PETUA BERTAMBAH CANTIK BERSERI BERSAMA HIMALAYA NEEM RANGE SET

by - Saturday, August 15, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Makan.. makan juga tapi penjagaan kulit muka tidak pernah ena lupakan setiap hari walaupun kadang-kala tu ada juga ter miss cuma jarang sangat nak terjadi. Yela, ena dah makan macam-macam setiap hari dan tak tahu apa kesan makanan tu semua terhadap kesihatan kulit muka ena. Perempuankan, nafsu makan sentiasa on tapi dalam masa sama nak cantik juga. Macam ena laaa, Ahaks. Okay, sebelum tu ena nak tanya kepada pembaca blog ena ni, siapa pakai jenama Himalaya? Tak kiralah skincare ke, body care ke atau suplement.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Haaaaa kalau ada, geng la kitaaa. Ena dan Yazid guna shampoo Himalaya yang biasa dan untuk rawat kelemumur. Alhamdulillah, dah berbulan-bulan guna ena nampak keberkesanan pada rambut kami berdua. Yazid punya yang anti-dandruff dan yang ena punya yang biasa. Dan sekarang haaaaa..cakap pasal kecantikkan muka tadi, ena nak bagitahu yang ena tengah cuba try test Himalaya Neem Range Set.  Antara satu sebab kenapa ena yakin nak guna skincare ni adalah kerana diformulasikan 100% herba semulajadi dan mampu mengurangkan kenaikan jerawat serta warna kulit tak sekata. Setakat ni ena baru amalkan seminggu dan setakat ini juga tiada tindak balas yang negatif pada kulit muka ena.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Ena hanya ikut sahaja cara-cara atau petua yang disarankan oleh pihak Himalaya, senang cerita step-step laaa mana nak pakai dulu dan mana nak pakai kemudian supaya dapat hasil yang lebih memuaskan hati ena. Apapun, yang penting kena konsisten setiap hari, itu yang ena pegang sampai bila-bila melainkan skincare tersebut memudaratkan.

Okay, jom ena nak kongsikan pertua bertambah cantik bersama Himalaya Neem Range Set dan mari kita bersama-sama jadi lebih cantik, berseri dan nampak lebih bermaya.


CARA-CARA MENGGUNAKAN HIMALAYA NEEM RANGE SET

1) Jangan lupa bersihkan muka dengan Makeup Remover anda terlebih dahulu. Sudah yakin bersih baru cuci muka dengan Purifying Neem Face. Yang ini anda boleh amalkan dua atau tiga kali sehari ya.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Kelebihan Purifying Neem Face adalah mengandungi dua jenis herba iaitu Neem dan Tumeric yang bagus untuk membasmi kekotoran yang melekat pada kulit serta liang roma muka dan sekali gus boleh mengurangkan kenaikan jerawat. Selain itu, boleh mempercepatkan proses pemulihan sekiranya ada luka-luka pada kulit muka dan sekali gus menikatkan seri wajah. Bukan itu sahaja, pencuci muka ini juga sedikit sebanyak mengekalkan kelembapan kulit muka yang seimbang.


2) Lepas tu, seminggu dalam dua kali, sapu muka dengan Purifying Neem Pack pula. Skincare yang ni mask muka la untuk exfoliate kulit anda dan seeloknya pakai selepas basuh muka dengan Purifying Neem Face. Biarkan sekejap kat muka, bagi zat-zat daripada herba Neem, Turmeric dan Fuller's Earth meresap dalam kulit.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Kelebihan yang ini pula herba-herbanya mengandungi anti keradangan di mana contoh kalau ada jerawat timbul, akan rasa sakit serta gatal, waktu itu anti keradangan ni berfungsi dan sekali gus dapata mengecutkan jerawat yang ada. Selain itu, Purifying Neem Pack ini membuatkan kulit muka kita bersih daripada segala kekotoran yang tersumbat yang boleh menggalakkan kenaikkan jerawat tak terkawal.


3) Setakat cuci muka tak mencukupi, kena pakai pelembap muka. Apa yang ena baca dulu, pelembap ni sebagai kunci kepada zat-zat daripada skincare tu yang dah meresap dalam kulit supaya tak pergi kemana-mana. Macam tu la. Oleh itu, setiap hari lepas cuci muka mesti kena pakai Nourishing Skin Cream yang bertindak sebagai pelembap muka.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Nourishing Skin Cream mengandungi herba Aloe Vera dan Winter Cherry yang berfungsi mengekalkan kelembapan yang seimbang pada kulit muka dalam masa yang lebih lama. Strukturnya pun ringan dan tak berminyak pun, apply kat muka sekejap je dah meresap dalam kulit. Ena sendiri merasainya setiap kali letak krim pelempan ini di muka ena.


4) Kalau ada naik jerawat atau kulit jenis jerawat aktif, anda sapu Himalaya Acne & Pimples Cream di kawasan yang berjerawat tu.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Apa yang best krim ni boleh mengurangkan keaktifan jerawat untuk tumbuh di mana kandungan krim ini terdiri daripada herba Barbados Aloe, Silk Cotton Tree dan Five-leaved Chaste Tree. Semua herba ini berfungsi sebagai antibakteria, antifungal dan antiviral. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak yang sangat banyak, sangat sesuai untuk pakai krim ini sebagai perlindungan kulit tu daripada jangkitan kuman dan keradangan.


5) Bukan kulit muka sahaja perlu dijaga untuk bertambah cantik, kesihatan bibir pun kena diambil perhatian juga. Anda boleh pakai Himalaya Lip Balm mengikut masa dan keadaan yang sesuai.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Kelebihan yang ada pasa Himalaya Lip Balm ni adalah diformulasikan dengan herba Wheatgerm oil dan Carrot Seed oil yang berfungsi mengelakan bibir menjadi kering dan merekah. Sakit hoi kalau bibir merekah ni. Paling ena tak suka, nak makan benda pedas or panas tak boleh


6) Haaaa, bila dah jaga betul-betul luaran kulit, jangan lupa jaga juga kesihatan dalaman badan pula. Amalkan supplement Himalaya Skin Wellness satu capsule untuk dua kali sehari. Maksudnya waktu pagi ambil sekali dan waktu malam makan satu.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

Supplement ini sangat bagus ya sebab boleh membantu healing process dan masalah kulit seperti masalah jerawat, ring worms, dandruff, ekzema dan bisul. Hal ini kerana supplement ini mengandungi daun semambu atau nama lainnya Neem Leaf yang bertindak sebagai antibakteria, antifungal dan meransangkan tubuh badan yang sihat.


DETAILS HIMALAYA

Haaaa itulah antara petua bertambah cantik berseri bersama Himalaya Neem Range Set. Ena sudah amalkan setiap hari untuk dua minggu ni, Alhamdulillah tiada efek yang negatif malah ena rasa kulit muka ena lebih bersih dan terjaga.

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lagi mengenai produk Himalaya yang lain, anda boleh kunjungi cawangan kedai Himalaya yang ada di Malaysia, atau anda boleh usya laman sesawang rasmi mereka.

HIMALAYA NEEM RANGE - Hak Milik Ina Ainaa

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

WEBSITE:

You May Also Like

2 Comments