'GRAB & GO' MAKANAN KOREA DI MYEONGDONG TOPOKKI EXPRESS

by - Wednesday, December 09, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Kisah memburu makanan ena kali ini di dalam Setapak Central memandangkan ena ada hal kat situ. Lepas dah settle kerja kat situ, ena pusing-pusing cari kedai makan tapi nak yang cepat. Yela masa tu dah pukul 6 petang, lagi sejam nak masuk solat Maghrib, masa sangat suntuk ya. Cari punya cari, Alhamdulillah terjumpa satu kedai yang sesuai dengan keadaan kami iaitu Myeongdong Topokki (MDT) Express.

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa

Selama ni ena selalu pergi outlet MDT yang besar-besar tu dan ini kali pertama ena cuba try test MDT Express. Ena jadi tanda tanya sebenarnya kenapa ada "Express"? Menu lain dari outlet yang ena biasa pergi tu ke? Haaaa, korang pun mesti tertanya juga kan MDT Express ni apa dan bagaimana rupanya. Sebab itu ena nak kongsikan kisah buruan ena yang tak seberapa ni ni kat blog ena. Jommm, teruskan scroll dan lihat gambar-gambar yang ena letak kat bawah ni.


MYEONGDONG TOPOKKI EXPRESS

MDT Express ini menggunakan konsep Grab & Go di mana anda boleh beli makanan Korea dengan cepat dan mudah. Alah, macam beli makanan kat pasar malam, order makan, bayar , ambil bungkusan makanan dan pergi. Cuma yang MDT Express ni berada dalam mall, malah persekitaran lebih selesa dan makanannya sudah tentu makanan Korea.

Cawangan MDT Express untuk setakat ini ada 3 cawangan iaitu di AEON Maluri, Setapak Central dan KL East Mall. Cuma kali ini ena ke cawangan Setapak Central. InshaAllah bakal mengembangkan sayapnya lagi di tempat yang lain juga suatu hari nanti. Doa-doalah cawangan seterusnya bakal ada berdekatan dnegan anda tingga ya. Hiks. 

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Myeongdong Topokki Express
Lot G-21 B, Ground Floor, 
Setapak Central,
67, Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota 53300 Kuala Lumpur.
(Waze: Setapak Central)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 10am - 10pm
Hari: Setiap hari buka, sebab dalam Mall kan.


MENU PILIHAN ENA

Sebelum ena beri ulasan mengenai feedback ena kat MDT Express Setapak Central ni, mari ena nak kongsikan makanan yang ena pilih di sini. Ayuh!

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Odeng MDT Express. Ada dua jenis kuah Odeng iaitu Kimchi dan Myeolchi 

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Hangul Chicken MDT Express

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Kimbap MDT Express

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Myeongdong Topokki kegemaran ena setiap kali pergi mana-mana outlet MDT

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Kape Latte Dal-Aten dan Chokoli MDT Express

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa
Kape Mocha MDT Express



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Disebabkan kat sini express, so kedainya tidaklah sebesar dan selesa macam outlet MDT yang lain. Anda masih boleh dine-in cuma tempat makan sangat terhad dan ruang pun tak banyak sebab mereka menekankan konsep Grab & Go.

SERVIS: Servis kat sini ena kena ke kaunter, order dan tunggu dorang panggil bila dah siap. Tak boleh nak samakan dengan kat outlet yang besar. Malah dengan cara ni membuatkan tempat ni tak sesak dengan orang ramai. Boleh beli dan tunggu dengan tenang. Tapi masa ena mari hari tu, boleh tahan juga orang datang. Yela, MDT ni bukan outlet kaleng-kaleng juga, dah terkenal di mata rakyat Malaysia. Mesti orang datang membeli.

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Kemudahan yang ada kat MDT Express, anda boleh bayar menggunakan segala ePayment seperti eWallet, Grab, Boost dan banyak lagi. Selain itu, memandangkan kedai makan ini berada di dalam mall, anda boleh guna kemudahan yang ada kat situ seperti parking, tandas, kaunter pertanyaan, surau dan pelbagai lagi. 

MAKANAN: Makanan yang ada kat sini tak semua ada macam kat outlet besar MDT yang lain. Kat sini banyak yang macam Korean Street Food seperti Odeng, Topokki, makanan yang goreng dan mudah untuk disediakan dan tak lama untuk para pembeli tunggu. Macam bibimbap semua tu tak ada ya. 

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa

Ofkos minuman pun ada dan mereka akan menyediakan dalam bekas yang biasa kita dapat bila beli minuman kat outlet MDT yang lain. Alaaa, yang jenis plastik boleh pegang dan ada zipper tu. Memudahkan, kalau tak habis minum boleh simpan.

HARGA: Harga masih sama macam kat outlet MDT yang lain. Tak over mahal dan tak adalah mur mur sangat. Not bad bagi ena sebab Korean Food ni mana ada yang murah sangat-sangat. Bahan yang digunakan bukan mudah nak cari, macam kimchi tu. 


DETAILS MYEONGDONG TOPOKKI EXPRESS

Sekiranya anda ada berdekatan di Setapak Mall, boleh la kunjung ke MDT Express ni. Teringin makan makanan Korea, haaaa mai je sini okay? Itu sahaja perkongsian daripada ena kali ini mengenai Korean Street Food MDT Express. Untuk info lebih lagi, anda disarankan untuk terjah laman social official mereka sendiri. Ena kongsikan link untuk ke sana di bawah ini.

MDT EXPRESS - Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

INSTAGRAM:


You May Also Like

2 Comments

  1. Korean Food memang menggila sekarang. Sebab mudah terpengaruh dari filem korea kan, so memang teringin nak cuba. Sekarang banyak kedai, so mudah nak makan.. Saya suka je korean food. suami kureeeeng. dia sibuk dgn kedai mamak dia je la.. heehehe

    ReplyDelete
  2. Oh baru tau Myeong Dong sekarang ada outlet express pula. Convenient betul

    ReplyDelete