DASYAT! PROMOSI KAW-KAW PEMBUKAAN LULU HYPERMARKET SETIA CITY MALL, SHAH ALAM

by - Thursday, April 01, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Berita baik untuk anda yang berada berdekatan dengan Shah Alam, Lulu Hypermarket telah mengembangkan sayapnya yang ketiga di Setia City Mall baru-baru ini. Selama ini hanya ada dua cawangan sahaja iaitu di Kuala Lumpur dan 1 Shamelin. Ena pernah kongsikan mengenai Lulu Hypermarket 1 Shamelin dan Lulu Hypermarket Kuala Lumpur. Dan yang lagi menarik, di Lulu Hypermarket Setia City Mall sedang mengadakan promosi semperna pembukaan cawangan terbaru mereka sehingga 4 April 2021.

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa


Ena tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini, demi promosi pembukaan sanggup ena ke Setia City Mall masa hari pertama pembukaannya. Fuhh! Gigih ya. Bukan promosi pembukaan sahaja ada, promosi untuk persiapan Ramadhan nanti pun ada juga. Banyak barang murah dan sangat berguna untuk kegunaan kita. Nanti ena kongsikan antara barang yang tengah promosi kaw-kaw kat bawah ni. Sebelum tu, ena nak Kongsikan sedikit mengenai Lulu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam ya. Lets Go!


LULU HYPERMARKET SETIA CITY MALL, SHAH ALAM

Lulu Hypermarket Setia City Mall kali ini memang sangat besar, kemas dan selesa. Keluasannya 150,000 kaki persegi weh, memang sangat luas. Lepas tu, kemudahan untuk parking pun ada sebab Lulu Hypermarket cawangan terbaru ini betul-betul terletak dalam Setia City Mall (SCM) bermakna anda boleh menggunakan segala kemudahan yang ada dalam mall ni. Siapa pernah pergi SCM mesti anda tahu keluasan dan kebesaran mall ni. Anda mesti selesa, jangan risau. Harga parking pun murah tau. 

Lulu Hypermarket cawangan terbaru ni mempunya 3 tingkat. Tingkat yang pertama iaitu LG mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi dan kat tingkat ini bahagian pasar raya, barangan segar, makanan panas, roti, chocolate dan barang kesihatan serta kecantikkan. Dan kat bahagian ni la bahagian kegemaran ena ya. Ahaks.

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa


Bahagian tingkat kedua iaitu UG terletak bahagian Lulu Fashion Store di mana ada pelbagai jenis pakaian untuk di pakai dari atas kepala hingga ke kaki untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Banyak sangat fesyen baju ada kat situ dan harga pun banyak yang tengah promosi.

Sekiranya anda nak beli pakaian untuk raya nanti pun boleh datang ke Lulu Hypermarket Setia City Mall ni. Harga memang sangat murah sekarang sehingga 4/4/2021. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ena kalau belum beli baju raya lagi, ena nak beli kat sini dah tapi malangnya dah beli awal-awal lagi. Adeiiii. Nak tambah lagi boleh tak? Ahaks

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa


Yang terakhir, tingkat tersebut terletaknya barang-barang elektronik dan perkakas dapur. Fuhhh! Smart TV yang 55" dan keatas tengah ada promosi kaw-kaw. Separuh harga ya, memang berdesup orang beli. Ada yang beli sampai dua sebab yela mana nak dapat harga yang murah macam ni kat tempat lain.

Okay, untuk pembelian barangan elektrik atau perkakas dapur, anda perlu bayar kat tingkat ini juga. Tak boleh bayar di kaunter LG. Nanti ada guard check kat eskalator menurun ke tingkat 2, anda perlu tunjuk resit pembelian sahaja.

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS LULU HYPERMARKET SETIA CITY MALL

Apa tunggu lagi, masa tidak menunggu kita. Lagi berapa hari je nak 4 April 2021 di mana promosi pembukaan Lulu Hypermarket Setia City Mall bakal berakhir. Rebut pelung ini, nak tunggu apa lagi kan. Jom ramai-ramai serbu Lulu Hypermarket SCM sekarang!

Untuk keterangan lebih lanjut, anda sangat digalakkan untuk datang ke cawangan ketiga Lulu Hypermaket ini sendiri atau boleh juga intai-intai laman sesawang rasmi mereka. Ena kongsikan link untuk ke sana di bawah ni ya. Klik sahaja.

Terima kasih ya sebab baca perkongsian ena kali ini. Jangan lupa share ya. Itu sahaja daripada ena, banyak lagi ena nak cerita mengenai hasil buruan ena terutamanya kisah Preview Ramadhan 2021 kali ini. Stay tuned!

LULU HYPERMARKET SCM - Hak Milik Ina Ainaa


You May Also Like

0 Comments