TERUJA! MARRYBROWN MENGELUARKAN BURGER PINK EGG-STRA ONG MEAL

by - Monday, January 18, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini pernah makaan roti burger selain warna yang biasa kita makan tu? Kalau pernah, kita geng! Ena pernah makan burger warna oren cokolat, hitam, merah dan hijau. Kali ini haaaaa ena betul-betul teruja nak makan burger terbaru Marrybrown sebab warnanya adalah warna kegemaran ena iaitu pink! Perghhh! Memang ena tidak mahu lepaskan peluang ini untuk memburu burger pink Egg-stra Ong Meal Marrybrown ni sebab burger pink ini sangat-sangat terhad ya. Tambahan pula, tengah ada super-deal pada 16 Januari 2012 pada jam 12pm sahaja dengan preorder di Shopee sahaja. Wah wahhh! Memudahkan kerja ena. 

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa

Antara sebab yang lain membuat ena tertarik nak beli Burger Pink Egg-stra Ong Meal Marrybrown ni sebab ada sos telur masin yang ena rindui selama ini. Namun, kali ini pihak Marrybrown ada buat kelainan untuk semua Set Egg-stra Ong Meal tau, haaa kalau nak tahu jemput baca entri ena kali ini sampai habis ya. Terima kasih my beloved readers.


MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL

Egg-stra Ong Meal ini bukan setakat ada set combo burger sahaja, malah set combo ayam dan juga set combo ayam sekali dengan burger pun ada. Apa yang menarik tentang Egg-stra Ong Meal kali ini bukan setakat set sos telur masin diadakan semula, malah ada pembaharuan di mana warna roti burger Egg-stra Ong Meal berwarna pink dan disertakan dengan minuman Nestle's Pink Lemonade yang juga warnanya adalah pink. Yeahhh! Pink is my favourite color! Tengok warna tema blog ena pun dah tahu kan kan. Hiks.

Meal ini diadakan semperna Chinese New Year dan juga Valentine's Day, sebab itu warna tema Egg-stra Ong Meal ini berwarna pink. Warna pink ini memberikan simbolik cinta, empathy dan kegembiraan. Selain itu warna pink ini dipilih sebab wujudnya Nestle's Pink Lemonade dalam set meal terbaru kali ini. Mestilah kena matchy-matchy kannn. Heeeee. Oh ya, untuk pengetahuan anda Marrybrown merupakan kedai makan menyediakan makanan segera yang pertama menyediakan set makan bersama minuman Nestle's Pink Lemonade ini. Wahhhh! Hebat!

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa


MENU EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWN

Okay, ena delivery je kat rumah sebab sekarang tengah PKP 2.0, oleh itu kena patuhi SOP sekarang di mana kita tak boleh makan di mana-mana kedai makanan. Haaa, salah satu motif Marrybrown mengeluarkan menu terbaru ini adalah menggalakkan aura positivity muncul dalam jiwa kita semua, jangan mudah putus asa ketika PKP kali ini. Yeahhh! Ena pun jadi lebih semangat nak makan menu terbaru Marrybrown ni. Ahaks. 

Berikut adalah set combo Egg-stra Ong meal Marrybrown yang ena pilih. 

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Sos telur masinnya maintain sedap macam dulu cuma mungkin masa ena makan ni terlebih manis sedikit. Tapi ada rasa pedas dan aroma daun kari tu, dah cover rasa manis tu. Burger Pink Egg-stra Ong Marrybrown memang sedap sebab pattynya menggunakan ayam boneless Marrybrown yang spicy, ada pula sos telur masin yang pedas-pedas enak, fuh.. terangkat beb! Roti burgernya pun tak terlalu lembut dan tak terlalu keras berlerai, sedang-sedang elok. Recommended!

Minuman Nestle's Pink Lemonade pula memang sedap minum time ais batunya tak mencair. Sekiranya anda suka minum air lemon, haaaaa mesti anda suka air ni. Alaaa, minuman ni rasa air lemon dan ada aroma macam air bandung sedikit. Manis air ni pun tak over sangat, oleh itu kalau makan satu Egg-stra Ong Meal combo ni tak rasa berat sangat la bagi ena sebab rasa lemon tu boleh cut rasa muak.

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Ena buat preorder dekat Shopee dan super deal pula ketika itu, memang dapat harga murah untuk set burger tu. Berbaloi-baloi. Yang set ayam pun tak adalah mahal sangat bagi ena sebab itu ena order set combo yang lain juga. Hiks

Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo : Harga dari RM15

Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo
  2pcs Chicken Combo : RM16.90
  3pcs Chicken Combo : RM20.70

Marrybrown Egg-stra Ong Burger & Chicken Combo : RM24.30


Haaaa, berita baik untuk anda sekiranya lebih suka membeli dengan tawaran yang ada ketika ke outlet Marrybrown yang berhampiran dan juga mahu menebus ganjaran ketika walk in, haaaa anda pasti teruja dengan tawaran sehingga 30% diskaun yang tersedia secara eksklusif di Shopee. Peluang keemasan ini bermula dari sekarang hingga 14 Februari 2021 sahaja

- Marrybrown Double Chick Delite : RM8.80 (NP: RM14.00)

- Kombo Lucky Plates Marrybrown : RM12.90 (NP: RM15.30)

- Marrybrown 2 pcs Crispy Chicken : RM8.80 (NP: RM10.40)

- Kentang Mashed Marrybrown : RM0.80 (NP: RM3.00]

Untuk pengetahuan anda, Marrybrown telah memperkenalkan ShopeePay sebagai penyelesaian pembayaran eWallet di lebih dari 100 cawangan di seluruh Malaysia. Hal ini untuk menyokong pembayaran tanpa sentuhan yang lebih selamat ketika keadaan negara sekarang ini. Tambahan pula,  mulai sekarang hingga 31/3/2021, anda berpeluang meraih ganjaran tunai sehingga RM4 apabila anda membelanjakan minimum RM10 dengan ShopeePay di Marrybrown. Fuhhhh! Tak mahu ke??


DETAILS EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWN

Haaa menarik tak? Apa tunggu lagi, serbu cawangan Marrybrown yang berdekatan sekarang. Ena jamin, anda yang suka warna pink mesti tengah terliur tu dan mesti nak beli juga kan. Yeahhh! Untuk keterangan lebih lanjut atau ingin ketahui informasi terkini mengenai Egg-stra Ong Meal Marrybrown, anda boleh klik sahaja link di bawah ini.

MB EGG-STRA ONG - Hak Milik Ina Ainaa


You May Also Like

8 Comments

  1. cepat bebenar abesnya aritu nak beli masa flash sale kat shopee. murah gak rm8plus plus je . huhu tp kena cuba beger pink ni aarrr.. esok g marrybrown

    ReplyDelete
  2. uuish tngk kaler dia jangan memain pink2 menggoda..
    kat kawasan rumah akak ni Marry Brown jauh sikit..

    ReplyDelete
  3. Alaa, sis tak sempat grab yg promo kat shopee tu. 3 minit je dah sold out. Yg diorg open balik pun x sempat gak sebab tak tau 😅. Tapi takpe. Nanti nak beli gak sebab teruja tgk warna pink 😋

    ReplyDelete
  4. menggoda plak tengoknya,pink plak tu heheheh

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa. pink lagi tu hehe

    ReplyDelete
  6. Kita nak try jugalah, tapi belum rasa nak beli lagi.. nanti nak cuba gakkk..

    ReplyDelete
  7. Bilalah nak cuba menu baru ni, asyik duk lalu lalang ajee...

    ReplyDelete
  8. Sedappnyaa colour pink pulak tuu

    ReplyDelete