MAKAN LENGQUAS BOLEH MENANG HADIAH BERNILAI RM100,000!

by - Sunday, April 04, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Seronok tak makan je boleh menang hadiah bernilai RM100,000?? Seronokkannn. Ena paling suka kalau ada peraduan sebegini sebab ena kan suka makan. Dan memang ena langkah kanan, baru-baru ni pihak Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melancarkan peraduan Makan dan Menang LengQuas bermula 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

Ena diberi peluang untuk ke majlis perlancaran Peraduan Makan dan Menang LengQuas di Cornerstone IPC Kuala Lumpur dan ena sendiri dengar ucapan serta keterangan daripada pihak LengQuas dan KOPETRO. Ena nak join juga peraduan ini dan ena juga nak ajak anda semua untuk sertai bersama-sama. Mana tahu boleh menang hadiah yang pihak KOPETRO tawarkan. Yes, jangan cakap hakak tak payung ye. Jom ena kongsikan dulu syarat-syarat penyertaan dahulu ya.


SYARAT-SYARAT MAKAN & MENANG LENGQUAS

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk peraduan Makan & Menang LengQuas ini. Bagi ena mudah sangat syarat yang melayakkan anda berpelung untuk menang hadiah bernilai RM100,000.

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa


1) Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau agent sah KOPETRO
2) Harus berbelanja RM20 minimum dalam satu resit
3) Imbas QR kod yang tertera untuk mengisi borang penyertaan
4) Isi maklumat di ruang yang disediakan dan jawab soalan yang diberikan
5) Sertakan gambar resit sebagai bukti pembelian
6) Pemenang akan dihubungi secara sesi cabutan hadiah

Itu sahaja syarat-syaratnya dan seterusnya ena nak kongsikan dengan anda mengenai 21 produk sejuk beku LengQuas yang ada.


LENGQUAS MALAYSIA

Ini bukan lengkuas yang untuk dimasak tu ye, ini adalah LengQuas jenama yang menyediakan makanan tradisional sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn.Bhd. Anda jangan risau sebab ke semua produk LengQuas sudah mendapat pengiktirafan daripada HACCP dan GMP Bahagian Keselematan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, mereka juga sudah dapat pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Setakat ini, LengQuas sudah mempunyai 153 orang ejen jualan yang sah di setiap negeri Selangor, Melaka, Terengganu, dan Johor. InshaAllah, bakal melantik ramai lagi ejen dari negeri yang lain demi meluaskan pasaran produk makanan tradisional sejuk beku LengQuas.


LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa


Antara 21 jenis makanan tradisional sejuk beku LengQuas:

1) Beef Stew
2) Chicken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) LengQuas Daging Masak Hitam
9) LengQuas Ayam Masak Hitam
10) LengQuas Rendang Ayam
11) LengQuas Ayam Percik
12) LengQuas Paru Goreng Berlada
13) LengQuas Sambal Ikan Bilis
14) LengQuas Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis


Di bawah ini antara sajian yang ena makan di majlis tempoh hari semasa perlancaran Makan dan Menang LengQuas. Semua ini makanan adalah daripada LengQuas ya. Wow! Menarik! Bagi ena not bad yaaaa semua rasa makanan tradisional LengQuas ni dan ena paling suka LengQuas Daging Masak Hitam, sedap sangat.

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa


Menarik sangat! Nanti ena nak beli makanan sejuk beku atau dalam bahasa Inggerisnya Frozen Food LengQuas, buat stok untuk sahur mahupun berbuka puasa nanti. Senang sangat-sangat dan menjimatkan masa, sekiranya ena terlajak bangun sahur. Masuk dalam microwave je dah siap. Sekali gus boleh masuk peraduan ni juga. Yeayyy!

Okay, seterusnya ena nak kongsikan dengan anda mengenai barisan KOPETRO pula. 


APA PULA KOPETRO?

KOPETRO dalam nama panjangnya adalah Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad yang ditubuhkan pada Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. 4 bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan.

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa


Untuk pengetahuan anda, pencapaian KOPETRO kini pihak mereka berada di kedudukan ke 5 sebagai Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. Selain itu, KOPETRO telah menerima 2 anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan satu lagi Lang International Corporate Titan Awards.

FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


DETAILS PERADUAN MAKAN & MENANG LENGQUAS

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan untuk lebih mendalam, anda boleh ke link yang ena kongsikan di bawah ini. Itu sahaja perkongsian daripada ena dan jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan anda untuk sertai Peraduan Makan dan Menang LengQuas.

LENGQUAS - Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


You May Also Like

0 Comments