SIHAT DAN NYUMMY DUMPLING KINGS BERGABUNG DENGAN PHUTURE DAGING

by - Wednesday, September 02, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini suka makan dumpling tapi tak boleh makan daging lembu? Yela, tak semua antara kita ni boleh makan daging lembu kan. Oleh itu, ena nak perkenalkan dengan anda dengan Dumpling Kings yang mempunyai inti diperbuat daripada 100% sayur-sayuran tetapi texture dan rasa sebiji seperti daging lembu yang dipanggil Phuture Daging.

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

Fuhhh! Ena pertama kali tahu akan kewujudan Phuture Daging ni dan kagum dengan teknologi makanan zaman sekarang yang sentiasa menyediakan alternatif yang baru serta memudahkan pada orang lain. Bukan setakat memudahkan malah makanan tersebut sangat sihat ya mahupun bagi mereka yang boleh makan daging biasa tu. Sebelum ena kongsikan feedback dengan lebih mendalam mengenai Dumpling Kings ini, mari ena kongsikan serba sedikit dengan anda mengenai Dumpling Kings dan Phuture Daging.


DUMPLING KINGS DAN PHUTURE DAGING


Dumpling Kings merupakan francais kepakaran dalam penyediaan dumpling daging berasaskan tumbuhan telah berkerjasama dengan syarikat teknologi makanan daging berasaskan tumbuhan yang halal iaitu Phuture Daging, untuk membuka outlet pertamanya di Klang Valley, Malaysia dan waktu perancangan untuk menubuhkannya adalah dalam bulan Oktober hingga Disember 2020.

Dengan tagline "Dumplings for All", pihak Dumpling Kings telah berjaya menghasilkan dumpling yang sihat, halal dan boleh dimakan oleh semua orang. Selain itu, pihak Dumpling Kings dan Phuture Daging memberi peluang keemasan bagi pengusaha untuk mengembangkan sayap mereka dalam bidang makanan berasakan tumbuhan dengan membantu mereka melalui panduan kewangan, mendapatkan bekala bahan mentah dan bagaimana mengekalkan amalan terbaik dalam industri. Wahhh wahhh! Ini peluang yang sangat bagus untuk pengusaha-pengusaha di luar sana sebab dumpling daging berasaskan tumbuhan ni sangat baru di Malaysia. You know what I mean sekiranya anda ada pemikiran berbisnes ni, ena malas nak explain panjang lebar sangat. Ahaks.

Sekiranya anda berminat mengenai tawaran mereka atau ingin keterangan dengan lebih lanjut lagi dengan tawaran serta mengenai produk Dumpling Kings dan Phuture Daging, anda boleh contact sahaja dengan pihak mereka dengan menggunakan informasi yang ena bagi di bawah ini.

Dumpling Kings:
Co-Founder Shawn Pan : 014-3958806 (Hp)
Co-Founder Lyn Teh : 012-2267391 (Hp)
Email: dk.dumplingkings@gmail.com

Phuture Daging:
General Manager Datin Maziah Omar: 019-6503747 (Hp)
Email: maziah@phuturedaging.com


MENU YANG ENA CUBA TRY TEST

Dumpling Kings sangat sesuai di makan dengan pelbagai jenis mee, nasi atau boleh juga dibuat sup berkuah. Kenyang pun kenyang, dah jadi macam lauk untuk dalam hidangan dah. Selama ni ena pernah makan dumpling digoreng dan direbus kosong macam tu sahaja, lepas tu cicah dengan sos cili. Tapi dengan Dumpling Kings yang sihat ni, ena makan dengan sos tersendirinya iaitu Dumpling Kings' signature ginger soy sauce dan vinegar dengan splash chili oil. Nyumehhhh!

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Dumpling Kings terdiri daripada 4 pilihan rasa iaitu Mushroom Cabbage, Chives, Pedas Mala dan Kimchi serta terdapat dua cara penyediaan iaitu rebus atau pan-fried. Kesemua pilihan rasa ni ena sendiri dah merasai sendiri dan semuanya memang sedap mengikut rasa tersendirinya. Dan ena paling suka Mushroom Cabbage dan Kimchi. Jyeahhhh.

Kalau anda jenis suka makan pedas, anda boleh pilih Dumpling Pedas Mala. Serius, memang pedas dan ena ni jenis tak tahan pedas, memang makan separuh je mampu. Bukan tak sedap, tapi tak tahan pedas, takut meragam pula perut. Ahaks.

Phuture Daging memang lembut dan manis daging. Memang rasa sebiji macam daging biasa. Hebat betul bai yang mencipta Phuture Daging ni. Ena sampai tertipu ingatkan daging lembu yang biasa tu. Lepas tu, kulit dumpling pun sedap, tak liat dan rasa ngam betul la dengan tekak ni. Ishhh terngiang-ngiang kesedapan Dumpling Kings. Tak sabar nak tunggu outlet pertamanya dibuka nanti.

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Mengenai harga, maaf, ena tak tahu sangat sebab masa ena makan ni, makan free tapi semua komen di atas ni jujur daripada hati ena. iTaste It, iShare It gittuhhhh. Tapi pihak Dumpling Kings dan Phuture Daging menyatakan harga tidak over mahal dan mampu dimiliki oleh semua orang. Selari la dengan tagline Dumplings For All kannn.


DETAILS DUMPLING KINGS DAN PHUTURE DAGING

Itu sahaja perkongsian memburu ena kali ini mengenai dumpling berintikan daging berasaskan tumbuhan. Sangat recommended dan sangat digalakkan untuk anda cuba try test sendiri bagi penggemar dumpling tu. Terbaikkkk!

DUMPLING KINGS & PHUTURE DAGING - Hak Milik Ina Ainaa

WEBSITE:

INSTAGRAM:



You May Also Like

3 Comments

  1. Sedapnya menu ini..nk try nanti

    ReplyDelete
  2. Kita rasa kalau mereka ada jual yang frocen nak beli buat stock kat rumah boleh hehehehe sedap kot yang mushroom tu..

    ReplyDelete
  3. Adoi buat rasa teringin pulak nak makan dumpling sekarang ✨🌸

    ReplyDelete