MAKAN, LEPAK DAN SANTAI DI THE DOUGLAS STREET, TANJUNG MALIM

by - Wednesday, February 26, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa orang Tanjung Malim kat sini? Haaa geng dengan ena la sebab ena pun orang Tanjung Malim. Okay, dah lama ena tak share mengenai foodhunting ena di blog ini, kebanyakkannya ena upload gambar di Instagram Ena sahaja. 


THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa

Sudah lama ena tak berfoodhunting di kawasan rumah ena dan kali ini ena nak kongsikan sebuah kedai makan di Tanjung Malim iaitu The Douglas Street. Ena sebenarnya dah lama tak pusing-pusing kat Tanjung Malim ni, kebetulan masa tu ena nak ke klinik dan sekali gus terjumpa kedai makan yang boleh dikatakan baru di situ. Apa lagi, terus la pergi memburu makanan macam biasa.


THE DOUGLAS STREET, TANJUNG MALIM

Maaf, ena tidak tahu informasi yang lebih mengenai The Douglas Street Tanjung Malim ni tapi ena akan kongsikan apa yang ena nampak dan ena faham mengenai konsep kedai makan ini. Konsep kedai makan ini adalah lepak dan santai di mana anda boleh menikmati makanan Chinese Muslim Cuisine. Namun, ada juga makanan Western terdapat di The Douglas Street ini.


THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa

Ena datang ke situ pun bila tekak rasa nak makan makanan yang santai-santai sahaja. Okay sebelum ena share makanan yang ena dan partner memburu ena makan, ena nak kongsikan alamat dan waktu operasi kedai makan ini.


ALAMAT:
The Douglas Street,
No 61, Jalan Haji Mustafa Raja Kamala,
35900 Tanjung Malim, Perak
(Landmark: Sederet dengan Poliklinik Bakti Aminin)
(Waze: The Douglas Street Tg.Malim)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 11am - 11pm
Hari: Setiap Hari



MENU YANG ENA PILIH

Ena baru datang dua kali ke sini dan setiap kali pergi ena akan pilih menu berbeza sebab banyak sangat jenis makanan yang ada di jual di The Douglas Street, Tanjung Malim. Anda juga bole lihat menunya di SINI. Nanti datang lagi ena nak cuba try test makanan yang lebih berat. Okay, ayuh tengok menu yang menjadi pilih ena dan partner Foodhunting ena.

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa
The Douglas Street Seafood Fried Yee Mee

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa
The Douglas Street Yee Mee Sizzling

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa
The Douglas Street Air Kelapa Baldi

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa
The Douglas Street Tauhu Bakar

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa
The Douglas Street ice Cream Waffles


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Keadaan kedai The Douglas Street Tanjung Malim sangat luas, tersusun dan kemas. Mampu menampung customer yang ramai dan sekali gus memberi keselesaan buat si pemakan. Kedainya tidak tertutup, ada atap sebab mereka menekankan konsep lepak dan santai. 

SERVIS: Di sini, anda boleh jadikan tempat untuk sambut hari jadi orang yang anda sayang. Pelayan di kedai ini pun sangat pantas bekerja dan sedia membantu anda sekiranya anda pertama kali datang ke The Douglas Street Tanjung Malim.


THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa


KEMUDAHAN: Ena suka kat kedai ini sebab ada disediakan tandas dan juga surau yang berasingan mengikut jantina. Senang sekiranya anda tidak sempat untuk solat dirumah, anda boleh solat di sini sahaja. Mengenai parking, anda kena cari sendiri la. Kalau bernasib baik, anda dapat la parking kereta betul-betul di hadapan pintu masuk The Douglas Street Tanjung Malim.

MAKANAN: Makanan yang ena sudah rasa setakat ini not bad. Ada yang sedap dan ada yang boleh diterima oleh tekak ena. Senang cerita semua yang ena telah order boleh layan santai-santai. Nanti ena nak cuba try test makanan yang berat-berat pula kat The Douglas Street Tanjung Malim

THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Keseluruhan harga tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Mampu dimiliki gittew. Hiks. Anda kena datang ke The Douglas Street ini sendiri untuk lihat harga makanan yang ada. Di pintu masuk pun mereka dah letak buku menu, oleh itu anda boleh buat pilihan sendiri untuk masuk ke dalam atau tidak.


DETAILS THE DOUGLAS STREET TANJUNG MALIM

Haaa, apa machiammm? Kalau anda ada di sekitar Tanjung Malim, boleh ke The Douglas Street untuk menikmati makanan serta minuman di sana. Itu sahaja perkongsian ena mengenai kisah memburu makanan kali ini, jangan lupa untuk kongsikan blog ena ini dengan keluarga dan rakan anda ya. Terima kasih dan selamat mencuba.


FACEBOOK:

WHATSAPP:

EMAIL:


You May Also Like

1 Comments