MENARIK! NIKMATI MAKANAN DALAM BAS DI NIGHT BUS 127 JENJAROM

by - Monday, June 07, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Perkongsian buruan ena kali ini mengenai satu kedai makan yang menarik bagi ena dan Yazid di sekitar Jenjarom dan berdekatan simpang untuk ke tol Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama kedai makan tersebut adalah Night Bus 127.

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa

Ena sebenarnya dah lama intai restoran ni dari jauh setiap kali ada kat Banting cuma bak kata orang 'belum dapat seru' nak berhenti cuba try test makanan kat sini. Kali ni memang nekad dan tekad nak buru makanan setelah fikiran dah lama sendu blog ni tak di isi dengan kisah buruan ena. Yazid pun onz ja. Nak tahu apa yang menarik kat sini, ayuh baca serba sedikit kenangan kami kat sini.

Disclamier: Kisah ini terjadi 2 atau 3 bulan yang lepas. Bukan ketika LockDown ni ya. Harap Maklum! Ena baru nak story mory kat blog ena ni. 


NIGHT BUS 127 JENJAROM

Restoran ini dimiliki oleh pemuda berbangsa Melayu dan sudah tentu warganegara Malaysia. Ena  yakin dan tahu sebab masa ena pergi tempoh hari pemiliknya turut ada di Night Bus 127. Beliau siap terangkan kepada kami menu yang mana paling menerima banyak sambutan dan macam-macam lagi. 

Menurut kata mak mentua ena, Bus 127 ni adalah bas zaman dulu membawa penumpang dari Banting ke Klang dan sebaliknya. Sebab itulah pemuda ini membuka kedai makan Night Bus 127 di tepi jalan Jenjarom yang merupakan jalan lama menghubungkan antara Banting dan Klang. Menarik! Dan sekali sebut nama restoran ini seolah-seolah seperti "Naik Bus". Kreatif betul!

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa

Konsep di sini menekankan konsep makanan barat dan mengajak para penggemar makanan seperti ena menikmati makanan serta minuman di dalam bas. Sebab itu tempat ini berjaya buat ena tertarik untuk memburu tempoh hari. 

Namun bukan rezeki ena laa. Ena tak dapat nak menikmati makan malam ena di dalam bas sebab satunya bawa anak, ada meja khas dalam bas yang boleh letak baby chair cuma sudah di penuh. Tidak boleh booked tempat, first come first serve ya.  Alamatnya, ena memilih untuk makan kat tepi bas sahaja. Best juga sebab ena rasa macam tengah tunggu bas kat perhentian bas, sambil tu boleh menikmati makanan. Hehehe.

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Restoran Night Bus 127,
Lot 389, Batu 13, Jalan Klang Lama,
Kampung Sungai Rambai,
42600 Jenjarom, Selangor
(Waze: Night But 127)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 5pm - 12am (Ini waktu biasa. Waktu Lockdown ena tak pasti, maaf)
Hari: Isnin - Ahad (Selasa Cuti)



MENU PILIHAN ENA

Masa ni ena datang pada waktu malam, walaupun tengah lapar tapi selera tak mahu makan yang berat sangat. Tengok menu Night Bus 127, Allahu rasa nak makan semua terutama burgernya sebab pemilik kedai ini kata set burger adalah set paling top kat sini. Tapi yela, masa ni ena tengah kawal makan malam, akhirnya pilih makan pasta sahaja. Minuman pun ena pilih air kosong sahaja.

Berikut adalah pasta yang ena dan Yazid makan.

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa
Seafood Marinara Spaghetti Night Bus 127

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa
Grilled Chicken Parmigiana Spaghetti Night Bus 127


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Masa ena jejak kaki kat Night Bus 127, ena rasa wahhhhhhhh, ala-ala hipster kedainya. Ena boleh hidu udara "Santai" dari kedai makan ni, maksudnya ena boleh makan kat sini secara santai-santai dengan family ena. Tidak perlu rasa kena beretika sangat macam makan kat tempat makan mewah-mewah tu. Best laa.

Keluasan restoran ini boleh tahan luas dan besar bagi ena. Selesa pun selesa, cuma tak ada aircond la kalau makan kat luar bas. Tempatnya jenis terbuka, dalam bas je tertutup. Bersih pun bersih, meja yang sudah diguna mereka akan cepat-cepat bersihkan supaya customer lain boleh duduk dengan tenang. Lepas tu, tiada bau yang kurang menyenangkan kat sini.. Ena suka lepak makan malam kat restoran macam ni. Terbaik.

Sekiranya sudah boleh dine-in nanti, restoran ini sangat sesuai untuk anda sambut hari-hari istimewa bagi anda seperti small parti untuk hari jadi ke, anniversary ke atau gathering ke. Nice sangat ya.

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Ketika Lockdown, mereka ada membuat servis delivery cuma ena tak pasti macam sebab tidak pernah order secara delivery. Apa yang ena buat kalau tidak pernah order delivery atau inginkan informasi lebih tepat, ena mesti DM salah satu social media kedai makan tersebut. Tidak pun cari nombor telefon kat Google. Tanya sendiri dengan pihak mereka.


KEMUDAHAN: Kemudahan yang ada kat sini seperti toilet yang selesa, parking yang luas dan anda boleh buat pembayar secara online mahupun cash. 

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa


MAKANAN: Ini komen jujur daripada ena sebab ena pergi memburu sini menggunakan duit ena. Bukan paid review ke apa. Spaghetti yang ena pilih sangat-sangat sedap dan sangat-sangat recommended. Kuantitinya pun banyak dan lauk dalam Spaghetti tu pun tidak kedekut langsung. Kenyanggg, serius kenyang sangat dan dah rasa macam makan makanan berat dah. Hahahaha. Rasa kuahnya berlemak macam campuran carbonara dengan tomato paste macam tu, cuma tak pedas la. Makanan western kan, mana ada pedas tekak Melayu kita ni. Heeee.

Yazid punya, Seafood Marinara Spaghetti sangat puas hati. Seafoodnya pun banyak, sotong ada, udang ada cuma kalau ada kepah ke kupang ke, lagi menarik plattingnya. Rasa kuah marinaranya pun mantul dan tidak kedekut langsung.

NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bab harga, bagi ena agak mahal tapi tak adalah sampai rasa over price sangat. Makanannya sedap, ena pun rasa berbaloi dengan harga setiap menu yang ena pilih tu. Tak adalah rasa sakit hati sangat kan. Hiks.



DETAILS NIGHT BUS 127 JENJAROM

Ena sangat recommended Night Bus 127 ini untuk anda terjah nanti. Ena sampai sekarang terngiang-ngiang kesedapan pasta kat sana cuma nanti ena nak pekena burgernya pula. Ahhhhh! Gian dah nak memburu makanan dah ni, semoga negara kita dapat lawan Covid-19 ni dengan jayanya ya.


NIGHT BUS 127 - Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

CONTACT NUMBER:
011-2626 4127

EMAIL:


You May Also Like

0 Comments