PUAS HATI MARRYBROWN FORTUNE BURGER SEMPENA TAHUN BARU CINA

by - Friday, January 24, 2020

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera peminat setia blog Ina Ainaa. Siapa kat sini suka makan di Marrybrown?? Best kannnn. Ena pun suka makan kat situ sebab selalu je ada menu baru yang best-best. Sempena memeriahkan lagi Tahun Baru Cina 2020, Marrybrown telah menyediakan menu terbaru iaitu Set Marrybrown Fortune Burger.


MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa

Ena dan Yazid sebagai pemburu makanan turut tidak mahu lepaskan peluang yang ada ini untuk merasai sendiri Marrybrown Fortune Burger. Memandangkan baru-baru ini ena berada di Citta Mall Petaling Jaya, terus ajak partner foodhunter ena memburu ke Marrybrown di situ untuk menikmati Marrybrown Fortune Burger.


MARRYBROWN FORTUNE BURGER

Menurut apa yang dikatakan oleh CEO Marrybrown, Dato' Joshua Liew, Tahun Baru Cina dimana ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul demi mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti adalah sangat diutamakan pada setiap tahun. Oleh sebab itu, pihak Marrybrown telah menyediakan makanan yang berasaskan savoury dan spice dalam Marrybrown Fortune Burger. Selepas itu, Fortune Burger ini dinikmati dan dirasai oleh kita semua.


MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa

Marrybrown Fortune Burger ini terdiri daripada dua jenis iaitu Black Pepper dan Cheese, dan ena sudah merasai kedua-duanya di Marrybrown Citta Mall tempoh hari. Sebelum ena bagi tahu feedback ena, mari ena tujuk kedua-dua set Fortune Burger ini. 


ALAMAT:
Marrybrown Citta Mall
Jalan PJU 1A/48,
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301 Petaling Jaya
Selangor
(Waze: Citta Mall)

WAKTU OPERASI:
Waktu: 10am - 10pm
Hari: Isnin - Ahad


Set terbaru Marrybrown ini bukan sahaja ada di cawangan Citta Mall tau, semua cawangan ada. Anda boleh ke cawangan Marrybrown yang berhampiran dengan anda sekiranya anda ingin cuba try test Fortune Burger ini. 


1) Marrybrown Fortune Burger Black Pepper

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Ena bersama set Marrybrown Fortune Burger sos Black Pepper

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Satu set ada Burger, Jus Minute Maid Orange dan Golden Fortune Fries

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Zoom dekat Marrybrown Fortune Burger Black Pepper. Siapa yang suka pedas, boleh la pilih yang ini.


2) Marrybrown Fortune Burger Cheese

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Yang ini pula, set kegemaran ena iaitu Marrybrown Fortune Burger Cheese.

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Sama seperti set Marrybrown Fortune Burger Blackpepper, yang membezakan hanya sos dan persembahannya sahaja.

MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa
Sos cheese yang melimpah ruah telah memikat hati ena. Ditambahkan pula dengan kesedapan patty ayam crispy tu. Fuhh!


FEEDBACK DARIPADA ENA

MAKANAN: Serius, ena puas hati dengan keenakan Marrybrown Fortune Burger ni baik Black Pepper mahupun Cheese. Fuhhh! Dengan pattynya isi ayam yang lembut dan juicy di dalam dan rangup di luar, memang menaikkan selera kami berdua. Kuantiti sos black pepper atau cheesenya pun banyak, ena makan sampai melimpah ruah. Ena rasa tak cukup satu tapi next time la pula makan lagi sebab promosi Fortune Burger ni sampai 23/2/2020. Lagipun, cawangan Marrybrown ada je yang dekat dengan rumah ena, bila-bila sahaja ena boleh pergi. 

Ena pilih yang set Marrybrown Fortune Burger Cheese sebab ena ni suka sangat cheese dan Yazid pula pilih yang set Black Pepper. Kelainan Marrybrown Fortune Burger Black Pepper ni adalah kuahnya dan ada hirisan bawang dan cendawan. Untuk Marrybrown Fortune Burger Cheese pula sudah tentu sosnya adalah cheese yang melimpah ruah dengan disulami mayonis dan Salad yang segar. 


MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa


HARGA: Bagi ena, harga satu set Fortune Burger ini berbaloi dan mampu dimiliki iaitu hanya RM14.60 sahaja. Harga makanan kat Marrybrown memang berpatutan dan rasa makanan di situ tidak pernah mengecewakan. Sebab itu ena lebih suka makan di Marrybrown, anda boleh baca perkongsian ena di Set Rendang Marrybrown, antara menu menarik yang ada di sana.


DETAILS MARRYBROWN

Itu sahaja perkongsian ena kali ini dan jemput meraikan Tahun Baru Cina bersama Marrybrown Fortune Burger ya. Haaaa, jangan lupa juga share berita gembira ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Terima kasih dan selamat mencuba serta selamat menjamu selera.



MARRYBROWN FORTUNE BURGER - Hak Milik Ina Ainaa




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

YOUTUBE:



You May Also Like

2 Comments

  1. nak gi try la,tapi marrybrown ni kalau dok sini takmau pi,kalau balik kg Lipis mesti singgah hahahaa

    ReplyDelete