PERTAMA KALI MENIKMATI MAKAN PETAI KETIKA DI MURNI DISCOVERY CHERAS

by - Wednesday, September 09, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Sejujurnya ena ni bukan suka makan petai. Petai ni pahit bagi ena, ishhh ai is kenot la ngap makanan yang pahit-pahit walaupun tahu sayur tu sihat untuk tubuh badan. Tapi masa makan tengahari kat Murni Discovery di Bandar Sri Permaisuri Cheras, eh ehhhh sedap la pula petainya. Tak pahit pun dan kalau tak ngap sekali, tak sedap pula makanan ena.

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

Alang-alang makanan kat Murni Discovery Cheras ni kebanyakkannya memuaskan hati ena, terus rasa nak kongsikan kisah memburu ena kat restoran ni dalam blog. Padahal ena pernah je makan kat Murni Discovery sebelum-sebelum ni, selalu pergi di cawangan Shah Alam la tapi tak rajin nak berceloteh kat sini. Sekarang, baru ada semangat sebab semua makanannya memuaskan hati ena. Kedainya pun makin maju dan cantik sekarang. Ena akan kongsikan lebih mengenai ulasan ena di bahagian Feedback di bawah ni ya.


MURNI DISCOVERY

Siapa pemilik atau pengusaha Murni Discovery ni ena tak pasti siapa tetapi restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan, western ada, ala-ala mamak pun ada, masakan Melayu pun ada dan campur-campur cuisine pun ada. Dan yang ena suka dengan nama-nama Mocktail Wonderland dia macam I kiss You, Don't Worry dan Poison, dan semua minuman ni jadi tanda tanya pada ena akan rasanya bagaimana. Itu laaa yang membuat ena tertarik untuk makan dan lepak di Murni Discovery waktu pertama kali berkenalan dengan kedai makan ni pada zaman dulu kala. Ahaks.

Murni Discovery ni ada banyak cawangan dan untuk bebelan kali ini ena kongsikan Murni Discovey di Cawangan Cheras. Menu makanan semua sama sahaja di cawangan yang lain. Heeeee.


ALAMAT:
Murni Discovey Cheras,
B-37-G & B-39-G,
Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan, 
Bandar Sri Permaisuri, Cheras,
56000 Malaysia
(Waze: Murni Discovery Cheras)

WAKTU OPERASI:
Waktu: Selasa - Ahad (Isnin Cuti)
Hari: 11am - 12am



MENU PILIHAN ENA

Memandangkan waktu ena datang sini waktu makan tengahari, memang ena pilih nasi la. Yazid sentiasa pilih menu kegemaran dia. Dan ena pula jenis suka try and error menu yang berlainan dan pilihan ena kali ini ada petai pulaa. Ahaks. Okay, nak tahu ena pilih menu apa, jom tengok gambar di bawah ini.

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Lunch kami bertiga di Murni Discovey Cheras

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Nasi Lemak Murni Discovery pilihan tekak Yazid sentiasa

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Nasi Goreng Meletop Chicken Chop Murni Discovery pilihan hati ena kali ini. Portion nak yang gah-gah je ena ni. Ahaks

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Murni Discovery Kopi 3 Layer kegemaran ena.


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keadaan dan susun atur dalam Murni Discovey cawangan Cheras ni cantik juga, nampak exclusive. Nampak dari luar je pun berjaya buat ena bayangkan keadaan dalam kedainya bagaimana. Bukan kaleng-kaleng dan yang paling penting kedainya bersih dan tersusun. Luas pun luas sebab kedainya betul-betul berada di corner lot kedai.

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Masa ena datang baru-baru ni, mereka sudah menggunakan sistem order makanan secara online. Scan QR code yang mereka akan bagi, pastu letak makanan yang dikehendaki dalam cart dan hantar order. Macam nak beli barang kat Shopee atau Lazada laa, cuma nak bayar masa dah habis makanan nanti. Mudah sangat! Cuma mula-mula nak guna tu agak terpinga-pinga juga dan kena sign in, sign up dulu semua. Agak leceh cuma tak mengapa bagi ena. Mungkin untuk kurangkan jarak  atau bersentuhan antara orang lain atau mungkin nak kurangkan jumlah orang dengan kurangkan pelayan tetamu di dalam kedai makannya.

KEMUDAHAN: Kemudahan yang ada kat sini seperti parking kereta yang banyak sebab kat lot kedai, lepas tu option bayaran pun ada nak cash or debit boleh dua-dua, tandas, baby chair dan tandas. Tempat makan yang selesa dan memenuhi SOP PKPP sekarang ni.

MAKANAN: Sejak dari dulu lagi, mana-mana cawangan yang ena pergi, portionnya memang banyak betul. Ya Allah, tak pernah ena makan habis sebab tangki ena memang dah sendat sangat. Sayang tak habiskan sebab makanannya memang sedap, mana yang ena pernah cuba try test tu.

Ena berkenan betul dengan sambal nasi lemak tu, ada petai, ada sotong, ada udang ehhh macam-macam ada. Selalu makan sambal ikan iblis je, yang ini lain dari yang lain. Lepas tu, rasa sambalnya memang kaw, cukup pedas dan ada bau-bau udang belacan something like that la. Ayam perapnya pun sedap sangat, rasa sampai kedalam perapannya.

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa


Nasi goreng pilihan ena tu, eh kenapalaaa sedap sangattttt. Tak pernah dalam hidup ena makan petai sebanyak itu tau, kalau nampak pun mesti letak kat tepi. Di sini, ena pertama kali menikmati makan petai dengan banyak sebab petainya guna petai muda bak kata Yazid, rasa tak pahit langsung. Makan dengan nasi goreng tu, kruppp krappp fuhhh! Thorbaekkk laaa!

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bagi ena harga kat Murni Discovery ni boleh tahan laaa. Tapi disebabkan rasa yang sedap dan portion yang banyak, ena dah tak kisah sangat part harga tu. Janji happy tummy, happy mood.



DETAILS MURNI DISCOVERY

Kalau anda ternampak Murni Discovery ni kat mana-mana, jangan lupa singgah makan tau. Ena recommended sangat-sangat. Kenyang dengan makanan yang sedap, itu paling syiokkkk. Hehehe. Itu sahaja perkongsian ena mengenai kisah buruan ena dan semoga dapat membantu anda mana yang tak tahu makan kat tempat mana tu. Terima kasih sebab baca bebelan ena kali ini

MURNI DISCOVERY CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa



You May Also Like

2 Comments

  1. Lawanyaa ID diorang. Instagramable betul!

    ReplyDelete
  2. Petai mmg fav..mkn mcm tu cicah budu tak pun jeruk petai..atau buat sambal..nanti kalau ada peluang jalan2 sana blh la cuba makan kat sini

    ReplyDelete