COOLBLOG KATHIRA & BANDUNG SMOOTHIE MENGGUNAKAN SUSU KURMA FARM FRESH. NGAM KE?

by - Saturday, April 17, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Setiap kali lalu depan gerai Coolblog mesti teringat zaman waktu study kat IIUM Kuantan. Kerap beli air di Coolblog dulu, tapi lepas habis belajar dah jarang beli. Bukan taknak beli, tapi biasa la jumpa air lain beli yang tu, jumpa air yang ini cuba try test yang ni pula. Foodhunter dikatakan. Ahaks.

COLDBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Baru-baru ni lepas beli barang kat Tesco Jenjarom terus rasa nak moreh minum air Coolblog. Alang-alang tu terus la ambil menu terbaru CoolBlog sempena memeriahkan bulan Ramadhan 2021 iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Satu untuk Yazid dan satu lagi untuk ena, tapi nanti saling bertukar rasa. Hiks. Apa yang menarik hati ena untuk beli dua minuman ni adalah dua smoothies menggunakan Susu Kurma Farm Fresh, jenama susu kegemaran ena. Yeahhh support produk tempatan kita.


COOLBLOG KATHIRA SMOOTHIE DAN BANDUNG SMOOTHIE

Minuman khatira dan bandung tidak asing lagi dalam rakyat Malaysia dan ada yang mengatakan dua minuman ini merupakan paling laku keras ketika bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, pihak CoolBlog sekali lagi menyediakan minuman limited edition iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie demi memeriahkan serta menyambut Ramadhan 2021 melalui kempeb Tradisi Cool Ramadan. Kempen ini berlangsung dari 4 April 2021 lagi.

Menurut Win Zaidi Zakaria, Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia, kempen ini sudah diperkenal sejak bertahun yang lalu demi memuliakan kesucian bulan yang penuh keberkatan ini. Selain memupuk nostalgia minuman tempatan iaitu Kathira dan Bandung ini, pihak mereka inginkan campurkan kelainan sedikit di mana dengan kolaborasi Farm Fresh Malaysia, mereka suntikan rasa keenakan Susu Kurma di dalam Coolblog Kathira dan Bandung Smoothie. Yela selama ni kita buat atau minum Kathira dan Bandung menggunakan susu biasa tu kan. Haaaa, kali ni menggunakan susu kurma. Nice sangat.

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


Coolblog Kathira Smoothie ini diilhamkan dari minuman Kathira yang popular di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan-bahan yang premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma dan susu kurma Farm Fresh.

Coolblog Bandung Smoothie pula campuran perisa ros, jeli gula perang premium, dan juga susu kurma Farm Fresh. Haaa menarikkannn. Anda jangan risau, semua bahan yang digunakan selamat dan dijamin halal serta bersih. 


MENU PILIHAN ENA

Ena pilih dua-dua, Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie sebab ena nak rasa sendiri dua-dua minuman Tradisi Cool Ramadan ni.

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Coolblog Tradisi Cool Ramadan

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Coolblog Kathira Smoothie

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Coolblog Bandung Smoothie



FEEDBACK DARIPADA ENA

MINUMAN: Wow! Memang sedap ya bila bergabung dengan susu kurma Farm Fresh. Ada upside down gula melaka pula tu. Yes, Kathira Smoothie ada rasa pandan bercampur rasa kurma dan gula melaka. Tapi rasa tak pelik pun malah lebih sedap dan sesuai untuk buat berbuka atau moreh.

Bandung Smoothie paling ena suka sebab rasa bertambah enak bila dah campur susu kurma Farm Fresh. Ai is falling in love. Ahhhhhh! Cuma lepas ni ena nak minta kurang gula atau tak payah letak gula tambahan. Cukuplah manis kat Gula Melaka tu. Hehehe, ena kan dah terbiasa minum air yang tidak over manis ni. 

HARGA: Coolblog Kathira Smoothie berharga RM9.80 malah Coolblog Bandung Smoothie RM8.80. Beli dua air ni jumlah harga tidak sampai RM20 pun. Berbaloi sangat dan bagi ena harganya murah. Yela, ada susu kurma Farm Fresh pula tu, bukan susu kaleng-kaleng tapi dapat harga sedemikian. Tak rugi beli.

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa



DETAILS COOLBLOG KATHIRA & BANDUNG SMOOTHIE

Apa tunggu lagi, pergi mana-mana outlet Coolblog yang berhampiran dengan anda dan pilih dua minuman tradisi ini sekarang. Jangan lupa minta kurang gula or no sugar added because love yourself first ya. Hiks. Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Selamat Berpuasa ya.

COOLBLOG MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

FACEBOOK:




You May Also Like

1 Comments