BERBUKA PUASA 2021 DENGAN MASAKAN PADANG & ASIA DI RESTORAN S'LASIH

by - Wednesday, April 07, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Sekiranya anda ingin berbuka puasa nanti dengan masakan dari negara jiran kita seperti Nasi Padang dan juga mahu berbuka secara buffet, haaaa sebagai pemburu makanan tersohor..uhuks.. ena nak kongsikan satu restoran yang menyediakan semua kehendak di atas iaitu Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine.

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

Kenapa ena sarankan Restoran S'lasih ni? Sebab semua makanan Buffet Ramadhan 2021 di sini semua sedap dan kena dengan citarasa ena sebagai orang Melayu ni. Rasa makanannya semua seimbang mengikut menu masing-masing la, cukup pedasnya, cukup manisnya, cukup gula semua la. Selain itu, ada makanan yang tidak pernah makan lagi seperti Sate Kambing makan dengan Kuah Kicap Manis Pedas. Yela, selama ni ena makan sate dengan kuah kacang je. Oh my! Serius ena cakap, anda patut berbuka puasa di sini nanti.


BUFFET RAMADHAN 2021 RESTORAN S'LASIH PADANG & ASIAN CUISINE

Sebelum ena tunjukkan gambar-gambar menu yang ena rasa menarik untuk dikongsikan, terlebih dahulu ena terangkan serba sedikit mengenai Restoran S'Lasih Padang & Asian Cuisine. Di Malaysia, restoran ini mempunyai 2 cawangan setakat ini iaitu di Level 3, Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall. Ena pergi ke cawangan Bangsar Shopping Centre semasa Majlis Perasmian Pembukaan Restoran S'Lasih dan sekali gus preview untuk Buffet Ramadhan 2021 di sini.

Menurut Tengku Haji Daud Shah bin Tengku Adnan, Restoran S'lasih ini bakal mengembangkan sayapnya di sekitar Klang Valley lagi. Di mana tu ena tidak pasti namun berharap ada berdekatan dengan rumah ena la. Boleh makan kat situ hari-hari. Aaaauummmm. Benda sedap, hari-hari ena makan tak mungkin mudah jemu.

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

Makanan di sini terdapat 100 jenis menu yang ada untuk setiap hari dan kebanyakkan yang ada untuk Buffet Ramadhan 2021 Restoran S'lasih ni, ada dalam menu restoran ini secara ala-carte dan signature dishes kat sini seperti Nasi Goreng Kambing Panas dan Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit. Haaaa, tengok nama menunya agak pelikkan dan jadi tanda tanya itulah membuatkan ena nak rasa nanti. 

Okay, sudah sampai masanya ena nak kongsikan gambar antara juadah dalam Berbuka Puasa 2021 dengan masakan Padang & Asian Cuisine di Restoran S'lasih.


S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa



HARGA BUFFET RAMADHAN 2021 RESTORAN S'LASIH 

Buffet Ramadhan 2021 Restoran S'Lasih bermula dari 13/4/2021 hingga 3/5/2021 dari jam 5.30pm hingga 9.00pm setiap hari. Haaaa, anda dah boleh rancang dah mulai sekarang sebab anda boleh dapat Early Bird Promotion sekiranya anda buat tempahan awal. Ena kongsikan harga di cawangan Bangsar Shopping Centre.

HARGA EARLY BIRD:
Dewasa: RM75.00
Kanak-Kanak: RM25.00

HARGA NORMAL:
Dewasa: RM89.00
Kanak-Kanak: RM40.00

Okay, untuk informasi anda harga buffet di cawangan Bangsar Shopping Centre dengan cawangan Sunway Putra Mall adalah berbeza ya. Dan tiada Early Bird Promotion untuk di cawangan Sunway Putra Mall. Bawah ini ena kongsikan harga di Sunway Putra Mall pula. Anda boleh pilih untuk berbuka puasa di cawangan yang mana satu nanti ya.

HARGA NORMAL (Sunway Putra Mall Sahaja):
Dewasa: RM30.00
Kanak-Kanak: RM10.00


DETAILS RESTORAN S'LASIH PADANG & ASIAN CUISINE

Haaaa, amacam?? Menarikkan?! Ena sangat rekomen Restoran S'Lasih sebagai pilihan anda untuk berbuka puasa nanti, lagi sekali ena tekankan makanan dan minuman kat sini sangat sedap, memang menekankan makanan daripada negara jiran dan banyak pilihan. Dari nasi sampai ke kuih-muih sedap.

Oleh itu, sekiranya anda ingin buat tempahan, anda boleh hubungi mereka sendiri ya. Ena kongsikan nombor telefon dan laman social rasmi Restoran S'lasih di bawah ini. Semoga sedikit sebanyak membantu anda.

S'LASIH RAMADHAN 2021 - Hak Milik Ina Ainaa


WHATSAPP NUMBER:
014-5114769
(P/S: Anda juga boleh buat tempahan menerusi FoodPanda atau GrabFood)

FACEBOOk:

INSTAGRAM:


You May Also Like

0 Comments