RESEPI INTI SARDIN HOMEMADE UNTUK DIMAKAN DENGAN ROTI

by - Friday, August 07, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Adududu, pagi tadi tekak teringin nak makan roti dengan sardin hancur my mom selalu masakan untuk sarapan dulu ni. Ena sejak kahwin ni tak pernah lagi buat menu ni tapi dulu pernah my mom ajar, sampai ke hari ini ingat ya.

RESEPI IKAN SARDIN HOMEMADE - Hak Milik Ina Ainaa

Alang-alang dah jadi mak orang sekarang, ayuh ena nak buat resepi inti sardin homemade yang di copy paste daripada resepi my mom cuma tidak boleh lawan kesedapan my mom masak la. Tak tahu apa yang terkurang, mungkin kasih sayang my mom melebihi segalanya kot. Aaauummm. Okay, alang-alang tu ena kongsi dengan anda semua ya. Selamat mencuba.


BAHAN-BAHAN

1 tin Ikan Sardin (Ikutlah jenama yang anda suka, ena sejak dulu lagi akan pilih Ayam Brand)

3-4 Cendawan Butang Fresh (Kuantiti terpulang tekak masing-masing sebenarnya)

3 biji Bawang Merah Kecil

1/4 Bawang Holland

3 ulas Bawang Putih

3 biji Cili Merah Bangladesh (Boleh je nak guna cili padi cuma aroma dia jadi berbeza sikit)

1 1/2 sudu Cili Giling

1 sudu Sos Tiram

1 sudu Sos Cili

1/2 sudu Sos Tomato

Limau nipis

Garam

Minyak Zaitun (My mom dulu guna minyak biasa, ena ni saja mengada nak guna EVOO)


RESEPI IKAN SARDIN HOMEMADE - Hak Milik Ina Ainaa

RESEPI IKAN SARDIN HOMEMADE - Hak Milik Ina Ainaa


CARA-CARA

1) Keluarkan ikan sardin dalam tin tu. Asingkan dari sosnya, okay ena memang tak sentuh langsung sos sardin sebab kurang gemar. Lepas tu, bersihkan tulang-tulang yang ada dalam isi sardin tu. Kalau ada macam sisik ikan sardin tu terlekat lagi, haaa bersihkan ya. 

2) Dah bersihkan, hancurkan isi sardin tadi dengan garfu tapi jangan sampai lumat sangat.

3) Blend guna blender kering atau blender tangan yang jenis tarik secara manual tu, semua cili Bangladesh dan 3 beradik bawang tadi. 

4) Dah siap hancurkan, panaskan minyak dan tumis ke semua bahan yang di blend tadi sampai dah naik bau. Ena suka tunggu naik bau, setengah orang suka tunggu warnanya berumah. Ikutlah masing-masing punya cara.

5) Masak cili giling sampai pecah minyak, jangan kasi mentah ya. Tak sedap satu hal, sakit perut nanti satu hal kalau tak cukup masak.

6) Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato tadi. Gaul sampai sebati dan anda rasalah dulu. Boleh tambah kalau ada terkurang terlebih. Kat part ni, ena letak garam secukup rasa sebab nak kasi ada rasa lemak-lemak masin tu.

7) Nampak macam dah gelegak, masukkan isi sardin yang telah dihancurkan tadi.

8) Masak lama sikit kasih rasa-rasa sos tadi meresap, baru masukkan cendawan butang yang dipotong dadu. Ikutlah anda nak potong jenis macam mana. Tekak masing-masing kan, jangan tercekit sudah la ye.

9) Biarkan sekejap semua tu masak, perahkan sehiris air limau nipis. Walaaaaa, shooo shhhedappppp!

10) Siap dah! Boleh hidang dengan roti dan mayonis. Ada salad or timun Jepun, lagi ngammmm. Ena lupa tadi yang ena ada timun Jepun. Alamatnya tak terhirislaaaa.



RESEPI IKAN SARDIN HOMEMADE - Hak Milik Ina Ainaa

Oh ya, kalau anda jenis suka pedas, anda boleh tambah mana yang patut okay. Cadangan ena hanya tambah cili Bangladesh tu jee. Cili giling tak perlu tambah melainkan kuantiti ikan sardin tu banyak. Kena tambah juga la part-part yang lain. Dan resepi ni boleh untuk hidangan 2-3 orang makan kalau menambah, tapi aaahhhhh.... confirm menambah punya nanti. Percayalah cakap guwe. Ahaks.



You May Also Like

2 Comments

  1. Sedapnya inti sardin!
    Mau berkeping2 ni makan roti!

    ReplyDelete
  2. Kali terakhir makan macam ni masa umur belasan kot . dah lama tak buat sendiri inti sardin untuk roti.

    ReplyDelete