MEMUASKAN! FROZEN TAUHU BEGEDIL RAINTOWN TAIPING

by - Saturday, July 25, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Tauhu adalah salah satu makanan kegemeran ena, tauhu begedil lagi lagi lagi laaaa makanan kesukaan ena. Pantang jumpa, mesti tekak terus rasa nak makan. Baru-baru ni, ena pekena Tauhu Begedil Raintown tapi yang frozen la. Ena sekarang lebih suka beli yang frozen, bila-bila nak makan boleh masak je dan boleh makan panas-panas. Sedapnyaaa. Tengah taip bebelan ena ni terus perut berkeroncong. Aduduuuuu!


TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa

Haaaa, cuba anda jawab tempat mana yang terkenal dengan Bandar Hujan? Yaaa betul, Taipinggg! Oleh itu, frozen tauhu begedil Raintown ni mai jauh dari Taiping dan yang membuat tauhu begedil ni adalah kawan ena sendiri yang berasal dari sana. Sebenarnya, dia lebih tumpu pada pembelian di sekitar Taiping dan bandar-bandar yang berdekatan dengan Taiping seperti Ipoh dan Kuala Kangsar. Ke Pulau Pinang pun boleh tapi kena bayar penghantaran la ya. Namun, sekarang dia tengah cuba kembangkan sayapnya luar dari kawasan Taiping, inshaAllah one fine day.

Macam mana tauhu begedil Raintown ni boleh ada dengan ena sedangkan ena tinggal di Kuala Lumpur?? Haaa! Sebab kawan ena ni gigih jumpa ena kat sini dan serahkan frozen tauhu begedil Raintown yang ena dah idam lama dah. Alhamdulillahhhh, rezeki ena dan anak-anak lemak ena. Ehhh. Ahaks. Terima kasih owner tauhu begedil Raintown!


CARA NAK MASAK FROZEN TAUHU BEGEDIL RAINTOWN

Ena selama ini kalau goreng tauhu begedil akan salut dengan telur tau. Tapi kali ini ena terus masak tanpa salut telur. Ehhh lagi sedappppp rupanyaaa! Luaran dia jadi lebih rangup. I loikeee. Okay, mari ena kongsikan cara-cara ena goreng tauhu begedil Raintown ni. Mudah dan pantas.

TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa

1) Panaskan minyak dalam kuali, ena letak minyak tu agak-agak tauhu begedil boleh tenggelam separuh.
2) Keluarkan frozen tauhu Raintown. Takpayah defrost.
3) Masukkan terus dalam kuali, api sedang-sedang sahaja supaya inti kat dalam lebih masak dan panas.
4) Agak-agak dalam 5-10 minit angkat. Dan hidang bersama sambal kicapnya. 
5) Oh ya, sambal kicap tu anda panaskan dalam microwave kalau ada. Kalau tak ada, panaskan dalam kuali pun boleh.


FEEDBACK DARIPADA ENA

TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa


MAKANAN: Sumpah sedap! Anda yang tinggal di Taiping atau berdekatan dengan bandar Taiping patut serta wajib beli! Inti tauhu begedilnya bila kau gigit akan rasa kentang dan rasa isi ayam sekali. Tak kedekut langsung. Rasa lada hitam dalam kentang tu cukup ngam membuatkan ena tak rasa muak. Semua cukup sifat dan rasa tak boring.

Sambal kicapnya lagi laaa sedap, cukup pedas, cukup rasa bawangnya, cukup rasa lemak semua. Rasa kicap cukup sebati dengan cili, bawang tu semua. Ehhh Sedappppp laaaa!

TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa

TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bagi ena sangat berbaloi sebab dapat kualiti dan kuantiti yang memuaskan hati. Nanti ena nak order lagi tapi tunggu ena ke Taiping atau kawan ena ni datang KL. Hehehehe.

Harga Tauhu Begedil Raintown
Frozen: RM1 / sebiji
Dah Masak: RM5 / pack (6 biji)
(P/S: Harga tak termasuk delivery ya)


DETAILS FROZEN TAUHU BEGEDIL RAINTOWN

Wahai warga Taiping atau yang berdekatan dengan sana, ena recommended sangat untuk cuba try test keenakan Tauhu Begedil Raintown ni. Serius puas hati. Haaaaa! Nak order? Okay, anda boleh rujuk pada informasi di bawah ini ya.

TAUHU BEGEDIL RAINTOWN - Hak Milik Ina Ainaa


CONTACT NUMBER:

INSTAGRAM:

INSTAGRAM OWNER:


You May Also Like

1 Comments

  1. Wahhh bestnya ada frozen, anytime boleh makan kalau nak.

    ReplyDelete