BESTNYA! MARIGOLD DESSERT SUDAH ADA DI 7ELEVEN MALAYSIA

by - Tuesday, August 11, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Sedapnya kalau tengah cuaca panas ke atau tengah lepak ke sambil makan puding sejuk-sejuk. Hendak buat sendiri tapi tahap kerajinan tu tak sampai lagi. Ahaks. Nak dijadikan cerita, ena ternampak pula Marigold Dessert lalu lalang kat media social ena, mahu tak terliur ena menengoknya. Apa lagi berdesup sepantas kilat ena ajak Yazid sebagai partner FoodHunting ena, pergi cari di 7Eleven depan rumah ena ni.

MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

Selama ni ena selalu minum jus atau yogurt Marigold je, semua kegemaran ena. Sekarang ni ada dessert pula, memang ena patut cuba try test semua Marigold Dessert yang ada. Alhamdulillah laaa, 7Eleven depan rumah ena ni ada ke semua jenis Marigold Dessert iaitu Marigold Milk Puding dan Marigold Fruit Jelly. Marigold Milk Puding tu pula ada dua jenis, sama dengan Marigold Fruit Jelly. Haaa nak tahu jenis-jenisnya, sila baca perkongsian ena di bawah ini.

Oh lupa nak bagitahu, Marigold Dessert ni ada di kesemua 7E di Malaysia kecuali di LANGKAWI ya. Harap maklum. Sebab apa tu ena tak tahulaaa ya. Bab-bab ni tanya pihak Marigold sendiri untuk keterangan lebih lanjut.


MARIGOLD MILK PUDING

Bagi pendapat ena, Marigold Milk Puding ni bahan utamanya sudah tentu la ada susu dan rasanya lebih manis serta lebih berat berbanding Marigold Fruit Jelly. Terdapat 2 jenis iaitu Karamel Kastard dan Jagung Manis Bersantan.


MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa


MARIGOLD FRUIT JELLY

Untuk anda yang gemar jelly yang light-light dan ada hirisan buah-buahan yang fresh, anda boleh pilih Marigold Fruit Jelly. Marigold Fruit Jelly terdapat dua jenis juga iaitu Nanas Rambutan dengan ketulan buah dan Pic dengan hirisan buah.


MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa


MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Yazid dengan ena kata lulus! Haaa gittuhhh! Sedap dan nikmat sangat pada tekak kami bila dapat layan waktu tengah cuaca panas. Baik Marigold Milk Puding mahupun Marigold Fruit Jelly, rasa Marigold Dessert ni tak over manis pun, malah perisanya pun ngam sangat. Seperti yang Marigold Jelly tu lebih rasa buah-buahan sebenar, bukan rasa yang tiruan ni. Ada ketulan buah rambutan dan nanas yang sebenar, ada hirisan buah Pic, Allah nikmat tak terkata bila dapat ngap sekali dengan jelly Marigold ni. Lain dari yang lain, berbaloi beli. Yang penting makan sejuk-sejuk baruuuu Fuhhhhh!

Selain itu, ena suka bungkusan Marigold Dessert ni. Bagus sangat sebab tertutup rapi bagi mengelakkan kekotoran masuk dan menjauhkan dari puding serta jelly ni rosak. Lepas tu, sudah disediakan sudu pula tu, wahhh nice sangat. Memudahkan ena nak makan, tak payah nak basuh sudu lain dah. Guna yang diberi sahaja, dah siap makan buang. Ahaks


MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

Namun, antara keempat-empat Marigold Dessert tu, ena paling suka Marigold Karamel Kastard. Shooo sheedappp! Ena dah la memang suka puding karamel ni. Memang jadi pilihan ena nombor satu laaaa. Aummmmm nyummmmeeehhhh!

HARGA: Harga untuk satu Marigold Dessert, RM2.50 harga biasa tapi ena dengar cerita nanti ada harga promosi iaitu RM2.20 sahaja. Bila tarikhnyaaa, haaaa tunggu ena umumkan di laman social ena nanti. Stay tuneeeddd! Aaauummm! Apapun ena tak sabar nak tunggu harga promosi tu mari, nak borong banyak-banyak buat stok dalam peti ais rumah ni.


DETAILS MARIGOLD DESSERT


Haaaa! Apa tunggu lagi, jangan tunggu lama-lama nanti kehabisan stok Marigold Dessert ni. Anda kena terus grab kalau ada pergi ke 7Eleven berdekatan. Selain itu, kalau rasa lambat sangat nak tunggu informasi daripada media social ena mengenai harga promosi tu, haaa jemput usya selalu laman social rasami mereka. Macam biasa lah, ena kongsikan link untuk ke sana di bawah ni. Anda perlu klik sahaja ya.


MARIGOLD DESSERT - Hak Milik Ina Ainaa

WEBSITE:

INSTAGRAM:


You May Also Like

1 Comments