai dan Kerabu Taugeh Kerang. Semua ni antara masakan kampung yang dirindui oleh kita semua, betul tak? Haihhh sebak pula ena bila menaip entri ni sebab rindu kat parents kandung walaupun boleh je balik, tak rentas negeri. Yela, sejak dah kahwin ni hari-hari perasaan rindu dengan parents kandung membuak-buak ya. Sobs!

Pada tahun ini juga, The Venue menyediakan 13 stall makanan. Antaranya:

1) Nasi Arab Morocco (Kambing & Ayam)
2) Sup Mamu Penang
3) Kambing Golek Menangis
4) Ikan Bakar Pantai Remis
5) Steamed Dim Sum
6) Aneka Mee Kak Mas
7) Shell Out Seafood
8) Cucuk-cucuk Steamboat
9) Apam Balik Abang Zam
10) Pencuci Mulut & Buah-Buahan
11) Aneka Jeruk-Jeruk
12) Aneka Keropok
13) Ulam-Ulaman Kampung dan Kepelbagaian Sambal

Namun, juadah Buffet Ramadhan 2021 The Venue Shah Alam akan bertukar-tukar pada setiap minggu. Ini bermakna tetamu yang datang akan merasai makanan yang berbeza sekiranya anda datang pada minggu yang berlainan.

Mari ena nak tunjukkan gambar juadah-juadah yang menarik di The Venue Shah Alam untuk beriftar nanti.

HARGA BUFFET RAMADHAN 2021 THE VENUE SHAH ALAM

Berita gembira untuk anda yang ingin buat tempahan beriftar di The Venue Shah Alam, anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM100,000 tau dan hadiah utamanya adalah penginapan percuma 2 hari 1 malam di Avani Gold Coast Sepang. Sesiapa yang datang ke sini, anda boleh sertai cabutan bertuah ni. Mana tahu ada rezeki anda kat sini.

HARGA EARLY BIRD:
Dewasa: RM65
Kanak-Kanak: RM35 (7-12 tahun)
Warga Emas: RM45 (60 tahun dan keatas)
1 Meja: RM500 (8 Dewasa)
P/S: Promosi harga early bird ini bermula sekarang sehingga 12/4/2021 sahaja. 

HARGA NORMAL:
Dewasa: RM75
Kanak-Kanak: RM40 (7-12 tahun)
Warga Emas: RM50 (60 tahun dan keatas)
1 Meja: RM580 (8 Dewasa)

DETAILS BUFFET RAMADHAN 2021 THE VENUE, SHAH ALAM

Itu sahaja perkongsian Buffet Ramadhan 2021 The Venue Shah Alam, bagi ena sangat berbaloi jikalau anda berancang untuk berbuka puasa di sini. Anda boleh fikir-fikirkan dahulu sebelum buat keputusan. Sekiranya anda muktamad ingin berbuka puasa kat sini, anda boleh hubungi terus dengan pihak The Venue Shah Alam.

THE VENUE BUFFET RAMDHAN - Hak Milik Ina Ainaa

You May Also Like

1 Comments