Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Kali ni ena rasa nak tukar selera lagi dan ena nak makan makanan dari luar cuma masih tak lari dari selera Melayu ena ni. Hasilnya, baru-baru ini ena berjaya memburu makanan di satu restoran yang 100% menyediakan masakan asli Indonesia di Central iCity Mall Shah Alam iaitu Restoran IndoAsli.
Sebelum ena datang ke sini, ena buat carian dulu di instagram IndoAsli_Official nak tengok menu apa yang menarik hati ena. Sekali dah tengok, okay memang kebanyakkannya ena tak pernah makan lagi ya. Selalu layan Ayam Penyet atau Ayam Gepuk je. Menu kat IndoAsli ni betul-betul Authentic Indonesian Homestyle Cuisine. Okay nak tahu apa yang ena cuba try test di IndoAsli ni? Nanti ena kongsikan nama menu sekali dengan gambar di bawah ini, namun sebelum itu ena nak kongsikan serba sedikit mengenai IndoAsli ni ya.
INDOASLI AUTHENTIC INDONESIA HOMESTYLE CUISINE
Alkisah terbentuknya IndoAsli ni adalah 20 tahun dulu, seorang chef yang berkemahiran pergi merantau ke seluruh negara Indonesia semata-mata mencari masakan yang paling authentic dan beliau juga sanggup berhenti beberapa kedai makan yang halal di serata Indonesia. Disebabkan beliau masih tak boleh move on dengan kesedapan makanan yang tersedia di negara sana, balik Malaysia beliau mewujudkan restoran IndoAsli di mana terdapat pelbagai menu authentic dari sana seperti yang ena sudah nyatakan di atas.
Di Malaysia, Restoran IndoAsli terdapat dua cawangan setakat ini iaitu di IOI City Mall, Putrajaya dan Central i-City Mall, Shah Alam. Yang ena pergi baru-baru ini di cawangan Central i-City Mall dan inshaAllah nanti nak pergi di cawangan Putrajaya pula sebab lebih dekat dengan rumah ena. Namun, kat bawah ni ena kongsikan alamat di cawangan Shah Alam ya.
ALAMAT:
IndoAsli Central i-City
Lot LG-58, Central I-City, Plot 1,
I-City Persiaran Multimedia,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
(Waze: Central i-City Shah Alam)
WAKTU OPERASI:
Waktu: 10am - 9.45pm
Hari: Setiap Hari
MENU PILIHAN ENA
Semua makanan kat sini dijamin Halal dan bersih. Anda disarankan untuk pilih menu yang ena kongsikan di bawah ni. Memang terangkat!
![]() |
IndoAsli Tauhu Telur |
![]() |
IndoAsli Rendang Sapi |
![]() |
IndoAsli Tempe Sira |
![]() |
IndoAsli Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara |
![]() |
IndoAsli Rendang Kambing |
![]() |
IndoAsli Es Alpukat (Kiri) dan Soda Serai (Kanan) |
![]() |
IndoAsli Gulai Ayam Padang |
![]() |
IndoAsli Es Alpukat Special. Kiranya ini salah satu Signature minuman kat IndoAsli |
![]() |
IndoAsli Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali |
![]() |
IndoAsli Popia Pisang |
![]() |
IndoAsli Jeli Dalam Telur |
FEEDBACK DARIPADA ENA
KEDAI: Restoran IndoAsli di cawangan Central i-City memang luas, cantik dan kemas. Tersembul kesenian melambangkan kedai makan tersebut menyediakan makanan dari Indonesia. Tampak modern dan yang paling penting selesa.
SERVIS: Overall, servis kat sini seperti kedai makan yang lain iaitu menyediakan ruang makan secara dine-in mahupun takeaway. Untuk bulan Ramadhan, anda boleh buat tempahan atau booked tempat untuk anda berbuka puasa di IndoAsli. Nanti ena kongsikan contact number di akhir bebelan ena yang ini ya.
KEMUDAHAN: Memandangkan Restoran IndoAsli ini berada di dalam mall, anda boleh menggunakan segala kemudahan yang ada di mall ini seperti parking, surau, tandas dan sebagainya. Kemudahan pada restoran ada singki, tempat duduk yang selesa dan ruang kaunter untuk buat pembayaran. Anda boleh buat bayaran menggunakan cash, online banking atau e-wallet. Terpulang pada keselesaan anda.
MAKANAN: Makanan yang disediakan memang sedap, kena dengan tekak Melayu ena, cuma kalau ditambah pedas mesti lagi sedap seperti pedas dalam rendang atau gulai ayam padang. Ena jenis makan je pedas atau tidak memang rasa mantul dah. Ramuan yang digunakan memang terasa kat lidah ena ni.
Senang cerita, semua menu yang ena sudah cuba try test di atas, semua ena belum pernah makan lagi. Jangan ditanyalah ena teruja atau tidak, memang teruja lah jawapan ena. Puas hati sangat-sangat, dapat berbuka puasa kat sini lagi cun!
HARGA: Dari segi harga, tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sedang-sedang elok. Ikut standard restoran dalam mall la. Yang penting kualiti dan kuantiti makanan serta minuman yang kita dapat sangat memuaskan hati. Harga semua tu dah boleh tolak ke tepi.
DETAILS RESTORAN INDOASLI
Berminat? Terliur? Haaa apa lagi buat tempahan anda sekarang untuk berbuka akan datang. Menu semua ni kekal ada ketika bulan Ramadhan dan juga di bulan-bulan yang lain. Okay, di bawah ini link media social rasmi IndoAsli. Semoga dapat membantu anda untuk hubungi pihak mereka sendiri.
INSTAGRAM:
FACEBOOK:
CONTACT NUMBER:
03-8959 0100
0 Comments