MALA-TUP MULUTKU MAKAN AYAM GORENG MALA MARRYBROWN (MB)

by - Friday, October 30, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Banyak-banyak ayam goreng, ena paling suka ayam goreng Marrybrown (MB) sebab ena tak pernah muak makan ayam gorengnya. Pada tarikh 28/10/2020 (Rabu), MB telah mengeluarkan menu terbarunya iaitu Ayam Goreng Mala.

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa

Ena seorang yang penggemar Marrybrown dan haruslah sentiasa cuba try test semua menu terbaru daripada MB . Semua set Ayam Goreng Mala MB terbaru ni pun ena dah selamat memburu baru-baru ni. Alhamdulillah. Okay, nak tahu sedap ke tidak mari ena kongsikan feedback daripada ena sendiri di bawah. Tapi sebelum itu ena nak kongsikan dengan anda apa keistimewaan yang ada pada Ayam Goreng Mala MB dan set-set yang ena sendiri cuba try test. Ayuh!


AYAM GORENG MALA MARRYBROWN MALAYSIA

Ayam Goreng Mala atau Englishnya MB Mala Chicken Fried merupakan salah satu "Something Different" menu yang ada di Marrybrown Malaysia. Hal ini kerana Ayam Goreng Mala diperbuat daripada gabungan lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas untuk mereka peminat Mala. 

Apa yang ena tahu, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown iaitu Dato' Joshua Liew berkata Ayam Goreng Mala MB ini tercipta atas minat dan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap santapan penuh rempah sambil mengikut trend dengan ledakan rasa Mala. 

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa


Okay, Mala ini merupakan sejenis rempah pedas yang selalunya ada dalam masakan Chinese Cuisine yang azalinya diperbuat daripada Sichuan peppercorn, cili padi dan pelbagaian rempah yang lain,  dan semua tu direndam dalam minyak. Haaa sebab itu menu terbaru ni boleh dikatakan lain daripada yang lain. Ena pun first time rasa Mala ni bagaimana. Pedas dia padu beb! Fuhh! Mala-tupppp!


SET AYAM GORENG MALA MARRYBROWN MALAYSIA

Menu terbaru Ayam Goreng Mala Marrybrown Malaysia ni anda boleh dapatkan sekarang di Marrybrown yang berdekatan dengan anda dan menu ini valid sehingga 13/12/2020. Terdapat 5 jenis set untuk menu Ayam Goreng Mala MB. Jom ena tunjuk satu-satu kat bawah ni.

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa
Mala-tup Box Meal Marrybrown

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa
Bubur Ayam Mala-tup Marrybrown ala carte

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa
Ayam Goreng Mala Combo Marrybrow, ada 2 pieces dan ada 3 pieces


FEEBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Fuhhhh! Siapa yang suka pedas tu mesti jatuh cinta dengan menu terbaru Marrybrown yang ini. Bagi ena sejenis tak tahan pedas ni, huishhh memang paduuuuuu beb pedas ayam goreng Mala MB tu sampai berhingus-hingus la cuma tahap kepedasannya tu masih tak kasi perut ena melecet la. Ahaks. Sebab ena pernah makan makanan yang sangat-sangat pedas sampai perut meragam untuk beberapa hari. So, ena masih boleh layan sampai habis. Ayam Goreng Mala MB memang thorbaekkkk!

Yazid pula dia suka betul dengan Bubur Ayam Mala-tup MB sebab kuantitinya yang banyak macam boleh makan untuk dua orang. Selain itu, rasa nasi lembik diselangi dengan rasa pedas Mala tu membuatkan rasa bubur tersebut tidak hambar. Yang paling penting, satu bowl sangat-sangat mengenyangkan ya. Fuhhh!  

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Ena rasa sangat berbaloi dan sangat berpuas hati dengan harga yang disediakan untuk menu "Something Different" Marrybrown ni. Yela lain dari yang lain, bagi ena alahhh harga tu apalah sangat janji perut kenyang dan puas hati.. ahhh gitchuuuu!


DETAILS MARRYBROWN MALAYSIA

Tak tahu nak makan apa? Teringin nak makan makanan yang pedas-pedas? Haaaa, ayuh serbu mana-mana cawangan Marrybrown sekarang dan pilih set-set Ayam Goreng Mala Marrybrown (MB). Dan anda juga boleh lawati media social rasmi MB. Klik sahaja link di bawah ini. Selamat Mencubaaa!

AYAM GORENG MALA MB - Hak Milik Ina Ainaa

TWITTER:

DELIVERY:

You May Also Like

0 Comments