MENGANCAM BETUL MASAKAN THAILAND DI MK KRUA TEERAK KL

by - Wednesday, October 14, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Post sebelum ni ena kongsikan makanan dari negara Korea, untuk bebelan hari ini ena nak membawa satu restoran yang menyediakan masakan Thailand pula. Nama restoran tersebut adalah MK Krua Teerak.

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

Namun, masakan Thailand di MK Krua Teerak ni bukan kaleng-kaleng tau dan tak sama seperti masakan Thailand di kedai restoran Melayu yang biasa ena pergi sebelum ini. Ada menu-menu yang tak pernah ena makan lagi, nak tahu apa sila teruskan scroll post ena yang ini ya. Okay, waktu ena memburu makanan di sini adalah pada waktu tengahari dan masa tu memang perut ena dan Yazid memang tengah lapar. Alhamdulillah pekena makanan masakan Thailand MK Krua Teerak, ngam juga ya. 


MK KRUA TEERAK KUALA LUMPUR

MK Krua Teerak merupakan restoran yang menyediakan kepelbagaian masakan Thailand dan juga BBQ & Steamboat yang sangat menekankan "Muslim Friendly". Daripada nama kedai ni pun ena dah boleh tahu kedai makan ni menyediakan masakan Thailand. Makna Krua adalah Dapur dan Teerak pula bermakna Sayang. MK tu nama brand untuk restoran ini.

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:

MK Krua Teerak

No 63G, Jalan Pandan Indah 4/3a,

Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

(Waze: MK Krua Teerak)


WAKTU OPERASI:

Waktu: 11.30am - 9pm (Pickup & Delivery)

Hari: Isnin - Ahad


MENU PILIHAN ENA

Kesemua yang ena makan ini sesuai untuk makan 4 orang atau 5 orang, tapi kami dapat habiskan tau kecuali yang berkuah seperti tomyam dan kari hijau tu. Fuhhhh! Menyandor. Oleh itu, mari tengok gambar makanan yang ena sempat ambil tempoh hari. Walaupun tengah kebulur, tapi gigih tau nak snap setiap makanan untuk kongsikan dengan anda semua. Heeeee.


MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Gang Kiew Wan, Kari Hijau

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Khao Kluk Kapi, Ala-Ala Kerabu Nasi

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Traditional TomYum

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Pad Prik Pao

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Pad Kra Pao

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Lemongrass

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa
MK Krua Teerak Cha Yen, Cha Kiew Yen, Cha Ma Naw dan Nom Yen Chompoo


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kedudukan kedainya betul-betul di tepi lot kedai. Suasana dalam kedai selesa, luas, tenang dan bersih bagi ena. Ena dapat menjamu selera dengan tenang bersama keluarga tersayang. Tambahan, Yusuf pun nampak selesa tak merengek-rengek. Masa ena datang keadaan tak crowded dan orang pun tak berapa ramai. Bai ena bagus suasana macam ni sebab risaukan keadaan Covid-19 sekarang ini. 

SERVIS: MK Krua Teerak juga menyediakan kidmat delivery di mana anda boleh order melalui online atau call sahaja pihak mereka dan makanan tu semua akan dihantar betul-betul di hadapan pintu rumah anda. Tapi ikut pada SOP terkini di kediaman masing-masing. Macam kat rumah ena la. Ena kena turun sendiri untuk ambil sebarang parcel atau delivery foods sebab deliver tidak dibenarkan naik ke atas. Apapun, nanti ena sediakan link dan juga nombor telefon MK Krua Teerak kat bawah ni. Selain itu, sekiranya anda inginkan makan BBQ & Steamboat anda juga boleh booked tempat di sini. 


MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

KEMUDAHAN: Okay, kat sini nak parking agak susah nak jumpa. Anda kena pandai-pandai cari parking, jangan jauh sangat la. Kalau terpaksa break the rules, silakan. Ahaks. Kemudahan dalam kedai pula, restoran ini menyediakan baby chair yang sentiasa dia bersihkan dan tempat duduk yang selesa dan kepelbagaian. Pilihlah ikut kesesuaian anda ya. 

MAKANAN: Semua sangat-sangat sedap! Ishhh! Ena dah rindu nak makan masakan Thailand di MK Krua Teerak ni. Cukup rasa pedas, masam, masin semua tula. Masa yang ena pertama kali makan pun sangat tak janggal pada tekak ena, malah sangat mantop ya.

Macam tomyam MK Krua Teerak tu, fuhhh padu beb! Banyak betul udang, cendawan dan isi ayam. Pedas pun pedas, tapi pedas yang ena boleh makan. Lain betul rasa dia dengan tomyam kat kedai yang ena biasa makan sebelum ni. Paduuuu! Ena siap bungkus bawa balik sebab tak boleh nak sumbat dalam perut dah. Esoknya perangat dan boleh makan lagi. Nikmat betul!

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa

MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Ena sebenarnya dah tak nampak mahal ke murah ke sebab bagi ena berbaloi sangat mari makan kat MK Krua Teerak ni. Sangat sesuai jika anda ingin makan beramai-ramai cuma kena jaga SOP terkini la ya. 


DETAILS MK KRUA TEERAK KUALA LUMPUR

Ena sangat-sangat rekomen anda untuk makan di MK Krua Teerak pekena masakan Thailand yang sedap dan mengancam. Namun, tunggu la bila Covid-19 semua ni dah reda sedikit dan baru boleh menikmati masakan Thailand di sana. Ehhh, lupa. Anda nak makan kat rumah pun boleh sebab mereka pun ada buat delivery. Oleh itu, esok juga anda boleh order. 

Itu sahaja perkongsian memburu makanan ena kali ini. Terima kasih sudi luangkan waktu untuk baca blog ena. Love all my readers. Anyway anyhow, just stay at home, jaga diri dan jaga jarak anda ya. Semua link ada di bawah ni.


MK KRUA TEERAK - Hak Milik Ina Ainaa


ORDER DELIVERY:

kruateerakexpress.oddle.me/en_MY

INSTAGRAM:

https://www.instagram.com/mk.krua.teerak

FACEBOOK:

https://www.facebook.com/MK.Krua.Teerak


You May Also Like

3 Comments

  1. Teringin nak tahu air lemongrass tu rasa dia macam Mana? Sedap eh?

    ReplyDelete
  2. baca entri ni before lunch .. adehaii terus berkeriuk perut haha

    ReplyDelete