WOW! INDOMIE BERGABUNG DENGAN PIZZA DI US PIZZA MALAYSIA

by - Monday, March 22, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Pernah tak anda makan mee dengan pizza? Woossshhh! Nampak macam pelikkan? Tapi US Pizza telah menyediakan satu pizza bergadung dengan Indomie tau dan walaaaaa...dah jadi menu special mereka dah sekarang. Dan macam biasa, ena sebagai pemburu makanan merasakan Indomie Pizza US Pizza menarik hati dan ena patut cuba try test pizza ni.

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa

Anda pernah makan tak pizza kat US Pizza? Kalau belum, anda patut pekena pizza kat sini. Perghhhhh! Ena suka beli pizza kat US Pizza sebab semua pizza dia unik dan topping pilihan yang ada tidak membosankan bagi ena. Macam-macam yang unik. Alaaa, sebelum ini ena pernah share dengan anda mengenai US Pizza ni. Ingat tak? Haaaa mari baca Klik Sini sekiranya tak ingat.


MENU YANG ENA PILIH

Baru-baru ini, ena teringin sangat nak rasa Indomie Pizza di US Pizza sebab tengok ramai kawan share di laman social mereka. Kebetulan masa ena nak mari sini tengah puasa, haaaa ena cakap kat Yazid nak berbuka puasa kat sini. Alhamdulillah suami pun bagi greenlight sebab dia pun suka makan pizza kat US Pizza. Kami gerak ke sana sebelum berbuka lagi. Kami minum air sedikit dan solat maghrib dulu kat memana yang boleh solat dan terus ke US Pizza cawangan Balakong. Senang bila dah solat ni, makan pun dalam keadaan yang tenang.

Haaa berikut adalah menu yang ena pilih di US Pizza baru-baru ni. Konon nak makan Indomie Pizza je, sekali order yang lain juga. Ai is kenottt! Ahaks.

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa
Indomie US Pizza

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa
Cheeseboat US Pizza

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa
Mushroom Soup kegemaran ena di US Pizza

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa
Chocolate Milkshake dan Vanilla Milkshake US Pizza


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Pizza di US Pizza merupakan salah satu kegemaran ena sebab semua topping pizzanya lain daripada lain dan tak membosankan. Dan Indomie US Pizza ni not bad ya cuma mungkin masa ena pergi kat cawangan Balakong ni, mungkin ada kesilapan sedikit dari segi memasak pizza ni. Bagi ena, Indomie tu sedikit keras dan terlebih masak. Roti pizzanya pun agak keras. 

Cheeseboat pizza memang berbaloi sebab cheesenya sangat banyak dan rasanya pun tidak berat. Yela roti pizza dengan cheese yang bercampur telur sahaja, tak ada tambahan sos yang lain, haaa.. boleh bayangkan tak rasa pizza ni bagaimana? Ena memang suka rasa macam ni, tidak berat dan sudah tentu cheese tu membuatkan ena bertambah selera nak makan. Ena ni hantu cheese, nampak cheese je jadi hantu terus. Hiks. Tak adalah, maksudnya ena ni suka sangat-sangat dengan cheese. Tak kisah cheese jenis apapun.

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bagi ena berbaloi dan puas hati. Ena mari bertiga, ena, Yazid dan Yusuf, minta dua pizza ni tak habis ya sebab kenyang sangat. Bermaksud dengan harga sebegitu boleh makan beramai-ramai dan lebih jimat. Lagipun toppingnya lain daripada yang lain, sedap pula tu, tak apalah harganya lebih kurang harga pizza dari brand yang lain.


DETAILS INDOMIE US PIZZA

Haaaa, apa tunggu lagi, jangan usya je. Sekarang dah boleh dine in kan? Jom pekena Indomie US Pizza sekarang. Anda boleh tengok cawangan mereka yang berdekatan dengan anda di website rasmi US Pizza.

INDOMIE US PIZZA - Hak Milik Ina Ainaa


You May Also Like

1 Comments

  1. ooh wak baru tahu pasal us pizza nih., siap delivery tuu., ;p

    ReplyDelete