MENARIK! MAKAN MALAM BERBUMBUNGKAN LANGIT DI ATSKY KOTA DAMANSARA

by - Monday, August 17, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena sejenis suka makan kat kawasan yang terbuka tau sebab itu ena suka makan kat SINI. Baru-baru ini ena dan Yazid berpeluang memburu makanan di restoran yang boleh lepak makan di atas bumbung iaitu Atsky Kota Damansara. Fuh! Fuhhh! Bukan kaleng-kaleng makan malam kali ni. Yusuf pun berpeluang ikut sekali, cuma dia makan makanan dia jela.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

Dari rumah ena ke Atsky Kota Damansara mengambil masa dalam 30 minit sahaja untuk sampai kalau jalan tak sesak.  Bagi ena tak adalah jauh mana laaa. Kalau nak naik public transport tu ena tak buat survey pula. Maaf ya! Okay, apa yang buat ena tertarik untuk memburu makanan di restoran ini adalah pertamanya suasana laaa dan selain itu, makanan di Atsky ni mengikut apa yang ena baca setaraf 5 bintang tapi harga setanding dengan mamak. Haaaaa! Tak ke menarik tu sebab tu ena nak kongsikan dengan anda juga tentang restoran ini kat blog makanan ena ni. Ayuh, teruskan membaca! Jangan skippp.


ATSKY DINE CHILL EVENT KOTA DAMANSARA

Restoran ini direka khas untuk memberi keselesaan pada para yang datang dan yang pasti sangat sesuai untuk diadakan majlis seperti majlis Hari Jadi ke, majlis Perpisahan ke, majlis Bride-to-be ke dan macam-macam lagi. Nak buat majlis kahwin kat atas ni pun boleh. Tarak masalahhhh. Anda boleh deal dengan pihak yang menguruskan di AtSky Kota Damansara ini sahaja. Jangan risau, walaupun keadaan kedai nampak macam high class tetapi harga makanan tak adalah mahal mana pun. Itulah aim dan goal sebenar oleh pengarah urusan AtSky, En.Ali Ikhwan.

Haaa, anda jangan risau sebab owner tempat ni beragama Islam, chef-chef yang masak makanan merupakan chef dari hotel-hotel terkemuka dan semua makanan serta minuman yang disediakan adalah halal serta kebersihan sangat mereka jaga ya. Ena sendiri tengok depan mata ena keadaan kedai makan ni, dah mula terbayang nak buat majlis macam-macam kat sini. Ahaks.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
AtSky Dine Chill Event
A-3A-08, Roof Garden, Dataran Cascades,
Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Malaysia
(Landmark: Bersebelahan Giant Kota Damansara)
(Waze: AtSky Kota Damansara)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 8am - 12am
Hari: Isnin - Ahad 


Sekiranya anda teringin nak makan daging Wagyu tapi tak mampu lagi untuk makan daging tersebut, haaaa... jemputlaaahhhh datang ke AtSky ni dan pekena YOUYU Beef Steak di mana rasa daging ni setanding dengan daging Wagyu dan harganya lebih-lebih murah berbanding Wagyu. Untuk pengetahuan anda juga, Youyu Beef Steak ini salah satu menu signature AtSky Dine Chill Event. Ena nanti nak mai sini lagi, nak pekena menu ni. Teringinnnnn!

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

MENU PILIHAN ENA

Okay mari ena tunjuk menu-menu yang ena  dan Yazid berjaya cuba try test di AtSky Dine Chill Event. Tapi ada menu yang kawan blogger ena punya tau, ena hanya snapkan sahaja. Alang-alang tu selitlaa sekali kat sini. Dan anda juga boleh pilih menu-menu ni juga nanti.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Lamb Chop AtSky Dine Chill Event

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
AtSky Kung Pow Chicken With Rice 

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Tenderloin Slice Steak AtSky Dine Chill Event. Ini Yazid punya pilihan menu.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Buttermilk Beef With Rice AtSky Dine Chill Event. Yang ini pilihan ena. Ena dengan buttermilk ni tak boleh dipisahkan. Tapi kali ini ena pilih beef. Fuhhh! Paduuuu

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Fisher Finger untuk Yusuf. Tapi mommy dengan daddy dia perabiskan sambil dengar abang buskers nyanyi. Ahaks.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Chicken Wings Spice snack menu yang ena pilih ketika di AtSky Dine Chill Event

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa
Ini pula minuman Yazid dan ena, Strawberry Daiguri dan Oreo Smoothies


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Makaihhh, nampak gahhh tempat ni. Tempat makan bahagian dalamannya memang cantik, ena pula segan nak masuk sebab gah sangat. Sedar diri kita yang picisan ni. Ahaks. Okay di sini anda boleh pilih sama ada nak makan meja indoor atau outdoor. Yang pasti, ramai yang akan memilih outdoor sebab bila makan berbumbungkan langit ni rasa lebih nikmat, bebas dan luas mata pemandangan. Terutama pada waktu malam. Ena memang suka makan kat outdoor la, dah la atas bumbung pula tu.

Keadaan tempat AtSky ini luas dan besar, yang pasti bersih dan selesa. Ena kalau pergi foodhunting, takkan tengok part lain dah, kebersihan tempat makan tu pasti ena utamakan. Makanan sedap macam mana pun, tempat kotor dan menjijikan, memang fail bagi ena.



ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa


SERVIS: Di bahagian outdoor AtSky Dine Chill Event ni, anda boleh sambil makan smabil menjamu halwa telinga nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends pada waktu malam setiap hari. Sedap-sedap juga suara dorang dan music pun sedap dengar dan tidak menggangu ketenteraman jiwa ketika makan.

Selain itu, ada satu bahagian ni anda boleh berkaroke secara percuma dan ikutlah nak lama mana. Anda pilih lagu sendiri dan nyanyilah ikut keselesaan sendiri. Jangan risau, suara anda tak akan mengganggu suara daripada kumpulan buskers tadi sebab tempatnya asing dan jauh sedikit.

Okay, seperti yang ena sudah katakan di atas, tempat makan ini sangat sesuai ya untuk diadakan majlis-majlis keraian. Apa sahaja majlis dan anda perlu berurusan dengan pihak AtSky.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Okay kat sini bab parking, anda tak perlu risau, ada parking berbayar kat bawah. Lepas tu, di AtSky Dine Chill Event ni sudah disediakan kemudahan ruang untuk merokok, surau dan tandas yang selesa untuk para yang hadir.

MAKANAN: Menu yang mana ena dah rasa semua shooo shedappppp! Patutlah orang cakap makanan 5 bintang tapi harga macam mamak. Yang Tenderloin Slice Steak menu Yazid tu, fuhhhh, daging dia lembut je dan jenis tak melekat kat gigi. Lepas tu, kentang putar setiap menunya tak kedekut langsung. Banyak sangat, puas makan. InshaAllah memang ena akan repeat makan kat sini lagi.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Macam yang orang lain perkatakan, harga kat sini sangat berpatutan setanding dengan mamak gittew. Bagi ena pula, harga makanan kat sini boleh dimiliki, tak overprice dan berbaloi dengan rasa makanannya yang sedap. Thorbaekkk sangat-sangat!


DETAILS ATSKY DINE CHILL EVENT

Ena sangat-sangat recommend tempat makan ini sebagai tempat untuk buat sebarang majlis keraian. Tempat yang cantik dan makanan pun sangat memuaskan hati. Untuk ketahui info lebih lagi, anda boleh usya ke laman social rasmi AtSky Dine Chill Event ya.

Itu sahaja perkongsian memburu ena kali ini, jangan lupa share dengan keluarga dan rakan-rakan anda ya. Terima kasih.

ATSKY DINE CHILL EVENT - Hak Milik Ina Ainaa



You May Also Like

11 Comments

  1. Wow, lain maciammmm dia punya selera... Atas langit perginya 😜

    ReplyDelete
  2. mcm best je. boleh pergi ni

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaa tempatnyaa... tak boleh tahan nengok menu daging tu semua..wowww gilerrr

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap semua makanan tu. Kalau tempat gah gini, harga berpatutan and makanan pon sedap memang berbaloi baloi laaaaa kalau nk gi. Orang ckp worth it gituuu. suka suka. alamak rasa cam lapar lak :P

    ReplyDelete
  6. menu nampak sedap Ena, lokasi pun menarik atas bangunan ye :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu tempat pun nampak mewah...

    ReplyDelete
  8. lawa tengok tempatnya..ada rezeki nanti nak cubalah juga nikmati menu kat sini

    ReplyDelete
  9. Nyummy! Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. Perrhhh!! Tak tahan acu tengok gambar2 makanan tu.. Sedapnya nampakk...

    ReplyDelete
  11. Best pergi tempat ni memang menarik pemandangan malam dan juga makan sangat sedap tapi tu lah ramai orang takut lak penjarakan fizikal hehehehe...

    ReplyDelete