BERBALOI MAKAN WESTERN FOOD DI POLPERRO STEAKHOUSE CHERAS

by - Monday, August 31, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena sekarang jarang makan malam di luar melainkan ada hal yang tidak dapat dielakkan atau hari weekends, selalu masak je kat rumah. Tak masak berat-berat pun, ena dan Yazid makan kudapan seperti oat ke, biskut ke atau maggie.. eeeerrrrr maggie tu kudapan keee?? Uhuks. Baru-baru terpaksa makan malam kat luar di Polperro Steakhouse depan rumah ena ni atas sebab yang tak dapat nak diselesaikan dalam masa terdekat.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

Alang-alang tu, boleh ena foodhunting di Polperro Steakhouse yang baru sahaja buka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Betul-betul dekat dengan rumah ena, nak jalan kaki pun boleh. Lintas jalan dah sampai tapi malas punya pasal, start enjin kereta, terus berdesup pergi. Parking pun percuma, sooo tarak hal laaaa. Okay.. Selain itu, memandangkan tekak pun teringin juga nak makan western food, helok sangat mai makan di Polperro yang direcommended oleh kawan blogger ena. Dia kata kat sana murah dan sedap sebab itu ena nak memburu kedai makan western food ini.


POLPERRO STEAKHOUSE 

Polperro Steakhouse merupakan tempat makan yang menyediakan Western Food bertaraf 5 bintang yang harganya sangat berbaloi dan mampu dimiliki oleh kita semua tidak kira pangkat atau darjat. Restoran ini diusahakan oleh pemuda Melayu iaitu El Aziizie bin Maskam yang sudah terjebak dalam dunia sektor pemakanan sejak 8 tahun yang lalu.

Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2012 lagi, dan cawangan pertamanya adalah di Shah Alam dan seterusnya di Seremban dan Klang. Ena tidak pernah lagi makan di cawangan sana. Sejak pindah Cheras ni, baru ada rezeki untuk memburu Polperro Steakhouse sebab depan rumah sahaja. Dan cawangan Cheras ni baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2020.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
Polperro Steakhouse,
R-G-01, Q Tower, Queensville,
Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri,
56000, Cheras Kuala Lumpur
(Waze: Polperro Steakhouse Cheras)

WAKTU OPERASI:
Waktu: Isnin - Ahad 
Hari: 12pm - 11pm


MENU PILIHAN ENA

Bila buka buku menu Polperro Steakhouse, rambang mata dibuatnya sebab harga semua menu ena rasa tak mahal mana. Tengok dari luar kedainya macam jenis-jenis high standard, sekali tengok menu wah wah wahhhh terus nafsu makan ku melimpah ruah. Rasa nak order semua tapi menu dibawah ini je yang ena mampu. Perut ada satu jaaa, tak boleh nak sumbat banyak-banyak. Ini pun dah kenyang sangattt. Alhamdulillah.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Polperro Grill Salmon. Sedapppp! Ena suka Tartar Sos kat sini

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Polperro Platter Happy World. Ini makan seorang puas yang amat. Kalau perut jenis kecil, makan dua orang dah cukup.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Polperro Cheezy Wedges. Kononnya nak bai Yusuf, sekali mommy daddy dia tumpang sekaki.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa
Polperro Asam Boi Iced. Mine! Ahaks


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Suasana kedai nampak gah, ena sampai risau takut mahal sangat makanannya. Selesa, berpenghawa dingin, luas dan boleh jaga jarak SOP sekarang ni. Paling ena titik beratkan adalah kebersihan, Polperro Steakhouse sangat menjaga kebersihan ya. Walaupun ramai orang, kedainya tetap nampak bersih dan pelayan cepat-cepat bersihkan meja mana yang sudah digunakan. Sangat bagus ya.

SERVIS: Masa ena datang, ramainya manusia. Bahagian dalam dah full, yela sebab tak boleh humban sekali banyak dek SOP terkini dan kat luar orang beratur panjang. Bagus, pelayan kat sini tak buat kami tertunggu-tunggu lama. Mana orang yang sudah makan, merek cepat-cepat kemaskan meja. Tangkas. Ena pun beratur juga sebab masa ena datang meja semua sudah full tapi tak tunggu lama pun kat luar.

Selain itu,  apa yang ena tahu Polperro Steakhouse ni ada produk frozen. Yang ini ena tak selam betul-betul pula masa memburu di cawangan Cheras ni so tak dapat nak ulas lebih. Kalau ena pergi lagi, ena tanya atau tengok la macam mana. Heeee. Dan yang ena tahu boleh nak delivery, hanya order je menerusi Food Panda.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

KEMUDAHAN: Kemudahan yang ena perasan di Polperro ini seperti parking kenderaan yang banyak, ada tandas, baby chair dan sistem bayarannya anda boleh pilih, debit ke, pay wave ke, eWallet ke atau cash sahaja. Semua hado, memudahkan.

MAKANAN: Kesemua makanan yang ena pilih sedap ya. Puas hati dan berbaloi makan Western Food di Polperro Steakhouse Cheras. Daging kambingnya lembut dan tak melekat pun kat gigi. Kuah blackpeppernya pun sedap bagi ena, cukup rasa garam manis semua, rasa blackpeppernya tak menyengat sangat dan kuahnya pun tak over pekat. Nice sangat sebab ena suka kuah blackpepper  yang macam ni.

HARGA: Overall, tak over price dan berpatutan sangat-sangat. Itu je ena nak cakap. My tummy and my heart sooo happy sudah memadai bagi ena! Alhamdulillahhhh.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa


DETAILS POLPERRO STEAKHOUSE CHERAS

Okay, bagi anda yang berada di Cheras ni, apa tunggu lagi, mari serbu makan di Polperro Steakhouse ni. Recommended sangat dan nak buat majlis hari jadi ke, bride-to-be ke sangat sesuai ya. Untuk keterangan yang lebih lanjut, boleh tanya sendiri dengan pihak Polperro Steakhouse sendiri ya.

POLPERRO CHERAS - Hak Milik Ina Ainaa


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:





You May Also Like

2 Comments

  1. Lama tak makan western food teringin juga kita hehehehe siapa nak belanja kita ni wakakakakkaka

    ReplyDelete