RESEPI MEGI GORENG BROKOLI YANG OHSEM

by - Friday, March 27, 2020

RESEPI MEGI GORENG BROKOLI YANG OHSEM | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena duduk rumah, memang mood nak memasak tu mai cuma lebih berminat untuk masak yang mudah-mudah. Antaranya seperti megi goreng brokoli ni la.


RESEPI MEGI GORENG BROKOLI - Hak Milik Ina Ainaa

Resepi megi goreng brokoli yang ohsem oleh ena ni tidak adalah ohsem mana sebab senang nak buatnya tapi yang pasti rasanya memang sedap. Layan waktu malam sambil tengok movie memang ngam sangat. Sama sahaja macam hendak buat megi goreng biasa tu cuma ena letak brokoli la bagi menggantikan sayur sawi sebab ena ni jenis suka sangat makan brokoli. Okay, resepi yang ena bakal bagi ni hanya untuk seorang atau dua orang makan je tau. Untuk masak sekeluarga kena gandakan lagi la kuantiti tu.


BAHAN-BAHAN


1 Bungkus Megi Kari

5 Biji Bawang Merah yang kecil (Terpulang nak letak banyak mana, ikut saiz dan kegemaran sendiri)

3 Biji Bawang Putih

1 Sosej Ayam / Daging

1 Biji Telur Ayam

1 Sudu Cili Kisar

1 Sudu Kecil Gula

Brokoli (Ikutlah nak letak banyak mana, ena suka banyak sebab sejenis suka makan brokoli)

Daging / Ayam Potong Dadu (Ikut kuantiti yang anda suka)

Kicap (Ena guna kicap jenama Knife)


CARA-CARA

1) Celur mee maggi sampai kembang. Toskan dan letak ditepi.

2) Panaskan minyak dan minyak jangan terlampau banyak. Agak-agak boleh nak masak kuantiti ayam / daging dan sosej yang anda hendak letak.

3) Agak-agak ayam / daging dan sosej dah nak dekat masak, masukkan brokoli. Hal ini sebab nak bagi brokoli lebih masak dan lebih lembut. Kalau sayur daun biasa, letak diakhir masakkan selalunya.

4) Baru masuk bawang merah yang kecil dan bawang putih yang sudah dihiris halus. Masak sampai dah agak-agak naik bau bawang tu semua.

5) Bagi ruang sedikit di kuali untuk masukkan telur dan kacau sampai jadi ketulan kecil. Bukan gaulkan sekali semua bahan tadi tau, hanya kacau telur tersebut sahaja. Bila telur dah masak sepenuhnya, baru boleh gaul.

6) Masukkan cili kisar, gula dan serbuk kari Maggi. Gaul sekali dengan ayam / daging, sosej, telur dan brokoli tadi dan biarkan semua tu masak. Kalau rasa kering sangat, tuang air suam sedikit.

7) Baru masukkan mee Maggi yang sudah kembang tadi dan gaul sampai sebati.

8) Letak sedikit kicap dan gaul lagi. Anda rasa sedikit, mana rasa kurang boleh tambah lagi.

9) Ena tak letak garam sebab serbuk kari Maggi dah masin dah. Siapppp!











You May Also Like

0 Comments