MAKAN PETANG BERSAMA RESTORAN LAPAKO TANJUNG MALIM

by - Tuesday, August 04, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Hari tu ena ada pergi memburu di satu kedai makan di sekitar Tanjung Malim kan??? Lupa dah?? Alaaa, okay okay anda boleh baca balik di LINK INI. Haaaa! Kali ini ena pergi memburu lagi satu kedai makan di kawasan sana dan konsep restorannya sama sahaja macam dalam link yang ena share tadi cuma mesti la ada perbezaan tersendirinya. Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Lapako, Tanjung Malim.

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

Pada mulanya, ena tak tahu pun akan kewujudan Restoran Lapako ni. Masa balik rumah parents ena di Tajung Malim, abah ena la suggestkan pergi sebab kedai makan barukan dan abah pun tahu ena ni pemburu makanan. Apalagi, ena ni jenis excited terlebih kalau dapat tahu ada kedai makan baru buka di sekitar hometown ena ni, haaaa berdesup laaa ena ajak Yazid ke sana. 


RESTORAN LAPAKO TANJUNG MALIM

Dari apa yang ena nampak, konsep kat sini ada pelbagai anak-anak kedai makan di dalamnya. Setiap anak kedai makan di dalamnya terdiri daripada berlainan jenis makanan dan terbahagi kepada nombor-nombor gerai. Alaaa lebih kurang macam konsep kat R&R la senang. Fahamkannnn. Okay, begitulah keadaan Restoran Lapako Tanjung Malim.

Lepas tu, cara nak order di Restoran Lapako berlainan sedikit, ala-ala macam explorace sikit. Kau tulis order kat meja, bayar dulu di kaunter, lepas tu resit-resit untuk kita berikan kepada anak-anak gerai mengikut apa yang kita order dan makanan tu semua nanti pelayan kat sana akan hantar ke meja kita. Dalam buku menu ada tulis nama anak kedai ni, menu apa yang ada. Macam tu la. Bagi ena yang pertama kali pergi... haaaa.... nanti ena bagi feedback ena kat bawah-bawah ni nanti.

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
Restoran Lapako,
Lot 4618, Jalan Slim Baru,
35900 Tanjung Malim, Perak
(Waze: Lapako)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 8.30am - 12pm
Hari: Isnin - Ahad



MENU YANG ENA PILIH

Ena masa mari kat Restoran Lapako ni, tekak betul-betul teringin Chicken Chop atau Chicken Grill walaupun makan petang. Ahaks. Memang ena order salah satu menu yang ena teringin tu laaa. Okay jom tengok menu makanan yang ena order kat sana.

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa
Nugget untuk Yusuf

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa
Chicken Grill Restoran Lapako 
RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa
Roti Bakar Cheese Restoran Lapako



RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa
Air Bandung Jagung Restoran Lapako


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kawasan kedai memang besar, luas dan selesa untuk lepak. Ada kawasan terbuka, ada kawasan berbumbung, ada tempat orang boleh buat konsert. Bagi ena kawasan Restoran Lapako ni selesa.

SERVIS: Macam biasa, mereka mejaga SOP yang terkini. Sistem cara nak order tu semua ada kelainan sedikit, bagi ena itu satu kreativiti mereka. Ena harap teruskan laaa macam sekarang iaitu membantu pelanggan yang masih baru atau orang tua sebab memahami mereka ni agak terkapai dan kekok tetambah orang tua matanya rabun nak cari nombor kedai. 

Suasana pada waktu malam ena tak pernah lagi pergi, oleh itu ena tidak berapa pasti bila waktu dan hari ada konsert-konsert di jalankan kat Restoran Lapako. Sebab ada ruang khasnya tau, anda boleh tengok gambar di bawah ni.

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Kemudahan untuk parking ada cuma tak berapa sistematik lagi. Pandai-pandai la nak parking macam mana janji tak kacau jalan besar sebab Restoran Lapako ni betul-betul tepi jalan. Selain itu, kat restoran ni ada surau dan juga tandas ya.

Cuma ena harap pihak Lapako sediakan baby chair sebab itu salah satu keperluan yang penting ya. Ena agak struggle nak makan bila tak ada baby chair ni dan nak makan tu tak ada nikmat sangat bila anak dah makin banyak akal sekarang ni.

MAKANAN: Bab makanan ena sedikit kecewa dengan kesemua makanan yang ena order, termasuklah minuman dan ena harap pihak pengusaha rasa sendiri setiap makanan yang dijual. Perlu perbaiki lagi. InshAllah, ena akan repeat datang sana lagi untuk lepak santai-santai dan ena berharap sangat ada perubahan positif. Sayang kalau tiada perubahan. Tempat dah mantap dah, biar makanan pun mantap sekali

HARGA: Kalau makanan sedap dan puas hati, inshaAllah ena dah tak kisah sangat pasal harga. Okay. 


DETAILS RESTORAN LAPAKO TANJUNG MALIM

Itu sahaja perkongsian dan luahan daripada ena sebagai pemburu makanan mengenai Restoran Lapako, Tanjung Malim.

RESTORAN LAPAKO - Hak Milik Ina Ainaa

INSTAGRAM:


You May Also Like

2 Comments

  1. cantik2nya gambar2 yang diambil..
    nama kedai pun comey.. Lapako ? hehe..

    ReplyDelete
  2. Dah banyak kali akak lalu depan restoran ni. Tak pernah ada kesempatan nak singgah lagi

    ReplyDelete