PEKENA MAKANAN SARAWAK & JOHOR DI KAFE SARAWAK DAMANSARA PERDANA

by - Saturday, December 19, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena dah lama nak makan Laksa Sarawak, ena suka kakak angkat ena buat. Tapi disebabkan PKPB ni, agak sukar nak ziarah macam dulu dah. Yes, laksa Sarawak merupakan salah satu makanan daripada Sarawak yang ena sangat gemar dari dulu lagi. Keinginan ena termakbul apabila adik ipar ena cadangkan makan di satu restoran menyediakan makanan Sarawak iaitu Kafe Sarawak Damansara Perdana.

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa

Alang-alang dah dekat dengan kediaman adik Yazid, ena ambil keputusan untuk setuju makan malam bersama-sama di Kafe Sarawak ni. Lagipun dah malam masa tu dan sesuai sangat la nak jamah makanan yang mengenyangkan tetapi tak mahu nasi. Haaaa, ena sekarang sudah tak gemar makan nasi waktu malam. Bila adik ipar kata mee kolok dan laksa sarawak kat sini sedap, haaaaa terus ena jadi tak tahu nak pilih menu yang mana satu. Dua-dua ena teringin nak rasa. Apapun, nak tahu ena pilih menu apa jom teruskan baca bebelan ena kali ini.


KAFE SARAWAK DAMANSARA PERDANA

Ena tak ada info yang lebih mengenai Kafe Sarawak ini tapi apa yang ena tahu kafe ini menyediakan makanan masakan Sarawak dan Johor sebagai menu utama di sini. Selain itu, kafe ini menerapkan "Delicious, Affordable, Community" dalam setiap penyediaan makanan dan minumannya, serta persekitaran suasana kedainya.

Di Malaysia, setakat ini Kafe Sarawak ini mempunyai dua cawangan iaitu di Ampang dan Damansara Perdana. Cawangan yang ena pergi ni merupakan cawangan terbaru Kafe Sarawak, yang dekat Ampang ena belum pernah pergi lagi. InshaAllah one day sebab dekat dah dengan kawasan perumahan ena dah.

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Kafe Sarawak Damansara Perdana
60-1 Jalan PJU8/5B,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor
(Waze: Kafe Sarawak Damansara Perdana)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 9am - 12am 
Hari: Setiap Hari


MENU YANG ENA PILIH

Berikut adalah menu yang kami pilih, bukan makanan ena seorang ya. Tapi kami akan kongsi dan rasa semua menu, yela ada menu yang ena pertama kali nak makan. Mana yang sedap, lain hari dan waktu boleh pilih menu yang itu lagi.

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa
Cinamon Roll dan Apam Pisang Kafe Sarawak

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa
Mee Kolok Daging Kafe Sarawak

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa
Mee Sarawak Kafe Sarawak

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa
Set Nasi + Asam Pedas Ikan Pari Kafe Sarawak

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa
Mee Kolok Goreng Ayam


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kafe Sarawak ini terletak di blok-blok kedai dan suasana kedai ini sangat selesa ya. Walaupun saiz keluasannya sederhana sahaja tapi jarak antara setiap meja tidak terlalu sempit. Maksud ena, kalau duduk tu selesa la ada ruang untuk kita bergerak bebas. 

Selain itu, ada tiga bahagaian kat sini iaitu satu di dalam yang ada penghawa dingin dan dekat dengan kaunter bayaran. Satu lagi kat luar dari pintu masuk dan tiada penghawa dingin tetapi ada kipas. Dan bahagian kedua ni banyak meja dan perhiasan yang simbolik dengan negeri Johor dan Sarawak. Bahagian ketiga betul-betul di lorong jalan kaki. Bagi mereka yang henda hisap rokok sambil lepak, boleh pilih kawasan ini sebab terbuka dan menghadap ke parking kereta.

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Servis kat sini seperti kedai restoran kat tempat lain. Boleh dine-in, take away dan juga anda boleh order untuk delivery ke rumah. Adik ipar ena kata dia selalu order menerusi Food Panda sahaja. Senang kan sekarang semuanya hanya di hujung jari.

Pelayan kat sini sangat peramah dan bersedia untuk membantu kami. Bagus mereka. Berpakaian kemas, bersih dan yang penting mengikut SOP sekarang. Kita nak makan pun jadi lebih tenang dan selesa.

KEMUDAHAN: Memandangkan Kafe Sarawak ini di blok kedai, terdapat kemudahan parking kereta yang banyak dan masa ena pergi ni pun banyak tempat letak kereta yang kosong. Selain itu, kat sini terdapat kemudahan seperti boleh membuat bayaran menggunakan e-Wallet, tandas, sinki dan baby chair. Semua ini adalah kemudahan yang penting untuk kita sebagai tetamu. 

MAKANAN: Ena pertama kali makan mee kolok dan oh my sedapnyaaaa. Rasa sup dan sambalnya memang ngam teruk. Yela, selama ni makanan Sarawak yang ena kerap makan hanyalah Laksa Sarawak, lepas ni boleh la pekena mee kolok lagi dan ena nak cuba try test kat restoran lain pula. 

Laksa Sarawak pilihan ena pula, fuhh puas hati. Rasa kuah laksanya memang pekat dan lebih sedap berbanding kuah laksa yang ena pernah makan sebelum ini kat tempat lain. Lepas tu, mee laksanya pun banyak cuma kena makan time panas sebab mee nya bila dah kembang agak kurennngggg sedikit bagi ena. Lepastu, lauk dalam laksa sarawak di Kafe Sarawak Damansara Perdana ni pun tak kedekut ya. Kenyang sangat lepas habiskan semangkuk. 

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Harga makanan kat sini bagi ena murah dan berbaloi. Menu paling mahal yang kami makan harga RM15. Yang lain ada yang bawah RM10. Puas hati betul. Lepas ni ena nak datang sini lagi dan berharap kualiti dan kuantiti makanan tetap maintain sampai bila-bila.


DETAILS KAFE SARAWAK DAMANSARA PERDANA

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Kafe Sarawak Damansara Perdana, anda boleh terus ke laman social rasmi mereka ya. Macam biasa, ena akan kongsikan link kat bawah ini. 

Itu sahaja perkongsian daripada ena mengenai pemburuan ena kali ini. Semoga dapat membantu anda idea untuk mencari makanan ketika anda sedang buntu tak tahu nak makan di mana sekiranya anda berada di sekitar Damansara Perdana.

KAFE SARAWAK - Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

INSTAGRAM:


You May Also Like

0 Comments