SUASANA YANG MENYERONOKKAN DI KL BIRD PARK

by - Wednesday, July 22, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Makanan adalah kegemaran ena, tengok flora dan fauna pun kegemaran ena juga. Yazid pun dah memahami sifat ena ni bagaimana sebab itu baru-baru ini dia ajak ena pergi ke KL Bird Park yang tak berapa jauh daripada rumah ena.


KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa


Fuhh! Memang ena suka tak terkiralaaaahhh. Kononnya, Yazid nak bagi pendedahan awal pada Yusuf tentang kehidupan burung ni. Sekali mommy kepada Yusuf yang over excited. Ahaks. Oh ya, ini juga merupakan pertama kali ena jejak kaki kat KL Bird Park dan ena tak tahu suasana KL Bird Park ni menyeronokkan tau. Yess, tak rugi pun pergi. Haaaa, nak tahu apa yang bestnya, mari ena kongsikan dengan anda gambar kenangan kami di sana. Anda boleh tengok dan judge sendiri. Apapun, terima kasih suami tercinta sebab bawa ena ke tempat kegemaran ena. 


SUASANA KL BIRD PARK MALAYSIA

Sejujur ena cakap, dulu ena tak nak mari sebab ingat tak best KL Bird Park ni. Ena jenis tak gemar sangat tengok haiwan dari jauh, haiwan yang hanya duduk dalam sangkar. Sekali dah pergi, wow, siap boleh main kejar-kejar dengan pelbagai jenis burung kat dalam KL Bird Park Malaysia. Memang jauh dari apa yang ena sangkakan dan bayangkan. Yeahhh! Yazid bawa ena pada tempat yang sebetulnya.

Tak percaya? Haaaa tengok la gambar-gambar ena kat bawah ni. Biar gambar kenangan ena ni jadi bukti dan membuat anda tertarik untuk datang ke sana juga.

Amaran Keras: Minta kepada semua yang datang ke KL Bird Park Malaysia, sila jaga diri anda. Jaga jarak, jangan lupa pakai mask dan standby hand sanitizer dalam beg masing-masing ya. Mari sama-sama hapuskan Covid-19 di negara kita.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

ALAMAT:
KL Bird Park,
920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens,
50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
(Waze: KL Bird Park)

WAKTU OPERASI:
Hari: Buka Setiap Hari
Waktu: 9am - 6pm


Ena datang ke KL Bird Park pada hari Sabtu tapi nak tengahari baru sampai. Yela, ada anak kecil ni macam-macam nak diuruskan dulu, terpaksa keluar lambat. Seeloknya datang waktu pagi, baru best dan tak panas sangat. Takpun datang waktu weekdays sebab tak ramai sangat orang. Ena datang waktu weekends dan tengahari pula tu, apalagi kami terpaksa parking jauh la sebab orang sudah mula berpusu-pusu datang ke sana.

Tambahan pula sekarang ni tengah ada promosi harga sehingga 31/7/2019, apa lagi mereka ambil peluang keemasan ini untuk luangkan masa bersama keluarga di KL Bird Park. Haaa, nanti ena selitkan harga promosi tiket untuk dewasa dan kanak-kanak di bawah ini.

Di ruang hadapan KL Bird Park ini, seperti biasa ada gerai jual makanan, ada kaunter untuk beli tiket dan yang pasti sebelum nak masuk ke dalam tempat ini setiap orang wajib diperiksa suhu dan sign in nama terlebih dahulu. New Norms kannn, oleh itu kena bersabar beratur dan menunggu giliran diri sampai. Ena sampai-sampai terus beli air kosong sebab terlupa nak bawa air, standby untuk masuk ke dalam. Ena nak nasihatkan bawa botol air siap-siap, cuma jangan bawa makanan dari luar la. Tak pun makan siap-siap kat luar, baru masuk ke dalam.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa


Hal ini kerana kawasan KL Bird Park ni boleh tahan luas dan besar. Terdapat 4 zon di dalamnya dan setiap satu zon tu memang besar bagi ena. Kalau tak makan siap-siap sebelum datang, boleh melepek keletihan. Bila perut dah lapar, mood nak enjoy tengok burung-burung kat sana pun terbang sekali bersama-sama burung kat situ. Tu yang tak syok tu.


ZON 1 & ZON 2 KL BIRD PARK 

Mula-mula kami ke Zon 1 dan Zon 2 sebab dua-dua Zon ni dekat antara satu sama lain. Sepanjang kami berjalan dalam Zon ni, kami dikelilingi oleh pelbagai jenis burung yang tak takut dengan manusia tetapi tidak suka dipegang. Kalau nak bergambar, jaga jarak kata burung-burung kat situ. Sebab itu ena bergambar nampak macam jauh sikit, tak mahu mereka lari punya pasal.

Ishhh, memang syokkkk sangat. Kalau Yusuf dah boleh jalan mesti dia kejar semua burung-burng yang ada kat situ. Betul-betul dekat dengan kita, mereka lalu sebelah kaki je. Tak berbahaya jangan risau. Burung yang special sikit mereka akan kurung, kita mampu tengok daripada luar sahaja seperti helang dan burung hantu.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa


Di Zon ini juga ena lalui macam sungai dan jambatan yang menghubungi antara Zon 1 dan Zon 2. Di sungai ni memang banyak burung Flamingo, Merak dan Scarlet Ibis. Ada burung-burung yang lain, maaf laaa ena dah tak ingat nama. Haaaa, anda jangan risau pihak KL Bird Park akan letak info-info  semua jenis burung yang ada di sana.. Sambil melihat keindahan kejadian Allah, sambil tu anda boleh menimba ilmu dan mengenali jenis-jenis burung yang wujud di muka bumi ni.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa


ZON 3 & ZON 4 KL BIRD PARK 

Okay untuk ke Zon 3 dan Zon 4, ena kena patah balik ke kawasan pintu masuk dimana penanda aras nya adalah kedai jual makanan dan minuman yang mula-mula ena jumpa serta sebelah kedai tu ada kemudahan tandas dan surau.

Zon 3 dan Zon 4 ni banyaknya burung-burung berada di dalam sangkar sebab semua burung tu unik, cantik, mungkin takut dicederakan oleh kita dan mungkin juga boleh mencederakan para tetamu yang datang. Dan kalau anda dah terasa nak makan, anda boleh singgah ke Hornbill Restaurant & Cafe. Ena tak berpeluang untuk berfoodhunting lagi di situ, inshaAllah one fine day ya.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa


Dalam zon ini juga ada tempat untuk lihat KL Bird Park Bird Show yang diadakan oleh pihak mereka sendiri. Bird Show ni akan diadakan pada pukul 12.30pm dan 3.30pm setiap hari dan anda jangan lepaskan peluang ni. Memang best! Ena sendiri sanggup bersabar untuk tunggu sampai 3.30pm semata-mata untuk tengok Bird Show ni, tak rugi pun.

Anda juga boleh bagi burung makan di zon ini cuma dinasihatkan untuk datang pada waktu pagi sebab waktu tu burung-burung yang hendak diberi makan tu tengah kelaparan. Waktu ena pergi, penjaga tempat tu siap letak kat luar makanan yang macam air susu tu, seekor pun tak ada yang datang. Tak ada rezeki ena nak menikmati bagi makan pada mereka.


KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

Kawasan KL Bird Park ini memang sangat besar dan puas hatilaa pergi. Oleh itu, ena sarankan kalau ada anak kecil bawa stroller sebab mereka boleh rehat, tidur dan kita ni pun tak penat nak handle mereka. Diri kita pula pakai la pakaian yang selesa, mudah untuk bergerak dan tidak panas. Pakai kasut sport, jangan pakai kasut tumit tinggi. Fuhhh mahu tertanggal kaki tu nanti, silap-silap pusing sekerat jalan jaa.

Okay, sebelum keluar dari kawasan KL Bird Park ni, singgahlah di kedai Cenderamata mereka. Ena beli satu Magnet Fridge sebagai tanda yang ena dah pergi ke situ. Ena suka kumpul Magnet Fridge, so beli itu sahaja.


HARGA TIKET KL BIRD PARK

Haaa, mana yang mencari harga promosi KL Bird Park tu boleh rujuk kat bawah ni dan boleh plan dengan family anda lepas ni. Mana yang tak dapat nak jalan jauh keluar daripada Kuala Lumpur ni, jangan risau KL Bird Park ada.

HARGA PROMOSI:
Dewasa (MyKad): RM16 (RM25 harga sebenar)
Senior Citizen (MyKad): RM6
Kanak-Kanak (MyKid): RM6 (Umur 3 Tahun kebawah PERCUMA)


VALID: 
Sampai 31/7/2020


DETAILS KL BIRD PARK MALAYSIA

Ena memang sarankan anda untuk datang kemari demi merawat mata, jiwa dan mental. Lihat ciptaan Allah yang indah ini. Untuk keterangan lebih lanjut, anda dialu-alukan untuk terus ke laman web rasmi mereka. Ini hanya segelintir daripada pengalaman ena, mungkin ada yang ena terlepas pandang atau terlupa nak dikongsikan di sini.

KL BIRD PARK - Hak Milik Ina Ainaa

Itu sahaja perkongsia daripada ena, terima kasih. Jangan lupa kongsikan tempat ini dengan mereka yang anda sayang ya.



WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



You May Also Like

3 Comments

  1. Tak pernah sampai lagi sini walaupun duduk selangor je pun. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Waaa best ni Enaa..kalau bawa anak kecik gitu lagi best seronok...Sis suka ke tempat gitu tapi anak dah besar ni, takde sapa nak melayan...ermmm

    ReplyDelete
  3. Anonymous23.7.20

    Woww tak sangka tempat macam ni wujud kat KL. Nak ajak family la nanti

    ReplyDelete