KENYANG DAN ENAK NASI KANDAR MARRYBROWN

by - Monday, July 20, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Sejujurnya, ena bukan seorang yang penggemar kari tetapi nasi kandar ena suka, kalauuu ye kalauuu kuah karinya ngam dengan tekak ena. Kuah kari sedap, ngam dan padu, ena akan order kuah banjir terus. Kebetulan baru-baru ni Marrybrown munculkan semula menu Nasi Kandarnya, eh eh terus ena kata kat Yazid yang kita ni patut cuba try test.


NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa

Sabtu lepas, ena berada di IOI Mall Putrajaya atas urusan tersendiri dan nak shopping barang Yusuf (My beloved son), sekali gus ena singgah Marrybrown kat sana untuk menikmati Nasi Kandar Marrybrown. Ada dua jenis set tau, satu ada seketul ayam goreng dan satu lagi ada yang dua ketul ayam goreng. Haaaa nak tahu set yang mana kami pilih, ayuhhh teruskan baca bebelan ena ni.


MENU PILIHAN ENA

Sudah tentu ena akan pilih yang set ada dua ketul ayam sebab ayam goreng Marrybrown tak pernah mengecewakan ena. Sedap dan rangup. Fuhhh! Yazid pun pilih set yang sama, oleh itu ena tunjuk yang set Nasi Kandar Marrybrown yang ada dua ketul ayam.

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa
Ena bersama set Nasi Kandar Marrybrown 2 Ketul Ayam dan air  Heaven and Earth Teh Ais Limau

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa
Inilah dia set Nasi Kandar Marrybrown 2 ketul Ayam Goreng Crispy

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa
Keenakan Nasi Kandar Marrybrown berganda-ganda bila adanya ayam goreng crispy ni. 

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa
Lagi puas hati bila makan Nasi Kandar Marrybrown ni ada bendi rebus, papadum, kuah banjir dan telur rebus sebiji


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Yazid cakap kuah kari Nasi Kandar Marrybrown lulus! Maksudnya kuah karinya memang sedap dan ngam dengan tekak dia. Oh ya, Yazid ni seorang hantu kari dan dia suka kari yang sedap-sedap je. Bila dia dah cakap lulus, memang sedap betul la tu. Bagi ena pun memang sedap,  pedasnya cukup rasa, karinya pun ngammm. Memang ngam dengan tekak ena. Next time, ena datang lagi ke mana-mana cawangan Marrybrown, ena nak minta kuah banjir. Boleh kot kan? Ahaks.

Lagipun, depan rumah ena ni ada Marrybrown tau, haaaa lagi senang la nak order Nasi Kandar Marrybrown lain kali. Takpun, ena terus order dengan Food Panda sahaja. Port kegemaran sebab mudah dan tak membuang masa ena. Selain Food Panda, anda juga boleh direct dengan delivery Marrybrown tau. Klik : http://mbdelivery.com.my untuk hubungi perkhidmatan delivery mereka.

Kat kaunter pun dah ada banner Nasi Kandar Marrybrown, memang tak boleh laaa tak cuba try test.

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa
Haaaa, jangan lupa jaga diri anda, pakai mask, jaga jarak, pakai hand sanitizer bila nak makan di mana-mana cawangan Marrybrown Malaysia ya. 

HARGA: Bagi ena set Nasi Kandar Marrybrown yang ada dua ketul ayam goreng rangup dan ada air Heaven and Earth Teh Ais Limau, cukup berbaloi sebab mengenyangkan. Untuk buat makan tengahari sangat sesuai, kenyang sampai ke malam. Kalau tak kenyang lagi, boleh add-on mana-mana menu Marrybrown yang lain. 

Anda boleh rujuk harga sebenar Nasi Kandar Marrybrown di bawah ini.

Banner ni ena ambil sendiri dari Facebook Official Marrybrown tau. Yaaa, diyakini HALAL itu yang kita mahukan.

DETAILS MARRYBROWN MALAYSIA

Haaaa, anda tunggu apa lagi? Jom serbu Marrybrown sekarang yang mana berhampiran dengan anda. Dan jangan lupa untuk pekena Set Nasi Kandar Marrybrown yang ena kongsikan kat atas ni sebab menu ni kini kembali pada 16/7/2020, Khamis tempoh hari. Fuhh! Recommended sangat. Harga pun sangat berpatutan bagi diri ena. Puas hati yang paling utama.

Anda boleh sahaja rujuk pada link dibawah ini sekiranya ingin ketahui lebih lanjut mengenai Nasi Kandar Marrybrown. Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

NASI KANDAR MARRYBROWN- Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

YOUTUBE:


You May Also Like

3 Comments

  1. Whoaaa..x pernah try..nanti bebila nak singgah gal la try... Semalam lalu je..takde Rasa nak try..dah baca ni....mcm nak merasa gakla nnti..hehee

    ReplyDelete
  2. Tak boleh tahan betul nengok oii..esok nak kena cuba ni..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete