PENGGEMAR COKLAT WAJIB ADA SYOKOTUBE DARI SYOKLAT

by - Friday, April 16, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena yakin ramai antara anda seorang yang suka makan coklat dan sudah tentu coklat rasa yang premium di gilai ramai orang termasuklah diri ena. Bebelan ena kali ini ena nak kongsikan dengan anda satu produk tempatan yang berasaskan coklat dan berkonsepkan kat mana sahaja ada coklat menemani di sisi anda. Gittew.. sweet betul coklat SyokoTube dari Syoklat.

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

Baru-baru ini, ena diberi peluang untuk hadiri majlis perlancaran rasmi SyokoTube Syoklat di Putra Glass Hall, Shah Alam. Ena ambil kesempatan ini untuk merasai sendiri SyokoTube dari Syoklat dan sekali harung boleh jumpa secara berhadapan dengan pengusahanya iaitu Shaheizy Sam. Semua rakyat Malaysia mesti kenal dengan artis terkemuka kita ni kan? Ena pun salah seorang peminat beliau sebab suka tengok cara dia berlakon dahulu. Cuma sejak tahun 2015, Shaheizy Sam sudah kurang dia berlakon sebab dia mahu fokuskan dalam bidang peniagaannya.


SYOKOTUBE DARI SYOKLAT

Haaa, sebab itulah lahir lah SyokoTube Syoklat kat Malaysia ini. Untuk pengetahuan anda, jenama Syoklat ini sudah lama menapak di negara kita sejak Oktober 2020 lagi. Menurut kat Shaheizy Sam, beliau nampak potensi yang cukup besar dan meluas dalam peniagaan SyokoTube ini. 

Hal ini kerana Shaheizy Sam menyatakan pengalamannya ke luar negara dan beliau mendapati coklat yang beliau makan sejak kecil lagi berada di sana. Ini bermakna peniagaan coklat ini mempunyai permintaan yang tinggi. Dan yang paling penting kualiti kena kekal sama serta sentiasa di pertingkatan mengikut arus masa. Beliau mewujudkan coklat dalam bekas picit macam bekas ubat gigi ni sebab senang untuk dibawa ke mana sahaja tidak kira waktu dan tempat. 

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa


Beliau juga berharap dengan ada SyokoTube dari Syoklat dapat sekali gus membantu ekonomi peniaga di  yang lain terjaga. Sekiranya anda ingin menjadi agent atau mini agent yang sah, boleh contact dengan pengurus SyokoTube.

Sebelum ini, SyokoTube terdiri daripada 2 perisa iaitu Hazelnut dan Butterscotch. Dan inshaAllah tak lama lagi, SyokoTube Syoklat bakal mempersembahkan pelbagai perisa yang premium seperti Strawberi, Mangga dan Pisang. Kesemua perisa premium ini menjadi pilih sebab antara perisa yang tinggi dalam permintaannya. 


SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa



FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Keenakan coklat SyokoTube memang rasa premium dan sedap sangat. Memang rasa coklat mahal. Ena cuba try test yang hazelnut sebab ena jenis suka coklat ada rasa kacang hazelnut ni. Anak ena, Yusuf Asyraf pun suka. Setiap pagi ena mesti buat untuk dia. Senang dan jimat masa, Just Picit atas roti. Tak perlu nak ambil sudu atau pisau jem untuk letak krim coklat atas roti dah.

Selain itu, kalau ena nak letak Yusuf kat rumah nenek dia sejenak, ena letak je SyokoTube dalam beg Yusuf. Tak ambil ruang yang banyak dan memudahkan kerja ena. Puas hati beli, dengan inovatif bekas picitnya sedikit sebanyak membantu meringankan kerja ena sebagai surirumah dan juga sebagai seorang ibu.

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa


Kesedapan dan keenakan rasa premium SyokoTube, sesuai di makan dengan banyak makanan seperti kek, roti, lempeng, roti canai, dizzle dalam minuman, buah-buahan dan marshmallow. Ena dah cuba makan dengan semua ni, ngam ya.

HARGA: Satu SyokoTube harganya tidak sampai RM10 ya. Bagi ena sangat murah sebab boleh makan banyak kali. Yela, coklat premium kan, selalu jumpa yang mahal-mahal. Kiranya SyokoTube ni sangat berbaloi untuk beli. Sekali gus dapat sokong produk keluaran tempatan kannn. Ayuh, kita majukan dengan support kualiti produk Malaysia.


DETAILS SYOKOTUBE DARI SYOKLAT

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Ena sangat-sangat sarankan anda untuk cuba try test SyokoTube ini sendiri. Anda boleh beli pada Agents mereka yang sah. 

Sekiranya anda juga mahu jadi agent atau mini agent SyokoTube Syoklat, anda boleh pergi ke link yang ena kongsikan di bawah ini. Semoga semua ini dapat membantu anda untuk kembangkan lagi sektor perniagaan anda ya.

SYOKOTUBE SYOKLAT - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

JOIN SYOKLAT?:

HASHTAG:
#justpicIT


You May Also Like

0 Comments