SEDAP KE BURGER SAMBAL PETAI DI MARSHALL'S CO MALAYSIA?

by - Monday, October 19, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Patty tebal, sedap, juicy dan besar memang kegemaran ena. Nampak mana-mana restoran jual burger macam ni, mesti ena pekena. Dan baru-baru ini ena ke SS15, Subang Jaya sebab ada urusan tersendiri. 

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

Kebetulan dekat pula dengan satu kedai burger yang dah lama ena perati kat instagram iaitu Marshall's Co dan betul-betul bersebelahan dengan US Pizza cawangan Subang Jaya yang ena pernah buru dulu ni. Anda boleh baca perkongsian ena di SINI. Sedap pula nampak semua menu burger kat Marshall's Co ni, dan sudah tentu ena nak pekena yang lain daripada yang lain. Baru dikatakan foodhunter kannn. Kalau nak tahu ena order apa, boleh tengok perkongsian ena dibawah ini.


MARSHALL'S CO MALAYSIA

Rupa-rupanya, Marshall's Co dengan US Pizza Malaysia ni merupakan satu bumbung yang sama. Laaaa, patut lambang lampu kat tepi dinding tempat ena makan lebih kurang macam kat US Pizza cuma Marshall's Co ni lebih fokus pada segala jenis resepi burger. Banyak set burger yang ada, ena sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak sedap. 

Kalau anda tak percaya, anda boleh ke sana. Di bawah ni ena kongsikan alamat dan waktu operasi bagi memudahkan anda buat rujukan nanti. Setakat ini cawangan Marshall's Co ni ada satu dulu iaitu di Subang Jaya. InshaAllah satu hari nanti bakal berkembang ke tempat yang lain pula.

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
Marshall's Co,
28, Ground Floor, 
Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya,
Selangor
(Waze: Masa ni ena waze alamat dia, takpun search US Pizza SS15. Ena waze Marshall's Co kat waze, sesat hoiii, hahahaha)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 10.30am - 10.30pm (Pickup & Delivery)
Hari: Isnin - Ahad


MENU YANG ENA PILIH

Ena pilih dua set sahaja waktu ini sebab datang dengan Yazid dan Yusuf, tak nak banyak-banyak takut tak termakan pula. Satu ena pilih set rare dan satu lagi yang set standard. Takut tak sedap dan tak ngam dengan tekak ena kalau pilih dua-dua rare. Ahaks.


MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa
Set Sambal Petai Chicken Marshall's Burger

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa
Set Marshall's Original Burger
MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Ruang kedainya masih terhad dan kecil sebab berkongsi dengan US Pizza kan, tak tahu akan datang akan menjadi lebih besar. Namun, buat masa sekarang, anda nak makan burger Marshall's Co tetapi ingin ruang yang selesa, anda boleh ke restoran US Pizza cuma kena order juga la makanan atau minuman daripada US Pizza Malaysia.

SERVIS: Bukan setakat boleh dine-in atau pickup sahaja, anda juga boleh order secara online sebab mereka juga membuat servis delivery. Tambahan dengan keadaan sekarang ni, anda perlu duduk rumah sahaja, nanti mereka hantarkan burger idaman anda ke rumah anda. Nanti ena kongsikan link untuk order.

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Di SS15 Subang Jaya ni agak sibuk dan sesak, oleh itu anda kena cari parking yang berdekatan. Kalau bernasib baik, boleh dapat parking dekat dengan Marshall's Co. Sini banyak je parking cuma kat sini kawasan tempat tumpuan. 

MAKANAN: Siapa ya chef-chef kat US Pizza dan Marshall's Co ni?? Semuaaa makanan yang disediakan sedap-sedap. Ishhhh baik piza mahupun burgernya. Semua sedap, rasa bukan kaleng-kaleng, high class punya standard. 

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa


Sambal Petai Chicken Burger tu, fuhhhh! Ena yang tak layan petai pun sukaaa burger ni sebab mereka guna petai muda, tak pahit. Sambal yang diletak bersama petai tu pun paduuuu, cuma tak berapa pedas. Kalau ada rasa pedas-pedas sedikit mungkin lagi ngammmm. Patty ayamnya pun sedap, juicy. Rangup di luar tapi dalaman isi ayam tu tak kering pun. Tebal pun tebal. Kenyanggggg!

Marshall's Originalnya pun padu. Sos yang diletak ada rasa masam-masam manis, rasa macam sos BBQ pun ada. Bila ngap satu burger, mixed yang sangat sesuai dan paduuu. Haiihhhh! Sedap sangat-sangat! Nanti ena nak pergi beli lagi burger Marshall's lagi tapi nak yang set lain pula. Ena nak cuba try test  order untuk delivery, kot kot boleh sampai ke Cheras ni. 

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Dari segi harga, bagi ena not bad juga ya. Namun dapat yang betul-betul puas hati dari segi rasa, persembahan dan serba serbi la, ena dah tak heran sangat kat harga tu cuma kena berjimat cermat. Tak boleh makan selalu. Ahaks.


DETAILS MARSHALL'S CO

Ena sangat recommended untuk cuba try test Sambal Petai Chicken Burger Marshall's Co ni. Tapi nak rasa set yang lain pun boleh. Banyak, nanti anda boleh usya ke laman sesawang Marshall's Co. Macam biasa klik je kat link-link di bawah ini.

MARSHALL'S CO - Hak Milik Ina Ainaa


INSTAGRAM:

ORDER:

You May Also Like

0 Comments