PERGHH! KEATCHEN MEMASYHURKAN NOSTALGIA SAJIAN MAKANAN JALANAN DI ZAMAN TEKNOLOGI TERKINI

by - Saturday, April 24, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini suka layan makanan jalanan ? Tak pun, adakah anda penjual makanan jalanan yang lebih dikenali sebagai Culinary Champions? Sekiranya YA, okay mari ena nak kongsikan satu perkongsian yang bermanfaat mengenai kEATchen supaya kita tidak ketinggalan isu semasa di zaman teknologi terkini.

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Seperti yang kita semua tahu makanan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengenali sesebuah budaya. Hal ini kerana, makanan mampu memberi nostalgia yang tertentu dengan cara dan rasa yang berbeza. Namun begitu, kebanyakkan peniaga makanan jalanan yang kita nampak menjalankan perniagaan mereka secara kecil, sangat jauh beza dengan pengusaha makanan besar yang lain. Oleh sebab itu, kEATchen berhasrat untuk mendigitalkan dan memartabatkan perniagaan culinary champions tanpa mengganggu warisan dan kisah mereka.


KEATCHEN MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda, kEATchen menekankan konsep dapur awan atau lebih dikenali sebagai Cloud Kitchen yang mengumpulkan makanan jalanan atau culinary champions yang sangat terkenal kepada para penggemar makanan. Pada 19/4/2021, di Kuala Lumpur, Eatvolution Sdn Bhd telah mengumumkan pelancaran yang rasmi buat kEATchen. Dengan menggabungkan konsep baharu bersama teknologi, Eatvolution melalui kEATchen merealisasikan keupayaan industri F&B tempatan untuk kekal relevan mengikut era masa akan datang. 

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Selain itu, kEATchen juga berhasrat dapat membantu para peniaga makanan jalanan yang sedia ada menerima pesanan makanan jalanan dari penggemar makananan melalui aplikasi di telefon pintar sahaja.  Antara bimbingan yang akan diberikan adalah seperti kempen pemasaran, portal & sokongan teknologi dalam talian, pengurusan penjualan, iklan & promosi, pematuhan lesen, pembungkusan, dan pengurusan pesanan. 

Demi menempatkan culinary champions di zaman teknologi terkini, kEATchen dengan teknologi dan sokongan merancang untuk beroperasi di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Hal ini sekali gus, membantu para pengusaha makanan dengan mudah dalam merancang menu-menu yang lebih enak dan menarik berdasarkan data yang dikumpulkan dari kawasan yang disasarkan.

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


Menurut Martin Kim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Eatvolution Sdn.Bhd, idea untuk kEATchen berasal daripada empat orang sahabat dari latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu makanan. Mereka percaya cara terbaik untuk mengenali sesebuah budaya bermula dengan makanan tempatan dan kEATchen oleh Eatvolution diasaskan dengan objektif untuk membantu melestarikan warisan makanan dan memperkasakan para peniaga dengan konsep perniagaan yang terkini. 

Mereka juga ingin menjadi pendorong kepada peniaga makanan yang kecil ini untuk bersaing maju dengan rangkaian makanan yang lain. Dan mereka akan membantu para peniaga ini dengan menggunakan kemudahan premis yang pihak kEATchen sediakan serta membuka peluang untuk berada di pasaran digital.

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


Cawangan pertama kEATchen telah dibuka di Ara Damansara selang beberapa hari bermulanya Ramadan. Pembukaan pertama ini telah menyajikan makanan yang halal dan bersih. Sangat sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa, malah menyediakan penghantaran makanan meliputi jarak 30km. Berita baik untuk anda, KEATchen juga membuat PROMOSI PEMBUKAAN sempena cawangan mereka yang pertama. Dengan itu, pengguna boleh memesan makanan pilihan mereka bermula dari 3PM setiap hari dan anda jangan risau kerana pihak mereka akan hantar makanan pada tepat waktu untuk berbuka puasa.

Pihak kEATchen juga merancang untuk mengembangkan sayapnya ke lokasi lain dalam tempoh 6 bulan. Selain itu, mereka secara aktif mencari culinary champions tempatan untuk menjadi sebahagian daripada evolusi baharu perniagaan makanan ini. Oleh itu, menjemput semua culinary champions untuk berkolaborasi dengan kEATchen.

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS KEATCHEN MALAYSIA

Sekiranya anda sebagai Culinary Champions berminat untuk meningkatkan peniagaan anda dan mahu bekerjasama dengan kEATchen, anda boleh terus berurusan dengan pihak mereka. Di bawah ni, ena sediakan link untuk hubungi pihak mereka ya. Itu sahaja perkongsian ena kali ini, semoga sedikit sebanyak memberi peluang yang cerah untuk anda.


KEATCHEN MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:


You May Also Like

0 Comments