MAKAN TENGAHARI DENGAN KARI JEPUN DI CUREE KUALA LUMPUR

by - Tuesday, December 29, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Setiap kali tengok anime, mesti akan ada part makan nasi dengan kari. Ini memandangkan orang Jepun ni minat betul dengan kari. Wah wah! Sampaikan ena jadi mengidam nak makan kari Jepun. Kali terakhir ena makan beberapa tahun yang lepas kat kedai makanan Jepun. Sekarang, ena teringin nak cuba try test kari Jepun kat tempat lain pula dan ena terjumpa satu kedai makan Jepun yang menarik di sekitar Kuala Lumpur iaitu Curee.

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa

Tak sangka Curee ni betul-betul berada di belakang Berjaya Time Square dan ena pula kebetulan ada berdekatan di sana. Selain itu, masa dari rumah ena pun nak ke Curee ni pun hanya 14 minit sahaja kalau jalan tak sesak. Memang berdesup ena ajak partner memburu ena pergi ke sini. So mari ena kongsikan kenangan ena serba sedikit ketika di restoran menyediakan makanan Jepun ini.


CUREE KUALA LUMPUR

Sebutan nama kedai makan ini lebih kurang 'Ka-Ray' dan sebab itu juga specialist makanan dorang adalah Hokkaido style kari Jepun. Ena memula ingat sebutannya 'Cure' dalam bahasa English, nasib baik ena tanya dulu dengan penjaga kedai ni, rupanya begitu cara nak sebutnya. Ahaks. Namun, anda jangan risau kat sini bukan semua menu berasaskan kari Jepun, ada juga makanan Jepun yang lain sekiranya anda seorang yang tidak gemar pada rasa kari. 

Cawangan Curee setakat ini hanya di Jalan Imbi, Kuala Lumpur ni sahaja. Konsep restoran ini sangat moden, kemas, cantik dan ada diselitkan usur-usur macam kat negara Jepun sedikit. Tak percaya? Haaaa nanti anda boleh datang ke sini sendiri dengan berpandukan alamat yang ena kongsikan kat bawah ini.

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Curee
No 40 Jalan 1/77a,
Changkat Thambi Dollah,
Off Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur
(Waze: Curee)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 12pm - 6pm
Hari: Isnin - Ahad (Rabu cuti)


MENU PILIHAN ENA

Berikut adalah menu pilihan ena dan Yazid ketika di Curee. Memandangkan kami tak makan tengahari lagi, oleh itu kami pilih menu yang mengenyangkan dan yang pasti mestilah ena nak rasa kari Jepun kat sini. 

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Hokkaido Soup Curry with Fried Chicken Drumstick

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Japanese Curry with Chicken Katsu

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Takoyaki

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Matcha Cheesecake

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Cappuccino

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa
Curee Matcha Latte


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Sebelum ena masuk restoran ini, ena dah teruja dengan keadaan kedai ini. Belum masuk, ena dah boleh bayangkan suasana dalam Curee ni. Kedainya nampak simple tapi moden. Kemas, selesa dan berpenghawa dingin. Macam ena katakan di atas, masih ada unsur-unsur Jepun di dalam kedai makan ini.

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa

Ruang makan bahagian dalam Curee ada dua tingkat. Boleh pilih ruang mana yang selesa buat anda. Ena makan diruang bawah sahaja sebab bawa anakkan, lebih selesa makan di bawah. Lagipun meja yang ena pilih sesuai untuk makan secara berkeluarga dan pencahayaan kat sini pun sangat cantik.

SERVIS: Anda bukan sahaja boleh dine-in kat Curee, malah anda juga boleh buat tempahan melalui website rasmi untuk delivery makanan ke rumah anda. Tak pun, anda boleh order makanan di Curee menerusi Grab atau Food Panda juga. 

KEMUDAHAN: Selain itu, kemudahan yang ada di kedai ini adalah seperti tempat parking awam, tandas, kerusi baby dan juga anda boleh buat bayaran secara eWallet.

MAKANAN: Overall makanan kat sini not bad bagi ena dan ena betul-betul suka set kari Jepun kat sini. Berbaloi beli sebab sangat banyak, kenyang dan sedap. Lepas tu, ena boleh pilih nak lauk apa, ayam ke, udang ke atau macam-macam lagi. Tambahan pula, ena juga boleh pilih tahap kepedasan kari tu banyak mana. Dan sudah tentu ena pilih yang mild sahaja sebab ena ni jenis tak tahan pedas tapi nak rasa pedas tu ada. Gittuhhh!

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa

CUREE - Hak Milik Ina Ainaa

Cuma kesilapan ena masa ni, bahagian minuman ena. Ena lupa nak minta yang sejuk dan mereka bagi ena yang panas. Sebaik tak rasa teruk sangat sebab karinya boleh tahan pedas walaupun ena minta mild. Hal ini kerana mereka sudah menyediakan air kosong secara percuma untuk diminum bagi setiap pelanggan yang datang. Alhamdulillah.

HARGA: Harga untuk kesemua makanan dan minuman di Curee ni boleh tahan tapi berbaloi. Standard la harga-harga macam ni kalau pergi restoran Jepun yang bukan kaleng-kaleng ni.


DETAILS CUREE KUALA LUMPUR

Itu sahaja perkongsian ena kali ini dan marilah datang makan kari Jepun kat sini. Mana tahu kari Jepun kat sini mampu membuatkan hati anda cair juga seperti hati ena ni. Ahaks. Nak tahu informasi lebih mengenai Curee, anda boleh ke Website, Facebook dan Instagram official mereka. Ena ada letak link untuk ke sana di bawah ini. Klik sahaja okay.


CUREE - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

FACEBOOK:

You May Also Like

0 Comments