ANAK LEMAK MENGIDAM BURGER DI EXPERIMENT KITCHEN CHERAS

by - Friday, January 15, 2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena dah lama teringin nak memburu kat Experiment Kitchen sebab tertarik betul dengan gambar-gambar makanan yang disertakan dengan cheese di Instagram rasmi mereka. Waduhhh! Sejak tahun lepas lagi tau cuma setiap kali berancang nak sana, mesti ada halangan. 

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa

Memandangkan ena dah tinggal di Cheras dan berdekatan juga dengan Balakong, haaaa inilah peluang ena untuk datang dan memburu makanan di Experiment Kitchen. Ena betul-betul mengidam dengan burgernya sebab nampak menyelerakan betul dan ena pula jenis yang suka patty burger yang dibuat sendiri, bukan yang dah readymade. Apa lagi, memang ena aim je senapang ena kat kedai ni. Rezeki ena pula Yazid nak belanja ena makan pada hari kejadian, haaaaa ini kalilahhh! Ahaks. Okay, jom baca sampai habis bebelan ena kali ini. Macam biasalah ena mesti kongsikan feedback ena mengenai Experiment Kitchen ini.


EXPERIMENT KITCHEN CHERAS

Apa yang ena perhatikan mengenai restoran Experiment Kitchen ini adalah kedai ini boleh dikatakan kedai makan hipster yang menyediakan makanan Western seperti burger, chop & grill, pasta dan dessert. Makanan mereka banyak menggunakan cheese yang banyak dan meleleh-leleh. Itu sebab ena tertarik nak rasa makanan dan minuman kat sini. Ena ni dah la hantu cheese. Haaa nanti ena bagitahu best ke tidak tempat makan sini, sila baca di bahagian feedback ena ya.

Dari segi halal, sudah tentu halal sebab pengasas kedai makan ini adalah Melayu. Oleh itu, ena tidak was-was untuk makan kat sini dan kongsikan Experiment Kitchen di blog ena. Di bawah ini ena letak alamat dan waktu operasi ya sebagai rujukan anda. 


EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:

Experiment Kitchen,

No 8G, 10G, 12G, Jalan Cheras Maju,

Pusat Perniagaan Cheras Maju Balakong,

43200 Cheras, Selangor

(Waze: Experiment Kitchen)


WAKTU OPERASI:

Waktu: 5.30pm - 12am

Hari: Selasa - Ahad (Isnin Cuti)


MENU YANG ENA PILIH

Haaa macam biasa kat bawah ni menu-menu yang ena pilih. Tak banyak pun sebab dah malam, ena kena jaga pemakanan juga walaupun ena ni seorang pemburu makanan. Oleh itu, kami order dan kongsi sesama sendiri. Yazid rasa ena punya sikit dan sebaliknya. Aaauummm baru sweet.. ehhhh. Ahaks.

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa
The Chicago Burger dari Experiment Kitchen

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa
Grill Lamb Chop dari Experiment Kitchen

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa
Cappuccino Ais dari Experiment Kitchen

FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Serius, kedainya memang besar dan luas tapi disebabkan SOP sekarang, tempat banyak cuma orang yang datang melebihi tempat yang disediakan. Haaa maknanya apa tu? Mujur masa ena datang, kami boleh masuk awal sebab ada meja yang tengah kosong sesuai untuk jumlah kami yang kecil ini.

SERVIS: Di Experiment Kitchen, anda boleh dine-in, take away atau delivery tau. Untuk delivery, anda boleh lawati instagram rasminya sebab kat situ ada direct link untuk urusan pembelian secara delivery. Cuma untuk keadaan negara sekarang, bagi daerah Selangor PKP, anda dibenarkan take away atau delivery sahaja ya. 

Selain itu, kat sini anda sesuai makan secara beramai-ramai sebab Experiment Kitchen turut menyediakan makanan dalam talam di mana anda boleh makan secara beramai-ramai tetapi harga berbaloi-baloi. Boleh jimat kat situ. 

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa

Okay sebelum ena terlupa, konsep kedai makan ni anda kena order di kaunter dan terus buat pembayaran. Bukan makan dulu baru bayar. Tapi jangan risau, masa sampai kat meja, mereka akan bagi menu dan bila dah decide nak makan apa, salah seorang dari group anda pergi la ke kaunter. Jangan ramai-ramai yang pergi sebab kena jaga jarak dan jaga sesama kita ya. 


KEMUDAHAN: Kedai makan ini terletak di lot kedai. Oleh itu parking kereta memang ada cuma anda kena pandai cari la. Masa ena datang tempoh hari, ena park kereta agak jauh juga dari kedai sebab yang berhampiran full ya. Fuhhh!

Okay, dari segi pembayaran anda boleh bayar secara tunai atau debit. Yang lain, alamak, ena tak pasti la pula. Maaflah, ena tidak survey habis. 

Selain kemudahan di atas, kat sini macam biasa lah ada tandas, baby chair dan juga sinki untuk basuh pinggan. Oleh itu, tak perlu risau bab itu dah. Ena bagi tahu semua ni sebab ena pernah pergi restoran yang lain yang tidak menyediakan kemudahan tandas atau tak sediakan baby chair. atau tak sediakan sinki. Adeiii! Yes, sangat menyusahkan tapi bab makanan tiptop ena redah juga. Hmmmm. Sebab itu ena akan kongsikan kat sini supaya anda boleh plan nanti.


MAKANAN:
Secara keseluruhan memang puas hati dan sedap. Walaupun burger yang ena pilih tak seperti dalam gambar kat menu, tapi kombinasi patty, telur, roti burger dan sos semua tu, sangat perfect! Saiznya pun tebal dan mengenyangkan. Ena kongsi kot dengan Yazid sebab tak habis. Lagi satu, bagus juga dia tak letak sos, mayonis dan cheese secara berlebihan dan meleleh-leleh sebab ena makan tak jadi comot pun. Yela tebalkan, memang agak susah ena nak makan tapi dengan burger yang ena order ni, terbaik lahh senang sangat. You know what I mean kan kannn. Hiks.

EXPERIMENT KITCHEN - Hak Milik Ina Ainaa

Grill Lamb yang Yazid pilih, okay Yazid makan tak cukup sebab tak muak dan sedap. Kuah black peppernya sangat memainkan peranan. Daging kambingnya pun tak liat, juicy dan memang terbaiklah. Lepas tu, siap ada hotdog dan kentang kat dalam satu pinggan tu. Berbaloi-baloi.


HARGA: Harga kat sini boleh laaaaa, yang penting berbaloi bagi ena. Nak tahu lebih, anda kenalah datang sini dan lihat sendiri harga-harganya. Setiap orang ada penilaian mereka sendiri, ada yang cakap RM10 tu mahal dan ada yang cakap tak mahal. Oleh itu, datang la sendiri ya.

DETAILS EXPERIMENT KITCHEN

Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Tahun lepas ena pergi Experiment Kitchen ni sebenarnya, tahun ni baru nak berceloteh kat sini. Ena kena kongsikan sebab kedai makan ni sangat recommended tau. Rugi la ena kalau ena tak kongsikan benda yang baik. 

Okaylah, untuk info lebih lanjut, jangan tanya macam-macam kat ena sebab ena ni pemakan je bukan owner okay. Dan jangan lupa kongsikan entri ena kali ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda ya.


INSTAGRAM:

FACEBOOK:


You May Also Like

1 Comments

  1. aduiii ni yang terliur nak makan burger ni..ahaha kang la cari..lama tak makan

    ReplyDelete