JADIKAN GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS JODOH ANDA

by - Tuesday, December 08, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ingat tak ena pernah kongsikan mengenai Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop (TCRS) dulu ni? Alaaa, korang boleh baca balik kat perkongsian yang INI (Klik INI untuk ke bebelan yang lepas). Haaaa berita gembira untuk anda dan juga diri ena sebagai penggemar Grilled Butter Chicken di TCRS, sekarang ini menu kegemaran ramai ni sudah kembali lagi. Yeayyyy!

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

Yes. Menu Grilled Butter Chicken TCRS ni merupakan menu paling ena suka di TCRS, cuma itulah sekali sekala je ada. Sobs! Bila menu ni muncul semula, memang ena tak akan lepaskan peluang keemasan ini. Terus ajak partner foodhunting ena, Yazid, ke TCRS yang berdekatan dengan rumah ena kat Cheras ni. Alhamdulillah, dapat juga makan akhirnya. 


GRILLED BUTTER CHICKEN, THE CHICKEN RICE SHOP

Grilled Butter Chicken TCRS adalah hidangan yang dinantikan oleh orang ramai kerana keenakan isi peha ayam tanpa tulang yang disalut tepung rangup yang disiram dengan sos mentega lemak berkrim, ada rasa pedas manja dicampur dengan aroma daun kari menyebabkan menu ini sangat dirindui oleh penggemar TCRS.

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

TCRS berpegang dengan slogan iaitu 'Chicken Rice... and More', sentiasa menyediakan menu yang menarik dan kepelbagaian yang sesuai makan dengan Nasi Ayam dan yang penting mengikut citarasa tempatan antaranya seperti Grilled Butter Chicken ni. Oleh sebab itu, menu ini kini kembali pada akhir tahun 2020 supaya menu ini dapat memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk kita semua sebelum masuk tahun 2021.


CONTEST GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Haaa! Ena nak ajak anda join contest daripada TCRS mengenai Grilled Butter Chicken Rice ni juga sebab mudah sangat cara-cara nak join contest ni. Nanti ena sharekan kat bawah ni. Ena pun dah join. Semoga ena menjadi salah satu 10 pemenang contest ini sebab boleh memenangi hadiah 1 x e-voucer for Grilled Butter Chicken Meal A. Yang ena share kat bawah ni nanti adalah Meal B untuk dua orang makan. Meal A ni untuk makan seorang tapi sangat berbaloi ya.

Contest ini sedang berlangsung sekarang dan akan tamat pada 20 / 12 / 2020. Masih belum terlambat untuk sertai. 


Cara-Cara Untuk Join:

1) Contest ini dijalankan di Instagram Story, Facebook, Instagram Feed dan Tiktok.
2) Beli menu Grilled Butter Chicken di mana-mana TCRS berdekatan dan jangan lupa tangkap gambar menu ni.
3) Lepas tu anda follow je step-step dalam gambar kat bawah ni.

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa


4) Upload dari hasil di atas ke Facebook / Instagram Stories / Instagram Feed / Tiktok (Disarankan profile yang ada tinggi viewer).
5) Jangan lupa tag IG @TheChickenRiceShop dan juga hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken di setiap post / story anda.
6) Pastikan profile dipublickan.
7) Pastikan story / post anda tidak mengandungi sebarang unsur lucah, kekerasan, kurang sopan, atau unsur yang boleh mendatangkan kemarahan serta pergaduhan.


MENU GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Berikut adalah menu Grilled Butter Chicken TCRS, masih sama, rasa pun maintain sedap, masih berlemak dan maintain rangup ayamnya. Rangup di luar tapi juicy di dalam. Itu yang ena rindukan sangat tu. Kombinasi ayam dan mentaga memang aaaauuuuummmmm. 

Kali ini ena pilih Meal B Grilled Butter Chicken TCRS sebab ena rasa sangat berbaloi pilih set tu cuma air jelah tidak sekali dalam combo. It is okay. Meal B ni sesuai untuk makan dua orang sebab dapat dua pinggan ayam, satu ayam Grilled Butter dan satu lagi ayam yang set biasa ada di TCRS. Lepas itu, dapat dua set nasi ayam. Side dishes yang lain pun ada, banyak juga dan boleh kongsi untuk perut dua orang. Kenyang, Alhamdulillahhhh!


GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS

Haaaa, dah singgah The Chicken Rice Shop tu jangan lupa tau pekena Grilled Butter Chicken dan join contest yang ena kongsikan di atas. Untuk keterangan atau ingin tahu info terbaru mengenai TCRS, anda boleh pergi ke link-link yang ena kongsikan kat bawah ni. 

Terima kasih dan jangan lepaskan peluang yang ada ini. Grilled Butter Chicken TCRS ini available sampai 17/1/2021 so apa tunggu lagi. Jyeahhh!

GRILLED BUTTER CHICKEN TCRS - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

FACEBOOK:



You May Also Like

1 Comments


  1. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete