LEPASKAN RINDU MEMBURU MAKANAN DI VINTAGE 1988 CAFE KUALA LUMPUR

by - Sunday, January 17, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Pada asal perancangan, hujung bulan Januari 2021 ni ena dan Yazid hendak pergi ke Kuantan tempat di mana ena hidup selama 5 tahun kat sana sebagai pelajar ijazah UIAM Kampus Kuantan. Okay, boleh dikatakan ena rindu bandar Kuantan la. Hiks. Dan sudah tentu ena berniat untuk buru makanan kat sana sekali. 

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

Namun, perancangan Allah itu lebih indah, disebabkan Kuantan sekarang sedang banjir dan seluruh negeri pula tak boleh rentas. Sebab itu ena ajak Yazid pergi foodhunting di sekitar Kuala Lumpur untuk lepaskan rindu nak bau kedai makan. Ahhh gitchew~ Sehari sebelum perutusan Perdana Menteri tempoh hari, ena pergi memburu makanan di Vintage 1988 Cafe yang terletak betul-betul di dalam Ibu Kota Kuala Lumpur. Amacam, best ke tak? Ayuh ena kongsikan di bawah ini ya.


VINTAGE 1988 CAFE KUALA LUMPUR

Tempat makan Vintage 1988 telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Apa yang ena lihat kedai ini menekan konsep ala-ala zaman dulu tetapi mengaplikasikan konsep moden dalam vintage tersebut. Yes, tengok dari nama kedai pun dah boleh bayangkan suasana dalam kedai ni bagaimana. Tempat ini boleh dikatakan retro-style coffee shop yang terletak berdekatan dengan Petaling Street. 

Apa yang ena tahu selama ini, Vintage 1988 ni macam menjual barang-barang perhiasan dan fashion yang ala-ala vintage ni sahaja dan outletnya ada je di sekitar Pavillion, Sunway Pyramid dan One Utama Shopping Centre. Tak sangka cafenya pun ada, sebab itu ena pergi terjah. Hiks. Nak tahu apa yang ena makan kat sini, tengok kat bahagian Menu Pilihan Ena ya.

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Vintage 1988 Cafe,
34, Jalan Sultan,
City Centre 50000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Waze: Vintage 1988 Cafe)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 9am - 11pm (Terkini, ikut pada SOP sekarang ya)
Hari: Isnin - Ahad



MENU PILIHAN ENA

Ena datang sini pada waktu petang sebab ena rasa tempat Coffee-Style ni sesuai untuk layan pada waktu tea-time. Lagipun ena dah makan tengahari masa ni, memang ena niat nak pilih makanan yang tak berat sangat. Tapi haaaa bila dah tengok menu, Allahu rambang mata weh! Akhirnya, terkeluarlah hidangan dalam gambar di bawah ini.

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa
Karaage Chicken Vintage 1988 Cafe

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa
Prawn Pasta Vintage 1988 Cafe

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa
Piccolo Coffee Vintage 1988 Cafe

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa
Cappuccino Vintage 1988 Cafe


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Sebelum ena masuk kedai makan Vintage 1988 lagi, ena dapat aura kedai ni bukan kaleng-kaleng. Fuhh! Bila dah masuk, wahhh nicenyaaa kedai ni dengan perhiasannya betul-betul menggamit zaman-zaman dulu kala. 

Meja makan pun mengikut tema nama kedai ini. Kedudukan meja semua ada pelbagai jenis dan susunan, dan anda boleh pilih nak duduk sudut mana. Ena sudah tentu nak duduk tepi tingkap, nak dapatkan cahaya untuk photoshoot dan berbelakangkan port yang cantik. Ada port yang cantik kat lain tapi dah ada orang, tak mengapalah.

Apapun, kedai ini masih mengikut SOP sekarang di mana jarak antara meja kena patuhi, jumlah tak boleh banyak-banyak untuk satu meja dan kena pakai penutup mulut, time nak makan je buka ya. Hiks.

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Di sini anda boleh dine-in, bungkus dan delivery. Cuma disebabkan PKP 2.0 ni, anda boleh takeaway dan delivery sahaja. Oleh itu, sila ikut SOP sekarang sebelum anda diambilkan tindakan sewajarnya. 

Masa ena datang sini sebelum PKP 2.0, sebab itu ena boleh dine-in. Okay ena kongsikan macam mana nak order. Kat sini anda hanya perlu scan QR code yang mereka sudah letak di setiap meja makan, dan bayar terus melalui appsnya. Haaa mudahkan. Sini pun guna sistem bayar dulu baru makan.

Tak tahu kena ena suka sistem macam ni sebab memudahkan satu, satu lagi kita boleh makan dengan tenang bila dah bayar awal-awal. Selain itu boleh duduk lepak lama-lama sekiranya anda ingin minum coffee sambil berborak dengan keluarga atau rakan anda.


KEMUDAHAN: Okay kemudahan yang ada kat dalam kedai makan ini macam biasa ada tanda, sinki dan kerusi baby. Dari segi parking, haaa sini konsep dia anda kena parking kat tempat berbayar yang sudah disediakan. Tak boleh parking dekat tepi block kedai. Oleh itu, anda kena berjalan kaki sedikit la ya, exercise.


MAKANAN: Ena dah jatuh hati dengan Chicken Karaage kat sini, oh my sedapnyaaa! Makan set ni berdua pun dah kenyang ye. Ayam bonelessnya yang disaluti tepung rangup, isi ayamnya yang lembut dan juicy. Yusuf pun suka. Lepas tu macam ada rasa manis-madu madu sikit. Rasanya tak macam ayam goreng tepung yang biasa tu la. Sos kejunya pun sedap, ada rasa tersendirinya. Mungkin buat sendiri atau letak tambahan perasa.

Prawn pasta pula fuhhh mewahhh dengan isi udang fresh yang kecil-kecil tu. Pasta ni macam bolognese pun ada, tapi kuah bolognese tu dia gantikan dengan udang kecil dan banyak. Selama ni kita letak daging atau ayam hancur kan, yang ini udang. Puas hati dan mengenyangkan.

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

Air coffee yang kami pilih, padu beb! Puas hati ena minum coffee kat sini, rasa mewah dan rasa pahit-pahit coffee tu ada. Itu yang ena mahukan.

Okay lepas ni ena nak cuba try test burger signature Vintage 1988 Cafe pula, nampak menyelerakan. Haritu ni sebab tengah kenyang lagi, nak makan burger tu agak tak berapa sesuai takut tak habis. Tapi dua menu yang kami pilih tu pun sebenarnya berat ya. Adeii, layannnn.


HARGA: Okay, harga kat sini memang aumm aummm ya ena cakap awal-awal. Yela, cafe hipster macam ni di tengah-tengah ibu kota, memang mereka akan letak harga sebegini la. Cuma ena puas hati sebab makanan dan minumannya sedap. 


DETAILS VINTAGE 1988 CAFE KUALA LUMPUR 

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lagi, anda boleh ke website atau usya instagram rasmi Vintage 1988 Cafe ini ya. Di bawah ini ena kongsikan link untuk ke sana.

VINTAGE 1988 - Hak Milik Ina Ainaa

You May Also Like

2 Comments

  1. cantiklah tengok deco lampu hijau tu..btw nanti ada masa nak singgah lah kalau jalan2 sana, insyaallah

    ReplyDelete
  2. cantik2 gambar-gambarnya.. lama tak meronda jalan2 area sana..
    dulu zaman study rajin juga..

    ReplyDelete