WAJIB CUBA MDT BEOGEO! INI BARU BETUL BURGER ALA-ALA KOREA

by - Tuesday, October 13, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini bukan sahaja minat dengan Kpop, tapi minat juga dengan makanan Korea? Ena ni jenis minat makanan Korea je tapi tak suka layan Kpop atau Kdrama sejak dulu lagi. Ahaks. Apa yang membuatkan ena suka sangat-sangat dengan makanan Korea ni adalah kimchinya. Huiiii! Ai is memang hantu kimchi, fav teruks! Siap boleh makan ratah macam tu je. Sesetengah orang tak boleh ratah kosong, kena makan dengan nasi or mee Korea. Tapi ena boleh, haihhh sedapnyaaaa kimchiiiii!

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

Baru-baru ini ena ke MyeongDong Topokki (MDT) di cawangan Sunway Putra Mall sebab berdekatan juga dengan kawasan rumah ena. Tekak tiba-tiba teringin pula nak layan Korean Cuisine di MDT, zaman study dulu kat Kuantan selalu juga pergi MDT cawangan Kuantan dengan kawan-kawan tapi lepas dah kahwin semua ni jarang sangat-sangat pergi. Oleh itu ena ambil peluang yang ada ini ajak Yazid untuk memburu makanan di MDT.

Ena nampak makin banyak menu baru yang ada di MyeongDong Topokki, semuanya membuat ena terliur. Tapi ada satu menu MDT ni betul-betul ena teringin nak merasai dan berbaloi untuk kami isi perut pada waktu petang. Menu tersebut adalah set MDT Beogeo, set burger Korea. Haaaaa, asyik layan Topokki je kat MDT, kali ini ena pekena Burger Ala-Ala Korea la pula. Amacam? Sedap ke? Nak tahu sila teruskan baca bebelan ena kali ini.

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa


MENU YANG ENA PILIH

Sebelum ena kongsikan feedback daripada ena, mari ena persembahkan gambar-gambar set MDT Beogeo yang kami makan tempoh hari. Harap-harap boleh buat anda terliur. Ahaks.

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa
Yangnyeom Chi-ken MDT Beogeo

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa
Ganjang Chi-ken MDT Beogeo

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Puas hati! Kenyang! Perut sangat gembira ya! Haaaaa, ini la ena rasa lepas makan MDT Beogeo. Kenikmatan tak terkata, sekali ngap fuhhhh juicy betul daging ayamnya. Luaran rangup tapi isi ayamnya tak kering pun, tebal pun tebal sebab itu kenyang. Lepas tu, digabungkan pula dengan sos-sos Korean mengikut set yang kami pilih tu dan ada letak kimchi pula, fuh fuhhhh! Ena cukup suka ya. Roti burgernya pun sedap, rasa macam muffin cuma strukturnya agak mudah pecah dan berderai. Mungkin pihak MDT boleh cari jalan penyelesaian untuk struktur roti beogeonya.

Overall puas hati cuma ena tak boleh makan set Yazid iaitu Yangnyeom Chi-ken Beogeo sebab sangat-sangat pedas ye. Ena gigit sedikit pun dah berdesing gigi dan gusi ena, ahaks. Maaf la, ena ni jenis tak tahan pedas, oleh itu ena tak boleh pilih set yang ini. 

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Mengenai harga pula bagi ena standard harga kat tempat-tempat macam ni. Apa yang penting adalah berbaloi untuk satu set sekali sebab disekalikan dengan air juga. Tak payah nak tambah duit untuk beli air lagi. 


DETAILS MDT BEOGEO

Sekiranya informasi ena tidak mencukupi buat anda, dialu-alukan untuk terus terjah ke laman social official MyeongDong Topokki. Nanti ena kongsikan link kat bawah ni, anda boleh klik sahaja. 

Terima kasih sebab sudi baca bebelan ena kali ni, banyak lagi ena nak kongsikan mengenai semua makanan yang ena sudah buru setakat ini. Oleh itu, stay tuneddd!


MDT BEOGEO - Hak Milik Ina Ainaa

WEBSITE:

INSTAGRAM:


You May Also Like

2 Comments