MUSANG KING DURIAN PIZZA KINI ADA DI US PIZZA SETAPAK KL

by - Sunday, August 02, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena dan Yazid, kami sama-sama gemar makan durian. Pantang berbau durian mesti nak makan. Namun, baru-baru ini kami cuba try test satu menu yang baru dalam hidup kami iaitu Musang King Durian Pizza di US Pizza Setapak Kuala Lumpur.


US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Pada mulanya ena tak dapat bayangkan durian pizza ni rasanya bagaimana. Yela, selama ni beli yang topping ayam atau daging atau fully cheese. Kali ini topping durian, duriankan rasa isinya manis dan berlemak, ngam ke kalau dijadikan topping pizza? Sesuai ke kalau digandingkan dengan cheese dan roti? Itulahhh ena fikirkan sebelum makan Musang King Durian Pizza di US Pizza Malaysia. Okay nak tahu sedap ke tak, sebelum tu ena nak kongsikan serba sedikit mengenai US Pizza ni ya. Ayuh!


US PIZZA MALAYSIA

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

Anda tak perlu was-was kerana segala ayam, daging dan bahan-bahan yang digunakan adalah halal, dengan kata lain US Pizza Malaysia adalah halal untuk kita semua makan di sana. Pihak mereka memang sangat menekankan kualiti dan kebersihan makanan yang mereka sediakan. Oleh sebab itu ena yakin untuk memburu makanan kat US Pizza ni, tambahan ada Musang King Durian Pizza pula tu. Memang berdesup ena pergi.

Selain daripada itu, untuk pengetahuan anda Mr Donald Duncan yang berasal daripada Kansas City, Missouri USA, merupakan pengasas kepada US Pizza Malaysia dan telah menubuhkan restoran ini pada tahun 1997 di Pulau Pinang, Malaysia. Sekarang ini, US Pizza Malaysia telah kembangkan sayapnya ke kawasan lain terutama di sekitar Kuala Lumpur. Yang ena pergi adalah outlet terbarunya di Setapak, Kuala Lumpur.

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
US Pizza Malaysia,
No.29 Block A, Platinum Walk,
No 2, Jalan Langkawi, Setapak,
53100 Kuala Lumpur
(Waze: US Pizza Setapak)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 10.30am - 10.30pm
Hari: Isnin - Ahad



MENU YANG ENA PILIH

Turutkan hati ena nak pilih semua jenis piza di US Pizza Malaysia ni sebab semua nampak tempting bagi ena. Namun apakan daya, datang berdua je. Oleh itu, kami order yang ini sahaja. Sila scroll di bawah.

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Inilahhh dia Musang King Durian Pizza di US Pizza Cafe, Setapak. Tak kedekut isi durian dan cheese. Shooo Sheeedapppp

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Time sejuk, cheesenya tak tarik sangat tapi pelik roti pizzanya kekal lembut. Terbaiklahh Musang King Durian Pizza US Pizza Malaysia

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Yang ini pula Golden Ocean Salted Egg Pizza US Pizza Malaysia. Ena paling suka yang ini, keenakkan telur masinnya memang terasa kat lidah dan tekak ena ni. Ngam habis

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Tebal tapi lembut. Itulah kelebihan yang ada pada pizza US Pizza Cafe. Ena bawa balik, panaskan dirumah pun maintain sedap, terus jadi tarik cheesenya.

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Crazi Garlic Twist sedap makan dengan Creamy Mushroom Soup US Pizza Malaysia

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
Creamy Mushroom Soup US Pizza Malaysia kesedapannya puas hati. Banyak cendawan dalam soup ni. Thorbaek

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa
New York Wings ni pun sedap. Tapi masa makan ena tabur chili flakes sebab nak rasa pedas-pedas sedikit. Nyummmehhhh.

FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Suasana US Pizza Cafe ini sangat kemas, tersusun, tenang dan bersih. Dekorasi semua selari dengan nama kedai, ikut tema gittew iaitu tema United State. Kalau anda tak dapat tangkap apa yang ena katakan, anda digalakkan sangat untuk datang ke US Pizza ni dan lihat dengan mata anda sendiri.

SERVIS: Alhamdulillah, semua pelayan tetamu sangat membantu. Pakaian mereka kemas dan memakai mask ketika bekerja. Ya, WAJIB IKUT SOP terkini ya. Jaga jarak, pakai mask dan sentiasa jaga kebersihan diri serta sekeliling kita.

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

KEMUDAHAN: Kemudahan yang ena nampak dalam US Pizza Cafe ini antaranya adalah ada baby chair, sinki dan juga tandas. Memandangkan kedainya di deretan block bangunan, kemudahan parking ada untuk anda cuma nak cari parking tu agak susah. Di sekitar Platinum Walk, Setapak ni memang ramai orang kunjungi, alamatnya kena usaha sedikit untuk cari parking. Doa-doalah dulu tau semoga Allah permudahkan untuk dapat parking yang kosong dan juga berdekatan dengan kedai. 

Selain itu, sekiranya anda ingin buat delivery ke rumah pun boleh. Anda hanya perlu ke website rasmi US Pizza Malaysia, https://uspizza.my dan klik bahagian "Order Online". Di sana anda follow the flow apa yang diarahkan sahaja.

MAKANAN: SubhanaAllahhhh! Sedap sangat-sangat Musang King Durian Pizza di US Pizza Malaysia ni. Ngam teruk bila dah makan, tak rasa pelik pun. Rasa duriannya yang manis, lemak dan padu beb, buatkan ena jatuh hati dah dengan durian piza kat sini! Isi duriannya bukan sedikit ye, tebal dan tebal. Ena siap bagi kat Yusuf sedikitlah isi durian tu. Alhamdulillah, ena sangat puas hati jumpa Piza Durian yang sedap macam ni. Dahlah pertama kali ena makan piza durian. Fuhh! Rugi kalau anda taknak cuba try test.

Golden Ocean Salted Egg Pizza US Pizza pun ena suka sangat, lain dari yang lain membuatkan ena bernafsu bila makan. Sedap betul! Serius ena tak tipu. Terasa keenakkan salted egg setiap gigitan yang ena makan, dengan ketebalan kejunya, ada pula sotong dan udang yang fresh. Ngam habis! Jangan risau laaa, tak over masin pun. Rasa macam kau makan telur masin yang bahagian warna oren tu la. Mantoooppp!

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

HARGA: Bagi ena kesemua harga makanan di US Pizza Malaysia ni standard macam kedai piza yang lain. Tak over mahal dan ena rasa sangat berbaloi sebab sedap. Ena memang tak kisah dah pasal harga kalau dapat makanan sedap macam ni. Ahaks.


DETAILS US PIZZA MALAYSIA

Haaaa! Apa tunggu lagi!? Ayuh! Serbu US Pizza Malaysia sekarang. Anda boleh semak lokasi US Pizza ni di laman web rasminya okay. Yes! Ena recommended sangat anda untuk cuba try test dua piza yang ena kongsikan di atas ni. Jangan lupa kongsikan kisah ini dengan kenalan anda ya. Terima kasih dan selamat menjamu selera.

US PIZZA MALAYSIA - Hak Milik Ina Ainaa

WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:


You May Also Like

1 Comments

  1. wow.. durian jjadi topping pizza xleh nak bayang.
    kalo ada lajak kesana bolehla cuba..

    ReplyDelete