TAHNIAH!! GRAND OPENING OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE DI 1 UTAMA SHOPPING CENTRE

by - Thursday, March 12, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini penggemar coffee? Orang putih kata 'Coffee Lover' gittew. Kita geng cuma ena tidak boleh minum dalam kadar yang banyak sekarang sebab breastfeed. 


OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa

Punya la suka dengan coffee, sanggup ena ke 1 Utama Shopping Centre untuk ke Grand Opening Oldmaster New-Nanyang Coffee untuk cuba try test sendiri coffeenya. Sebelum ini ena pernah dengar brand coffee ni tapi outletnya jauh pula dari tempat tinggal ena. Sekarang dah ada outletnya di 1 Utama Shopping Centre, berdesup la ena pergi bersama dengan partner foodhunting ena. Okay, jom ena kongsikan serba sedikit mengenai Oldmaster New-Nanyang Coffee di bawah ini.


OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE


OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa

Oldmaster diterjemah daripada dialek Malaysia Minnan iaitu Lao Tao Qiu yang membawa maksud Professional Master dalam industri. Mr.Ng Ho Heap merupakan founder kepada Chuan Heong Coffee Mill yang telah memanggang Nanyang Coffee Bean sejak 1959. Dengan itu, Mr.Ng diiktiraf sebagai salah seorang coffee roasting master yang tertua dan paling berpengalaman di Malaysia. 


OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa

Pada tahun 2019, beliau bersama dengan anak beliau, Steve Ng telah melancarkan nama terbaru jenama coffeenya iaitu OldMaster New-Nanyang Coffee. Pada asalnya, bisnes coffee mereka sudah popular di sekitar Taiping dan Pulau Pinang. Pada 28/2/2020, OldMaster New-Nanyang Coffee telah mengembangkan sayapnya dengan membuat pembukaan outlet terbaru di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya dan bakal berkembang di tempat lain juga pada suatu hari nanti. Berikut adalah lokasi outletnya di pusat membeli-belah tersebut.



OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa


ALAMAT:
OldMaster New-Nanyang Coffee
SK107, 2nd Floor,
Centre Court (Old Wing),
1 Utama Shopping Centre
(Waze: 1 Utama Shopping Centre)

WAKTU OPERASI: 
Waktu: 
10am - 10pm (Sunday-Thursday)
10am - 10.30pm (Friday & Saturday)



MENU YANG ENA CUBA

Coffee yang paling popular dan wajib anda cuba try test di OldMaster New-Nanyang Coffee adalah Cheese Horkasai dan Cheese Golden Coffee. Rasa bahagian cheesenya memang sedap sebab tidak berat, tidak muak mahupun tidak terlebih manis. Selain itu, ena juga suka dengan coffee specialnya iaitu Premium Gold Latte. Fuuuhhh memang terasa aroma coffee nya yang tidak terlampau muak dan ada rasa sedikit masin-masin. Ehhh, tak tahu la ena nak describe sedapnya bagaimana sebab coffeenya ada sedap yang tersendiri. Oleh itu, anda kena beli dan rasai sendiri.

Berikut adalah menu yang ena telah cuba try test sendiri ketika Grand Opening OldMaster New-Nanyang Coffee di 1 Utama Shopping Centre.

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Coffee dan Teh OldMaster New-Nanyang makan bersama Fruity Hiang Piah
OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Anda juga boleh pilih coffee panas di OldMaster New-Nanyang Coffee

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Cheese Golden Coffee, Cheese Milk Tea dan Cheese Coffee OldMaster New-Nanyang Coffee

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Signature Hokarsai OldMaster New-Nanyang Coffee. Hokarsai ni macam Neslo la campuran coffee dan cocoa, tapi lagi sedap dan padu.

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Limau Katsuri dan Nutmeg Sparkling Juice boleh didapati di OldMaster New-Nanyang Coffee 

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Kepelbagaian perisa inti Fruity Hiang Piah di OldMaster New-Nanyang Coffee. Antaranya adalah original, gula melaka, mango, bamboo charcoal durian, durian, jagung, nanas dan coffee

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
Semua sedap Fruity Hiang Piah. Kalau jenis suka manis kuih, mesti anda layan kuih ni. Ena pun baru pertama kali cuba try test kuih ni
OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa
OldMaster Set: Half Boiled Eggs makan dengan Steam / Toast Wholemeal Bread


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kedainya berada di tengah-tengah level 2 (Centre, Old Wing) shopping mall tersebut. Oleh itu senang anda nak jumpa sebab berhampiran dengan eskalator dan keadaan kedainya pun selesa untuk membeli. Tidaklah terlampau luas malah tidak terlampau kecil juga.

KEMUDAHAN: Outlet OldMaster New-Nanyang Coffee terletak betul-betuk dekat dengan toilet dan juga bilik untuk menyusukan anak. Oleh itu, memudahkan anda untuk pergi ke toilet atau ingin menggunakan bilik baby di situ. Selain itu, di outlet ini juga ada beberapa meja serta kerusi khas untuk kita minum dan makan di situ

OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa


MAKANAN: Semua coffee dan teh di OldMaster New-Nanyang Coffee sedap mengikut kesedapan perisa masing-masing. Tidak mengecewakan ena dan sudah tentu ena lebih tertarik dengan coffeenya sebab ada rasa tersendirinya.

HARGA: Harganya berbaloi dengan kuantiti dan kualiti minuman yang dipilih. 


DETAILS OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE

Sekiranya anda ingin cuba try test juga, mari-mari ke outlet OldMaster New-Nanyang Coffee di 1 Utama Shopping Centre. Sekiranya anda ingin ketahui info lebih lanjut, anda boleh terus ke Facebook dan Instagram rasmi mereka. Klik sahaja link di bawah ini ya.

Itu sahaja perkongsian daripada ena sebagai foodblogger, foodhunter dan juga coffee lover. Jangan lupa kongsikan bebelan ena kali ini dengan keluarga dan juga sahabat anda ya. Terima kasih dan selamat mencuba.


OLDMASTER NEW-NANYANG COFFEE- Hak Milik Ina Ainaa


FACEBOOK:

INSTAGRAM:



You May Also Like

0 Comments