TEMPAHAN BIRTHDAY CAKE DARIPADA THE CAKES ZONE BUKIT BERUNTUNG

by - Friday, August 28, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Pada 22/8/2020, Sabtu yang lepas, genaplah ena berumur 28 tahun. Alhamdulillah. Pada mulanya, ena rancang nak sambut birthday di Johor tetapi tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Last minit tukar plan, ena nak buat makan-makan di rumah parents ena pada tarikh hari jadi ena. Terus ena order kek dengan kenalan ena di Bukit Beruntung yang mengusahakan kek yang Shooo Shedappp iaitu The Cakes Zone. Fuhhh! Macam-macam hal masa tu tapi kek hari jadi ena berjaya disiapkan dengan cepat dan pantas.

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa

Oh yaaa, bila dah makin berumur ni nak sambut birthday dengan meriah sangat tu tak adalah teringin sangat cuma ena nak family yang tercinta ada bersama-sama pada hari tersebut. Tapi kalau ada yang nak tolong meriahkan lagi suasana, dialu-alukan sangat dan lagi ena bersyukur. Alhamdulillah, pada hari jadi ena tahun ni, ena sangat gembira dan bersyukur sebab dapat sambut bersama-sama dengan family ena yang tercinta di Tanjung Malim. Alang-alang nak sambut birthday tu, semua Baby August dalam family Tn.Hj.Kamarudin Bin Talib ni kami sambut bersama. Kiranya ada 5 orang, termasuk ena. 

Namun, untuk perkongsian ena kali ini bukan nak menceritakan tentang majlis sambutan hari jadi ena tetapi ena nak kongsikan untuk anda yang mencari tempahan kek hari jadi yang sedap dan harga mampu dimiliki di sekitar Bukit Beruntung / Bukit Sentosa, Rawang.

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa



THE CAKES ZONE BUKIT BERUNTUNG

The Cakes Zone ini diusahakan oleh seorang wanita Melayu yang masih muda dan tinggal di Bukit Beruntung. Ena panggil dia Neesa dan Neesa ni kiranya kenalan ena juga ketika ena menetap di Bukit Beruntung dulu. Macam mana ena boleh kenal tu biarlah menjadi rahsia antara kami. Kesemua kek yang dibuat adalah fresh from oven. Seeloknya buat tempahan dua hari sebelum hari yang kita mahukan kek tersebut. Tapi masa ena tempah Birthday Cake ena, memang last minit. Namun, Neesa mampu siapkan dengan jayanya sebelum waktu yang ena nak ambil tu. Hebatttt! Ya, ena pickup sendiri di Bukit Beruntung sebab ena nak balik rumah Tanjung Malim masa tu. Satu haluan, senang.

Setakat ini, Neesa ambil tempahan melalui whatsApps atau DM di Instagram rasmi The Cakes Zone sahaja. Dia bake semua kek yang dia jual dari rumah sahaja, tiada kedai lagi setakat ini. Malah, ada perkhidmatan di mana anda boleh request untuk delivery (Boleh deal dengan Neesa) atau pickup sendiri di mana-mana kawasan Bukit Beruntung. Ayuh! Kita support The Cakes Zone beramai-ramai. InshaAllah, ada rezeki lebih nanti mana tahu dia boleh dan berjaya buka bakery dia sendiri pula. Hal ini kerana...okay jom baca feedback daripada ena mengenai Birthday Cake ena daripada The Cakes Zone Bukit Beruntung


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Jenis kek yang ena pilih adalah Nutella Brownies tapi yang ini edisi Birthday Cake. Topping dia ada perhiasan chocolate, cookies dan buah fresh. Ena pilih kek jenis ini sebab parents ena jenis tidak berapa gemar makan kek sponge dan ada krim banyak sangat ni, brownies ni sesuai ena rasa sebab texturenya lain dan tiada krim tu semua. Alhamdulillah, parents ena memang suka cuma mereka macam biasa, akan jaga kuantiti makan makanan manis.

Dari segi rasa memang tiptop dan kurang manis bagi ena. Bayangkan ena buat tempahan dua hari sebelum hari jadi ena, nutella brownies daripada The Cakes Zone ini maintain sedap, lembut dan tak berkulat. Sepanjang dua hari tu, ena letak kat cuaca bilik sahaja. Sekali sekala je letak dalam peti ais sebab taknak browniesnya mengeras dan juga tak nak buah kiwi ena busuk serta layu. Tapi masa ena makan, kiwinya sudah tak nampak fresh sangat cuma masih boleh makan. Heeeee. Bukan salah sesiapa, salah ena order awal sangat.

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Ena buat tempahan dengan The Cakes Zone ni sebab bagi ena keknya tak overprice. Berbaloi beli, dengan dapat toppingnya yang cantik tu. Alhamdulillah, last minit punya rancangan dapat kek yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Syukurrrr.


DETAILS THE CAKES ZONE

Kepada anda yang ingin buat sebarang tempahan Birthday Cake di sekitar Bukit Beruntung atau yang berdekatan dengan tempat tersebut, ena sarankan sangat untuk order dengan The Cakes Zone oleh Neesa ni. Ena sertakan link instagram rasminya di bawah ini.

THE CAKES ZONE - Hak Milik Ina Ainaa



INSTAGRAM:


You May Also Like

1 Comments

  1. Sedapnya kek coklat nasib birthday kita dah lepas kalau tidak kita pun nak order kat sini nak surprise yang tersayang tak ada lagi heehehe....

    ReplyDelete