RESEPI DALGONA COFFEE YANG MUDAH DAN SEDAP

by - Thursday, March 26, 2020

RESEPI DALGONA COFFEE YANG MUDAH DAN SEDAP Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Ena selalu kongsikan kisah buruan ena, kali ini nak bebel mengenai resepi makanan atau minuman pula. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilajutkan sampai 14/4/2020, ayuh kita asah skill memasak kita. Buat yang simple-simple pun dah memadai tapi jangan lupa bersenam juga tau. 

RESEPI DALGONA COFFEE - Hak Milik Ina Ainaa

Anda pernah dengan dalgona coffee tak? Alaaa minuman yang tengah viral tu. Sedap juga sebenarnya kalau kena dengan sukatannya. Ena pun dah banyak kali cuba try test dan ada yang ena guna serbuk nescafe, ada yang ena guna nescafe 3 in 1 dan ada yang ena ubah sukatannya. Semua menjadi dan nak tahu resepi dalgona coffee ena, mari ena bagi resepinya. Mudah sahaja.


BAHAN-BAHAN


2 atau 3 sudu kecil serbuk nescafe (Terpulang nak guna jenama dan jenis apa)

4 sudu kecil gula perang (Boleh je guna gula biasa tu, tapi lebih sedap gula perang)

4 sudu kecil air panas

Susu segar (Ena guna susu segar Yarra Full Cream Farm Fresh)

Ice cube



CARA-CARA

1) Letak semua bahan serbuk nescafe, gula dan air panas mengikut sukatan yang ena bagi tadi. Dan cara ena akan letak air panas pada akhir sekali untuk bagi gula mudah cair. 

2) Gaul semua bahan menggunakan mixer / pemukul telur / garfu . Kalau guna pemukul telur / garfu, gaul macam nak pukul telur untuk goreng telur dadar tu. Gaul sehingga nampak gebu dan fluffy. Agak-agak macam dah sebati, boleh berhenti. Warna pun akan berubah dari hitam chocolate ke warna nescafe sebenar.

3) Ambil cawan, letak ice cube dan tuang susu segar 3/4 cawan yang anda pilih. Nak pekat guna cawan kecil je, tapi ena tak mahu pekat sangat, oleh itu guna cawan besar. 

4) Tuang dalgona coffee tu kat atas susu segar tadi. Kalau tak mendap terus sebati dengan susu macam dalam gambar ena di atas, bermakna dalgona coffee anda menjadi. Yeayyy!



Itu sahaja resepinya. Mudahkannn, semua bahan senang untuk didapati. Tak sampai 15 minit, dah siap. Okay, selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Stay At Home, Jangan degil-degil dan banyakkan minum air kosong. Dalgona Coffee ni seminggu sekali dua je boleh ya. Ahaks.


You May Also Like

0 Comments