Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena nak tanya, setakat ini anda layan cendol kat mana? Pernah anda minum cendol yang macam minuman sedia minum tu tak? Tak pernah? Haaaaa... ena pun tak pernah sebab selalunya ena layan cendol kat gerai-gerai tepi jalan tu. Namun, zaman sekarang makin modern dan semua benda memerlukan kemudahan demi menjimatkan masa, ena nak kongsikan dengan anda minuman segera cendol pertama di Malaysia yang diberi nama Cendolah.
Wahhh, ena sangat teruja ya bila dapat tahu mengenai Cendolah ni dan membuatkan ena rasa tak sabar untuk merasainya sendiri. Almaklumlah, nama pun pemburu makanan. Dan baru-baru ena berpeluang untuk hadir sendiri ke majlis perlancaran Cendolah ini di Shang-ri La Hotel Kuala Lumpur. Nak tahu apa input yang ena dapat dari majlis ini? Ayuh! Teruskan membaca ya.
CENDOLAH MALAYSIA
Cendolah merupakan produk terbaru daripada syarikat tempatan iaitu Asia Innovative F&B Sdn. Bhd. dan juga merupakan cendol sedia minum pertama yang ada di Malaysia. Ena yakin dan pasti bahawa cendol merupakan salah satu minuman yang digemari kebanyakkan masyarakat di Malaysia dan diikhtiraf oleh CNN sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik di dunia.
Oleh sebab itu, pengasas Asia Innovative F&B Sdn. Bhd membuat inovatif terbaru untuk cendol dan menjadikannya sebagai minuman sedia minum supaya penggemar cendol merasai Cendolah ini mudah di cari, minum dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu risau, Cendolah sudah mendapat kelulusan sijil Halal, HACCP dan MeSTI.
Bahan-bahan Cendolah terdiri daripada bahan-bahan yang bersih seperti sirap karamel, santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau. Resepi Cendolah menggunakan kadar gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan. Ini bukan kaleng-kaleng cendol sedia minum.
HIDANGAN CENDOLAH
Berikut adalah hidangan Cendolah yang ena sediakan sendiri dan semoga dapat membantu anda menggambarkan rupa sebenar Cendolah ni. Yes, sama sahaja macam cendol yang kita biasa makan kat tepi jalan, cuma cendol pulut dengan cendol durian tak adalah. Namun mana tahu akan datang ada.
Tapi sekiranya anda mahu buat sendiri cendol pulut atau durian, boleh juga. Anda hanya perlu tambah pulut atau durian sahaja. Cendolnya tak payah buat atau bancuh dah, guna je Cendolah ni.
FEEDBACK DARIPADA ENA
MAKANAN: Sedap dan berbaloi. Rasa cendolnya memang sama je yang jual kat warung atau gerai tepi jalan tu. Cuma ena kena letak ais bagi sejuk. Makan sejuk-sejuk baru sedap dan terangkat. Dari segi manis, ada rasa tapi tak terlampau over. Sedang-sedang elok sahaja dan kalau dapat dijadikan juadah untuk berbuka puasa memang sesuai.
MAKANAN: Sedap dan berbaloi. Rasa cendolnya memang sama je yang jual kat warung atau gerai tepi jalan tu. Cuma ena kena letak ais bagi sejuk. Makan sejuk-sejuk baru sedap dan terangkat. Dari segi manis, ada rasa tapi tak terlampau over. Sedang-sedang elok sahaja dan kalau dapat dijadikan juadah untuk berbuka puasa memang sesuai.
Ada dua cara ena minum, satu ena letak ais dalam cawan dan tuang Cendolah ke dalam cawan berisi ais batu. Cara satu lagi, ena buka paket Cendolah dan tuang ais batu ke dalam paket tersebut, dah boleh minum. Bagi ena sangat mudah dan menjimatkan masa ena.
HARGA: Harga untuk sepaket Cendolah adalah RM4.90. Bagi ena harga sebegitu murah dan berpatutan. Nak lagi jimat, beli sekotak terus. Anda boleh beli di Shopee atau di mana-mana pasaraya Mydin yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
DETAILS CENDOLAH MALAYSIA
Amacam? Menarik tak? Menarikkan minuman cendol sedia minum Cendolah ni. Oleh itu, grab la sekarang dan anda boleh kongsi sendiri pengalaman anda minum dengan Cendolah. Itu sahaja perkongsian serba sedikit daripada ena, untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari laman sesawang atau laman social rasmi Cendolah.
WEBSITE:
INSTAGRAM:
FACEBOOK:
1 Comments
bestnya ena dah ada cendol macam Cendolah ni,boleh lah cuba nanti, thanks for sharing
ReplyDelete